love.life.laugh.live


cinta?
apa itu cinta?
mungkin hanya sebuah ilusi
yang menghidupkan cekerawala dengan mimpinya

cinta?
mengapa?
hadir kadangkala saat tak diduga
pergi saat hati tidak rela

cinta?
mengapa?
tika diri mengharap cinta
namun
cinta pergi tanpa berkata

adakah kita lupa
Adam Hawa dicipta bersama
walaupun mereka terpisah seketika
namun Allah tetap izinkan mereka berjumpa

cinta
tanpa cinta gelap lah dunia
tanpa cinta Allah dan rasulNya
tanpa cinta ibu bapa
cinta memberi sejuta dimensi nyata
bukan semesti cinta manusia

cinta
beribu erti kata membawa makna
kita cuma insan biasa
tidak lepas melakukan khilaf tak sengaja

cinta itu
walaupun bukan kepada yang empunya
cukuplah mencintaiNya
mengisi kosong hati kita


p/s : patah hati </3
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
ketika aku tersadung jatuh
dia berlari memapahku untuk berdiri
ketika aku enak dibuai mimpi
dia bersengkang mata menjagaku dari digigit nyamuk
ketika aku bersedih
dia sedia ada untuk mengelap air mata kedukaan ku
ketika aku lapar
dia berusaha mencari sesuap nasi untuk memberiku makan
ketika aku tertawa bahagia
dia hanya mendoakan agar kebahagiaan itu terus kekal dalam senyumanku

dialah IBU
guru pertamaku
yang mengajarku mengenal huruf
yang menyuapkan nasi ke dalam mulutku
yang memandikan ku
yang bersusah payah menjaga ku ketika aku sakit
yang sentiasa mendengar keluh kesah ku
yang sentiasa memberi semangat untuk terus berjuang dalam pelajaran
yang tidak putus putus mendoakan aku

dialah IBU
sentiasa mengalah demi melihat anak anaknya gembira
tabah menghadapi liku liku hidup yang pasti ada ranjau yang menusuk
kuat menghadapi tohmahan orang lain
yang sudah pasti tidak mengetahui akan duduk asal perkara sebenar

dialah IBU
yang aku sanjungi dalam hidupku
walau apa pun yang terjadi 
anakanda mu ini pasti akan menunaikan impian mu kelak..
anakanda mu ini akan berusaha sehabis baik
demi melihatmu IBU
tersenyum bahagia di penghujung usiamu..


nukilan ikhlas : anakanda mu, Nana
Share
Tweet
Pin
Share
2 budak cakap-cakap
awan gelap hujan lebat
cepat cepat sediakan perahu
sakit di badan boleh diubat
sakit di hati siapa yang tahu.

duduk di tasik makan jagung
untuk mengisi masa terluang
apalah nasib diri menanggung
cinta saya sering terbuang

pergi memancing si ikan tuna
pergi ke laut naik bot tunda
hendak ditangis tiada guna
kelak hati sendiri merana
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
 sang bayu yang memuput tubuh
lembutnya seolah tiada tara
pepasir yang memutih
menyejukkan pandangan sekalian makhluk
menggamit kenangan yang tersendiri

pantai yang terbentang luas
menghamparkan segala keindahan
namun siapa tahu gelodak didalamnya
mungkinkah
akan ada tsunami meghempas

nun jauh disana
kejauhan si nelayan mengharungi ombak
demi mengisi perut yang lapar
demi menjalani sisa kehidupan

aku disini
masih menunggu
mengharapkan sesuatu
sesuatu yang belum tentu
sehingga mungkin gugurnya dedaunan musim kekecewaan...



Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
"awak,please jangan tinggalkan saya....saya cintakan awak sangat sangat..." dengan bertemankan airmata yang tidak henti henti mengalir,aku tebalkan muka aku untuk merayu dia yang sudah bagaikan hilang pertimbangan untuk meninggalkan aku..."apa salah saya sampai awak nak tinggalkan saya?apa kurang nya saya jika di bandingkan lelaki tu??" aku masih tidak puas hati dengan penjelasan nya sebentar tadi...bagiku,jika sudah benci,terus terang sahaja...katakan yang kamu sudah membenci aku...

"saya terpaksa awak...saya terpaksa tinggalkan awak atas sebab saya sudah ada yang lain...awak jangan la cari saya lagi...awak anggaplah hubungan kita sudah berakhir.." Sara tetap  dengan pendiriannya untuk meninggalkan aku..aku tahu,dia juga mencintai aku..masakan tidak cinta jika dulu semasa aku sakit,aku lihat dia panik sangat..risaukan keadaan aku melebihi kerisauan keluarga aku kepada ku...dia yang mencari ubat serata malaysia supaya aku segera sembuh...mustahil dia tidak mencintai aku....

aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana..aku mempunyai ramai adik beradik tiri oleh kerana sebelum berkahwin dengan ibuku,ayah adalah seorang duda anak dua..manakala ibuku janda anak lima...namun adik beradik sedarah sedaging dengan ku hanya dua orang,aku dan adikku...aku jarang diberi kasih sayang..ibu bekerja dari siang pulang malam..ayah pula sakit,tak mampu lagi untuk mencari nafkah untuk keluarga..oleh kerana itu,aku menjadi seorang pelajar yang liar..aku sering ponteng sekolah,melepak..aku juga seorang playboy terkenal kerana paras rupa ku yang agak "market"..aku sering mempermainkan hati perempuan...

