dugaan yang tak terjangka

erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku dah teruk..camne ye?aku rasa nak kerja tolong keluarga..tak mengapa laa kalau tak dapat kerja jurutera macam yang aku idam-idamkan selama ni..aku tak kisah..asalkan mak ngan abah boleh hidup senang sikit..tak macam sekarang..

kalau ikutkan percaturan aku, aku plan nak berhenti belajar...aku tahu,abah mesti akan menghalang habis-habisan idea aku ni..tapi aku niat cuma nak tolong mak ngan abah..aku takde pun niat lain..aku minat sangat bidang kejuruteraan terutamanya kimia,this is my passion..tapi kalau takde rezeki aku dalam bidang ni aku redha..

apa daya aku nak lawan takdir yang dah ditetapkan untuk keluarga aku..lagipun Eddy sempat habiskan pelajaran dia..aku? aku macam tak sempat je nak habiskan belajar dengan keadaan kewangan yang camni..tu pun alhamdulillah aku cuba bergantung harap sepenuhnya pada duit MARA, berjimat sehabis mungkin supaya aku tak mintak langsung duit kat abah..shopping pun aku dah kurangkan..aku tak nak susah kan abah..

sebab tu aku buat keputusan ni..aku tahu,ni keputusan yang drastik..siapa laa nak terima aku kerja dengan result SPM aku je?tapi aku dah plan yang lain untuk tu..aku nak amek sijil kemahiran..ye,mesti akan ada orang cakap,aku bazir masa je belajar tinggi-tinggi sampai ke peringkat ijazah,bila dah dapat aku nak quit,nak amek sijil..

cakap laa apa orang nak cakap kat aku..aku nak berhenti belajar bukan sebab aku kena tendang universiti atau aku ada masalah disiplin,tapi aku nak tolong keluarga aku..pelajaran aku boleh teruskan bila-bila je dengan keputusan exam aku,tapi keluarga aku siapa yang nak bantu? orang sekeliling cuma tahu nak hina,cerca mak ngan abah je,diorang tak tahu betapa susah abah berusaha nak cari rezeki buat kami sekeluarga..tapi dah Allah tak izinkan rezeki tu datang,nak buat camne kan?takkan nak mengeluh dan berhenti berusaha?

aku tak tahu laa..tapi aku dapat rasa kan semenjak aku masuk universiti,keadaan keluarga aku makin nazak..kalau laa aku tak berhenti kerja kat KL tu dulu,mesti aku tak susahkan abah..aku ikutkan hati aku je tanpa fikirkan keadaan keluarga aku..sekarang ni kan dah masalah..huhu..

aku redha dengan dugaan ni,aku cuba sabar menghadapinya..aku cuba tabah..takpe laa kan..lagipun Along tak lama lagi nak kahwin pulak..aku nak kena cari duit jugak nak tampung,takut abah tak cukup duit..boleh topup pakai duit aku je..abah pun dah makin berusia,aku tahu abah dah tak larat nak niaga macam dulu lagi..huhu

nanti aku cuba bincang elok elok dengan abah tentang keputusan aku ni..harap nya abah bagi aku tolong keluarga..takpe,antara cita-cita dengan keluarga,keluarga lebih penting..

hermm,stress nya sekarang ni..

You May Also Like

0 budak cakap-cakap