love.life.laugh.live

hati..mengapa engkau bersedih?pertanyaan ini kerap kali aku lontarkan pada hari ini dan saat ini juga...aku dapat merasakan sesuatu yang buruk seertinya akan berlaku ke atas diri aku....hati ini aku rasakan seperti adanya nada nada sayup yang kedengran...bak kepingan kepingan daun kering yang ditiup angin...sungguh sayu...mengapa semua ini harus terjadi kepada diri aku?ya,mungkin ini adalah ujian ALLAH kepadaku untuk lebih mengenal siapa DIA...namun,aku masih ragu,mengapa aku seperti dapat merasakan sesuatu yang kurang enak...?

malam ini,aku ingin mencoretkan sebuah perjalanan PERSAHABATAN dan PERCINTAAN yang aku lalui..izinkan aku merungkai dahulu kisah persahabatan aku...SAHABAT bagi ku?sangat besar nilainya...aku sangat sangat menghargai cebisan cebisan kenangan aku bersama setiap sahabat aku...walaupun kali ini sangat berbeza tanpa mereka,tapi aku sentiasa mengingati mereka...sahabat ketawa mudah dicari sahabat menangis sukar untuk kita jumpa...kadangkala aku berfikir...ada benarnya juga kata kata ini...sahabat menangis sangat sukar untuk kita jumpai...mengapa?aku sendiri tidak mengerti...mungkinkah nilai sense of human mereka semakin menipis?ataupun mereka tidak mempunyai jiwa yang halus?entahlah...sangat sukar untuk ditafsirkan oleh jiwa aku...sahabat lah yang selalu buatkan jiwa aku kadangkala memberontak...ingin ditegur,mereka terlalu manja...khuatir juga aku jika mereka terasa hati dengan teguran yang aku titipkan untuk mereka...aku sungguh tidak dapat mengerti...

PERCINTAAN pula bagi aku...kadangkala sesuatu yang indah bagi aku...sama juga seperti persahabatan,kadangkala kau akan menangis,kadangkala ianya membuatkan kau tersenyum sendiri...aku sendiri tidak pasti adakah aku beruntung mempunyai seorang kekasih yang kadangkala memahami aku,kadangkala tidak..kadangkala buat aku berada di dalam kekalutan,bahagia,sedih,terasa hati dan macam macam lagi..sungguh aku tidak tahu aku bertuah atau pun tidak...tapi sejujurnya,aku takut untuk memiliki cinta lagi...makin aku mengejar cinta,makin aku memperolehi kegagalan...cinta itu seperti mengejar sang rama rama...makin dikejar semakin jauh rama rama akan menghindar...tetapi,jika dibiar,rama rama itu akan datang kepada kita tanpa kita menduga....







jadi,konklusi nya di sini,aku sedar aku hanya seorang insan biasa,aku tak mampu untuk menghalang pemergian sahabat aku dan kehadiran sang pencinta dalam hidup aku...aku masih cuba untuk meneruskan kelangsungan hidup aku seperti biasa...segala galanya seperti biasa...walaupun hati kau sangat perit untuk menerima kesedihan ini,tapi aku yakin it will heal with time...
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,dah lama aku tak update blog ni...dah bersawang bagai dah ni...huhuhu..sian kau kan blog..aku abaikan kau...takpe lah..asalkan aku masih lagi setia menulis coretan hati aku kat sini..kali ni kisah aku tentang definisi cinta..cinta?bagaimana ianya boleh bermula?bagaimana perasaan itu boleh wujud?aku sering tertanya tanya,mengapa aku jatuh cinta?padahal hati aku sudah sering kali melafazkan perkataan "aku serik dengan cinta" tapi aku masih mahu mencari cinta...

