kerana sakitnya seorang sahabat

Sahabat ialah antara orang yang paling rapat dengan kita selain keluarga kita sendiri..sahabat mungkin boleh jadi seorang yang sangat rapat dengan kita atau pun boleh jadi seorang yang mungkin mampu menikam kita dari belakang..kerana sakitnya seorang sahabat,seorang sahabatnya mungkin mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi dalam sebuah perhubungan persahabatan..namun tak diantara kita yang mungkin dapat situasi di mana 'you get what you give'...kadangkala kita salah menilai sahabat kita yang sedia ada kaca lebih nampak bernilai dari sebuah permata..mungkin...kadangkala mata salah menilai kehidupan orang di sekeliling kita...

Kerana sakitnya seorang sahabat..kadangkala seorang sahabat itu sanggup menggadaikan masanya untuk sahabat karibnya..ya,mungkin sehinnggakan sahabat tersebut mendapat tamparan hebat daripada orang di sekelilingnya gara-gara komitmen nya yang terlampau dengan sahabatnya...namun kerana sayang nya seorang sahabat,sahabatnya itu sanggup meneruskan apa yang telah pun diusahakan sehinggakan sanggup merisiko kan keadaan diri sendiri...namun,kadangkala kelihatan seperti apa yang dikerjakannya itu dipandang enteng oleh sahabatnya..acapkali tidak diendahkan..namun sahabatnya itu tetap tersenyum manis dalam menerima kritikan...dia menganggap kritikan tersebut kritikan membina walhal itu bukanlah suatu kritikan,namun satu penghinaan...

Kerana sakitnya seorang sahabat juga, seorang sahabat nya itu sanggup menelan apa juga kesakiitan yang dialaminya..kadangkala hatinya ingin juga menjerit, 'kenapa hanya aku yang diperlakukan sebegini?' namun didiamkannya sahaja...bak kata pepatah 'hendak diluah mati bapak, hendak ditelan mati emak', begitulah keadaannya..sahabatnya itu hanya mendiamkan diri sahaja jika hatinya disakiti, dilukai dan direnyuk - renyuk...seolah olah hatinya tiada nilai..kadangkala dia terfikir juga, salahkah pengorbanan nya itu? Namun persoalan itu hanya mampu bersarang dalam hati...

Untuk kesekian kalinya juga sahabatnya itu menanggung penderitaan, namun oleh kerana sayangnya sahabat itu terhadap sahabatnya, penderitaan perasaan. namun tiada siapa yang mengerti..hakikatnya hanya dia seorang sahaja yyang tahu apa yang di rasainya ketika itu....

You May Also Like

0 budak cakap-cakap