pengalaman terkejut

malam tadi aku tido lambat sebab sakit Aha datang lagi..Ya Allah..kesian adik aku..disihir orang..sampai hati orang yang hantar 'benda' tu kat Aha..benda yang dah lepas tu lepas laa..buat ape sampai nak tengok adik aku mati..adik aku tak pernah pun kacau orang..aku tahu Aha bukan jenis cari musuh ngan orang..huhuhu..

malam tadi Aha panggil kawan kawan dia dari Tapa Guru atau pun Taqwa datang rumah sebab Aha dah lama cakap dia rasa diri dia macam ada 'benda'..budak budak ni tengok je macam budak budak biasa,tapi dorang pandai ubatkan orang yang kena sihir ni..Ya Allah,menggigil aku tengok adik aku macam tu..suara dia pun berubah..masa Aha tak sedar kan diri tu, 'benda' tu mnguasai diri Aha..'benda' tu cakap dalam badan Aha ada 5 ekor 'benda'.. terkejut aku tengok dia meracau macam tu..orang yang hantar tu pun bukan orang lain,dikalangan kawan dia jugak..orang tu sakit hati sebab Aha tak nak join dia..huhu

dulu masa aku kat matrikulasi pun,Aha pernah kena macam ni..Along cakap,masa tu lagi teruk..tapi alhamdulilah,lepas berubat, Aha okay kejap..then,sekarang ni ada lagi..'benda' tu cakap tuannya hantar lagi sebab dia dendam..dia nak 'benda' tu bunuh Aha..lama giler dorang bertarung ngan benda tu sebab benda tu taknak keluar dari badan Aha..Aha sampai bersilat silat..masa budak budak tu tanya 'benda' tu sapa nama, dia tak cakap mula mula..then,dorang seksa 'benda' tu baru dia cakap,nama dia Ali,umur 800 tahun..tuannya amek dia kat Sungai Manik..dorang ubat Aha dari lepas Isyak sampai dekat pukul 1 pagi baru Aha sedar balik..'benda' tu degil tak keluar mula mula..dia tipu,cakap dia dah keluar,lepas tu masa dorang nak bagi Aha minum air doa,Aha meracau balik sampai laa 'benda' tu setuju nak keluar...dorang letak dalam botol je 'benda' tu..then,dah setel semua,dorang ada laa amek gambar botol tu..bila tengok dalam kamera,memang nampak laa ada 'benda' nya..huhu..seram giler

serius aku takut tengok keadaan Aha malam tadi..aku tak pernah tengok kejadian macam tu,kalau tengok pun dalam tv je..malam tadi betul betul depan mata aku..'benda' tu dah lama duk dalam badan Aha,dia makan darah Aha..patut laa adik aku ni selalu je macam lemah,tak sihat,makan pun takde selera..rupanya ada yang tak kena..kesian adik aku..aku memang laa marah ngan sapa yang buat tu,tapi aku harap Allah bagi laa hidayah kat orang tu,semoga sempat dia bertaubat..tak elok menganiaya orang..aku rasa adik aku bukan jenis suka nak lawan lawan orang ni..dia kat rumah kalau dimarah pun,diam je tak melawan...

'benda' tu pun malam tadi bagi syarat kalau dia keluar dari badan adik aku,dia suruh pantau adik aku,jangan bagi jumpa lagi dengan orang yang hantar tu..bukan setakat kat Aha je tuannya anta,kat mak dengan Along pun dia anta jugak sebab dia dendam,mak ngan Along pernah tuduh dia masa kejadian yang first dulu..budak budak tu malam tadi tanya jugak,kat aku ada tak tuannya anta,'benda' tu cakap kat aku takde..Ya Allah,alhamdulillah..tapi nanti mak ngan Along pun dorang nak ubatkan..kejam betul sapa yang anta tu..

Ya Allah,aku harap sangat family aku tak apa apa..aku takut laa jugak kan kalau jadi pape kat family aku..sungguh..aku harap lepas ni adik aku okay laa..:(


ni Danbo ngan fairy,tapi malam tadi hehh..takut aku...cuak punya pasal,aku tidur pun pasang semua lampu malam tadi..huhuhu..tapi dalam pukul 1.50 pagi,aku dah lelap dah pun lepas baca Al-Mulk,tetibe Along kejut aku..nak tido ngan aku..erkk?kenapa?ahh,aku pun bagi je laa..yang penting aku mengantuk..rupenye Along takut sebab dengar bunyi benda bergolek kat ats bumbung..lorghh..patut laa pun..

huhu..kisah malam tadi yang tak boleh dilupakan..~hope malam ni okay laa

You May Also Like

0 budak cakap-cakap