aku selalu terkenangkan nasihat daripada guru guru aku semasa aku masih di bangku sekolah...
"jangan kamu yang mencari cinta,biar cinta yang cari kamu...ingat..perempuan yang baik tempatnya adalah disisi lelaki yang baik kerana lelaki itu adalah pelindung...sekarang ini yang penting adalah kamu berusaha untuk memperoleh taraf kehidupan yang lebih baik daripada sekarang dan penuhi harapan kedua ibu bapa kamu..." terpana aku setiap kali mengingati nasihat ini...tetapi,bagi seorang gadis yang seperti aku,memiliki rupa paras bukan seperti yang lelaki sering idamkan,tentu sukar untuk menunggu cinta...aku bukanlah seorang yang memiliki rupa paras yang menawan...aku terlalu sederhana...tidak seperti rakan rakan ku yang lain...setiap langkah mereka,mereka pasti menjadi perhatian dan perbualan jejaka jejaka sekampus...Ya ALLAH Ya Rabbi...jiwa aku seringkali merintih agar ditemukan jodoh yang sesuai dengan aku...aku bukan lah desperado sangat untuk bercinta,tetapi aku seringkali dikecewakan...

betul kata orang dulu dulu..pengalaman mematangkan kita...aku sudah terlalu masak dalam menilai sesuatu perhubungan..aku juga terlalu takut untuk merasai kehilangan cinta lagi...tapi belum cuba belum tahu kan..aku masih lagi mencari..."kadang kadang ALLAH sorokkan matahari daripada kita sehingga kita tertanya tanya,di manakah sinaran matahari...tetapi selepas itu ALLAH jadikan pelangi yang indah supaya kita dapat merasai nikmatNya yang kita sendiri tidak dapat menyangka..." mungkin ini adalah sebahagian daripada ujianNya untuk aku kerana aku sedar aku bukan lah seorang insan yang sempurna..aku memerlukan bimbingan supaya aku tidak jauh daripada landasanNya..

bercerita tentang cinta,aku sendiri jadi hilang arah....perlukah aku mencari cinta saat ini?aku baru 19 tahun...19 tahun,masih dalam kategori darah muda...semua benda ingin dicuba...berdasarkan apa yang aku pernah lalui sepanjang kehidupan aku,pengalaman banyak mematangkan aku...cukuplah sekadar apa yang aku pernah lalui sepanjang zaman persekolahan..diejek,dicaci...cukuplah...aku tidak mahu lagi kembali ke daerah itu...oleh kerana rupa paras...salahkah aku jatuh cinta?kalau tidak mahu terima aku,tidak perlulah untuk jatuhkan maruah aku....cukup sekadar tolak..aku mengerti...aku akan cuba buktikan kepada semua yang pernah hina aku,ejek aku dan keluarga aku,tanggapan mereka SALAH..aku bukan budak hingusan yang mereka boleh ejek lagi...walaupun aku dari keluarga miskin,tapi keluarga aku tidak pernah susahkan orang lain..kami usaha sendiri...biar kami anak beranak sahaja yang susah...

erm...aku sungguh kecewa dan keliru dengan semua yang telah berlaku...Ya ALLAH,bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang Engkau redhai...
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Newer Posts
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ▼  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ▼  September (2)
      • coretan hati yang sedang lara...
      • peningnye...
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • tahniah sekolah saya..!!:)
    assalamualaikum and hi peeps...sekarang ni nana betul betul excited sekolah sekarang ni sekolah nana dah upgrade jadi Kolej Vokasional Seri ...
  • sayangs sayangs semua,jom la join Heart Beat..!!
    assalamualaikum..hai korang..mesi korang nampak kan iklan heart beat kat sidebar nana ni kan??sebelum tu,ape kate korang klik dulu kat heart...
  • hati
    entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam...
  • kepenatan tapi seronok..^_^
    hai korang...semalam nana tak dapat nak update belog ni sebab semalam kakak nana bertunang...waahhh,,,ke main lagi yekk...semalam tugas nana...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...
  • dugaan
    assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku...
  • hari pertama di tahun baru:)
    assalamualaikum and hi peeps...hari pertama nana di tahun baru..ahahahha...tak sangka,cepat masa berlalu..nana rase macam nana baru je habis...
  • manis ke bila berbahasa kesat?
    assalamualaikum and hi gang...entry kali ni diinspirasikan dari Mukabuka of course...*amboi ayat...erm,sejak kebelakangan ni(*yelah,tak kede...
  • Persetankan semua
    Yaaa persetankan sahaja senua yang berlaku..aku sangat lah stress sekarang ni..macam bom nak meletup dah aku rasa.. Tiba tiba je dia kata a...
  • rindu
    * kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH. *kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG. *kita ...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates