mencuba yang terbaik
[ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh
- Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar [ sarung lengan dah pakai,stokin kaki belum lagi..huhu..rasa macam lain macam..tapi nak try jugak pakai..seluar jeans dah jarang pakai..sekarang selalu pakai seluar yang kain lembut tu *ala-ala seluar slack jugak ]
- Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar, yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat, InsyaAllah [ kumpulan usrah kat u aku asyik citer pasal politik je..huhuhu..camne pulak? ]
- Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut [ aku selalu pergi ceramah agama dulu,masa kat Teknik tiap tiap Jumaat malam,Sabtu malam ngan Ahad malam ada...tapi kat u aku jarang laa buat..camne? ]
- Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat sahabat yang diyakini agama, kitab-kitab fardhu 'ain ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh semua ini seiring) [ aku sedang memperbaiki, solat awal waktu & sebagainya ]
- Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib:) [ alhamdulillah, aku dah buat yang ni..aku cuba untuk istiqamah melakukannya ]
- Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin yakin dengan pilihan yang dibuat ( untuk berhijrah lillahi taala ) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha ( mencecah lutut ). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar. [ T-shirt Muslimah aku dah ada,banyak mak beli kan dulu..tapi aku pakai kejap je..masa kat matrik aku dah tak nak pakai dah..huhuhu..tu laa,ikut lagi perangai kawan T_T... baju tu sume dah terperok dalam almari je..huhu]
- Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 ( melepasi bahu ). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir. [ Tudung Turki / Mesir aku memang takde..Tudung Syria banyak laa..tapi semua agak labuh laa jugak..tak pernah laa pulak aku beli yang singkat ]
- Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung tudung Turki / Mesir / Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin (kalau tudung jahit terus sarung je lagi mudah kan?) ^^ [ erm,InsyaAllah aku akan cuba yang ni..nak pakai bidang 50 pun macam aku tak kuat je lagi..huhuhu ]
- Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqamah (berterusan) Iman ditingkatkan ibadah diperhebatkan, akhlak dimantapkan, InsyaAllah. [ InsyaAllah ]
- Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan berselang-seli dengan Tudung Turki / Mesir bidang 60 sebelum istiqamah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta menggantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata:) [ aku akan cuba ]
0 budak cakap-cakap