sehinggalah aku bertemu Sara baru aku rasakan nikmat CINTA..Sara seorang yang mengambil berat tentang hidupku..dia seorang gadis yang sangat baik,namun mempunyai kisah tragis yang pernah menimpanya..pada awal perkenalan kami,Sara menolak cinta aku lantaran perbezaan umur..Sara tua setahun daripadaku..namun aku tetap berkeras untuk meraih kasihnya..mulanya aku hanya ingin mempermainkan hatinya seperti perempuan lain,tetapi makin aku mengenalinya makin aku mencintainya...pernah suatu hari aku terkantoi kerana berlaku curang dengannya..dia hanya mengalirkan airmata tanpa sepatah kata padaku...sayu sangat aku lihat airmata tu mengalir di pipi nya..aku rasa bersalah,lalu aku melarikan diri darinya..akhirnya Sara datang padaku,meminta maaf kerana dia menghalang hubungan aku dengan skandalku...

dalam sedu sedannya dia berkata padaku "awak,saya minta maaf sebab baca mesej awak...saya tak sengaja..saya ingat awak betul betul cintakan saya...saya mintak maaf...awak jangan lah merajuk..pasni saya tak kisah awak nak mesej siapa pun...saya takkan masuk campur lagi.." Sara tersenyum padaku..aku tahu hatinya bagai disiat siat ketika mengetahui aku curang,tapi kerana aku,dia pura pura senyum untuk meyakinkan aku...aku hanya mampu terdiam ketika itu..aku tahu salahku,tapi Sara yang menanggung sakitnya..kasihan cinta hatiku..pada masa itu jugak aku meninggalkan skandalku kerana skandalku tak membawa apa apa erti untukku..dia hanya tempat untuk aku melepaskan nafsu aku...

beberapa bulan selepas peristiwa itu,aku cuba menyakinkan Sara aku mampu untuk memberinya kebahagiaan..aku juga nekad aku takkan curangi dia lagi...namun,siapa yang mampu menghalang takdir Allah..hari ini,aku dikejutkan dengan berita Sara ingin meninggalkan aku...padahal selama ini macam macam aku buat hanya untuk kebahagiaan kami...sungguh aku tak sangka...namun aku terpaksa merelakan pemergian Sara untuk kali ini...airmata lelaki aku jatuh untuk kesekian kali nya...pertama kali aku menangis kerana seorang perempuan...selama ini aku yang membuat perempuan menangis..akhirnya aku balik yang kena...

namun kini,aku terpaksa bersendirian..tiada lagi tempat aku untuk mengadu nasib,menceritakan tentang pekerjaan aku,apa yang aku hadapi hari ini,tempat aku bermanja..semua tu sudah hilang dari genggaman aku...suatu hari aku mendapat panggilan dari satu nombor yang aku tak kenali..."awak...ni saya..Sara...awak...saya rindu awak...awak datang la sini...saya nak jumpa awak untuk kali ni je..." Suara yang paling aku rindui..."Sara..kenapa dengan awak?""awak..." Aku benar benar buntu apa yang telah terjadi.."Sara,please kenapa dengan awak? bagitahu saya cepat,tolong lah awak..." aku hampir menangis mendengar suara Sara yang kedengaran sangat lesu. Aku tahu, Sara mengalami penderitaan sakit di bahagian kepalanya. Aku sendiri tak pernah tahu mengapa Sara sering sakit di bahagian kepala. "awak...saya sakit kepala...sakit sangat sangat...awak datang la sini..." Sara menangis.

"awak..saya cuba ni untuk datang tengok awak..awak kat mana ni?" soal aku. "Saya kat tutt tutt tutt..." talian dimatikan..Sara tak sempat memberitahuku lokasi dia berada. Ya Allah Ya Rabbi..apa lagi ujianMu buatku? aku termangu sendirian di sudut katil. Banyaknya yang telah Sara korbankan demi aku,namun sedikit pun aku tidak mampu untuk membalasnya. Sedihnya hatiku rasa.. Tidak lama kemudian, telefon ku berbunyi lagi... terkocoh kocoh aku menjawab panggilan tersebut. Namun kali ini berbeza dari yang tadi. Kali ini ibu Sara yang menghubungiku. "Hello, Azwan, ni ibu Sara..Sara dah...Sara..." teresak esak ibunya ketika menerangkan hal yang sebenar kepadaku.

pagi itu,hanya kesayuan yang aku rasakan...jenazah Sara sudah selamat disemadikan dan aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan Sara di alam sana...kalau lah aku tahu ini pengakhirannya sudah pasti aku tidak akan sesekali menyakitkan hati Sara..Sara...jaga diri elok elok sayang...kita terpaksa berpisah,cukup sampai di sini...I'm always love you...
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  March (1)
      • Hmm
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • d.i.s.e.m.b.e.r
    erm...lagi berape jam je birthday aku...20 tahun sudah..:) happy besday to meee happy besday to meee happy besday to nana happy besday ...
  • Segmen : Saya Sedia Follow Back
    Jom sama sama join segmen ni..hehehe..nak tau lebih lanjut,klik kat banner ye sayang sayang semua...:))
  • New Post dan Older Post button
    Assalamualaikum semua..oke, yang ni aku baru jumpa..sebelum ni, lepas aku tukar ke template Blogskin, banyak yang takde..so kena tambah siki...
  • Bagaimana Bercouple Cara Islam?
    Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan...
  • speechless #1
    i'll be waiting for you :)
  • dugaan yang tak terjangka
    erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku ...
  • nasihat #3
  • woohooo!!!
    assalam n hai... okay...tengah malam nanti akan bermula la episod pengembaraan aku ke bumi melaka...mengembara untuk menuntut ilmu...eh ta...
  • kamu dan aku
    herm...citer ni actually subuh tadi..tapi aku bosan nih..so aku rase nak tulis laa pulak kat blog..hehehehe subuh tadi Azwan nangis nangi...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates