peningnye...

erm,dah lama aku tak update blog ni...dah bersawang bagai dah ni...huhuhu..sian kau kan blog..aku abaikan kau...takpe lah..asalkan aku masih lagi setia menulis coretan hati aku kat sini..kali ni kisah aku tentang definisi cinta..cinta?bagaimana ianya boleh bermula?bagaimana perasaan itu boleh wujud?aku sering tertanya tanya,mengapa aku jatuh cinta?padahal hati aku sudah sering kali melafazkan perkataan "aku serik dengan cinta" tapi aku masih mahu mencari cinta...

aku selalu terkenangkan nasihat daripada guru guru aku semasa aku masih di bangku sekolah...
"jangan kamu yang mencari cinta,biar cinta yang cari kamu...ingat..perempuan yang baik tempatnya adalah disisi lelaki yang baik kerana lelaki itu adalah pelindung...sekarang ini yang penting adalah kamu berusaha untuk memperoleh taraf kehidupan yang lebih baik daripada sekarang dan penuhi harapan kedua ibu bapa kamu..." terpana aku setiap kali mengingati nasihat ini...tetapi,bagi seorang gadis yang seperti aku,memiliki rupa paras bukan seperti yang lelaki sering idamkan,tentu sukar untuk menunggu cinta...aku bukanlah seorang yang memiliki rupa paras yang menawan...aku terlalu sederhana...tidak seperti rakan rakan ku yang lain...setiap langkah mereka,mereka pasti menjadi perhatian dan perbualan jejaka jejaka sekampus...Ya ALLAH Ya Rabbi...jiwa aku seringkali merintih agar ditemukan jodoh yang sesuai dengan aku...aku bukan lah desperado sangat untuk bercinta,tetapi aku seringkali dikecewakan...

betul kata orang dulu dulu..pengalaman mematangkan kita...aku sudah terlalu masak dalam menilai sesuatu perhubungan..aku juga terlalu takut untuk merasai kehilangan cinta lagi...tapi belum cuba belum tahu kan..aku masih lagi mencari..."kadang kadang ALLAH sorokkan matahari daripada kita sehingga kita tertanya tanya,di manakah sinaran matahari...tetapi selepas itu ALLAH jadikan pelangi yang indah supaya kita dapat merasai nikmatNya yang kita sendiri tidak dapat menyangka..." mungkin ini adalah sebahagian daripada ujianNya untuk aku kerana aku sedar aku bukan lah seorang insan yang sempurna..aku memerlukan bimbingan supaya aku tidak jauh daripada landasanNya..

bercerita tentang cinta,aku sendiri jadi hilang arah....perlukah aku mencari cinta saat ini?aku baru 19 tahun...19 tahun,masih dalam kategori darah muda...semua benda ingin dicuba...berdasarkan apa yang aku pernah lalui sepanjang kehidupan aku,pengalaman banyak mematangkan aku...cukuplah sekadar apa yang aku pernah lalui sepanjang zaman persekolahan..diejek,dicaci...cukuplah...aku tidak mahu lagi kembali ke daerah itu...oleh kerana rupa paras...salahkah aku jatuh cinta?kalau tidak mahu terima aku,tidak perlulah untuk jatuhkan maruah aku....cukup sekadar tolak..aku mengerti...aku akan cuba buktikan kepada semua yang pernah hina aku,ejek aku dan keluarga aku,tanggapan mereka SALAH..aku bukan budak hingusan yang mereka boleh ejek lagi...walaupun aku dari keluarga miskin,tapi keluarga aku tidak pernah susahkan orang lain..kami usaha sendiri...biar kami anak beranak sahaja yang susah...

erm...aku sungguh kecewa dan keliru dengan semua yang telah berlaku...Ya ALLAH,bimbinglah hambaMu ini ke jalan yang Engkau redhai...

You May Also Like

0 budak cakap-cakap