love.life.laugh.live


alhamdulillah,hari ni Allah masih lagi memberi nyawa kepada aku untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ni..walaupun sahur pun masak ala kadar je,jadi laa kan..ada orang yang lebih kurang berkemampuan dari aku untuk bersahur..alhamdulillah..


okey,cerita pagi ni..apa yang suratan atau kebetulannya?dah macam tajuk lagu dulu dulu laa pulak kan..hahaha..okey,meyh nak story sikit..malam tadi ada laa satu kejutan buat aku..seriously its a surprise..ada sorang mamat ni,aku memang betul betul dah tanam dia hidup hidup dari life aku dan sekarang dia datang balik..nak menagih kasih mungkin..huhu

kenapa aku cakap dia MUNGKIN nak menagih kembali kasih yang aku dah buang tu?sebab nya kisah ni terjadi masa Tingkatan 5 kat Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung...meh kita flashback balik apa yang dah terjadi...walaupun kisah ni sangat laa menyakitkan hati aku,tapi takpe laa..aku tak dendam,cuma aku takkan lupakan apa yang dia buat pada aku,tu je..

kisahnya jadi tahun 2009..aku tak ingat macam mana aku boleh suka dia,tapi yang pasti aku memang suka dia masa tu..SUKA diulangi SUKA..kalau tak silap start masa latihan fasilitator kot..okey laa,aku dengan mamat ni,nama dia Izwan,panggil Wan,kami ni dua dua exco tertinggi lembaga pengawas..aku bendahari agung,Wan ni Penolong Ketua Pengawas I which is wakil daripada pengawas vokasional..maklum laa,aku kan sekolah teknik,sekolah aku ada dua aliran,teknik dan vokasional,tapi sekarang dah jadi Kolej Vokasional pun..huhu..

Wan ni actually best student vokasional..kelas pun kelas first aliran dia laa..thats why aku suka diulangi aku suka bukan cinta kat dia..nak dijadikan cerita,aku start rapat dengan dia sejak latihan fasilitator laa..exco pengawas wajib jadi fasi untuk kemasukan pelajar junior tingkatan 4 masa tu..sebulan sebelum junior masuk,kitorang kena join latihan..kat situ bermula..

aku citer kat kawan baik aku masa tu,Nisa yang aku suka tengok Wan ni..dah laa pandai,boleh tahan laa jugak rupa..apa budak sekarang panggil,crush ehh?haa crush gituu laa..kebetulan,Nisa ni PEERS,dia join jugak latihan fasi tu dan dia pun ada affair dengan kawan sekelas Wan ni..cerita punya cerita,aku pun tak tahu macam mana boleh terlepas cerita kat dia aku suka dia..dulu aku baik woii..budak vokay semua takut nak kawan dengan aku sebab aku budak teknik,KE1..then,Wan tahu..ko tahu tak,dia memang melayan habis lahh aku kata,sampai seriously,aku ada laa jugak rasa macam jatuh cinta kan..

sebulan lepas tu,tahu apa jadi? dia boleh buat perangai..actually dia dah ada girlfriend..hoii,apesal kau tak cakap awal awal kat aku?kalau tak,takde bodoh aku nak melting bagai macam orang gila..aku memang pantang betul berkawan pastu tipu aku kata takde girlfriend padahal kau dah couple sampai setahun lebih apa kejadahnya kau nak curang?????!! aku kesian giler ngan girlfriend dia sebab girlfriend dia ingat aku nak rampas pakwe dia..eh hello,dia cakap kat aku dia single..so dengan bengang nya,aku tak contact langsung Wan tu sampai sekarang..

seriously,aku memang tak suka kawan dengan laki yang dah ada girlfriend sebab kalau aku kat tempat awek dia pun,memang aku marah pakwe aku bersuka suka layan pempuan tak tentu hala..sejak tu,putus laa kawan..kejadian tu pun masa awal tingkatan 5..lama lagi sebelum SPM..hahaha..sejak tu jugak,aku memang tak nak dikaitkan dengan dia lagi..

tapi semalam lepas 4 tahun berlalu,dia add aku weyhh..rasa macam tak percaya..tapi bukan bermakna suka tu boleh berputik lagi kan? aku dah ada AHMAD ZIKRI B MOHD ALI..aku sayang dia dan nak bina hidup sama sama..Wan tu cuma mimpi ngeri yang buat aku lebih matang je..nampak jugak semalam macam dia nak tautkan balik relation yang dulu tu,tapi no no no..aku siap cakap dah,aku dah nak kahwin..kawan je takpe..aku tahu dia dah putus dengan awek dia,mungkin dia sunyi so dia cari aku balik..memang TAK laa kan..aku maafkan dia,tapi sekali dulu dia dah tipu aku,aku memang susah nak percaya dah..dah laa dia buat aku macam tu dulu..rasakan pulak macam mana aku rasa dulu *waa jahat nya aku,nak balas dendam laa tu*

                                          yes,love is you my dear yayang (AhmadZikri) hehehe

no,bukan balas dendam,itu KARMA..moral of the story nya,nak kenakan orang fikir karma dulu okay..

okay laa,had ni je kisahnya..nanti ada kisah lagi aku taip lagi okeyhh..bye! assalamualaikum

p/s : sedap nasik goreng bujang tadi..hahaha *perasan* :p
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
malam ni dah berapa hari dah aku tak update blog..aku tengah takde perasaan ni tapi aku tetap rasa nak menulis...dah berapa hari blog ni terbiar tanpa entry terbaru..kalau dulu dalam sehari,sampai 3 4 entry aku hembos....sungguh, aku malas giler dah nak cerita pasal diri aku..segala gala nya dah hilang..segala impian aku selama ni dah berkubur..takde lagi bagi aku sinar kegembiraan..semua nya dah sirna..semua nya dah pergi...takde satu pun yang tertinggal untuk aku lagi..hatta secebis pun dari sisa impian aku yang dulu tak tertinggal...

jujur aku katakan, yang aku rasa macam aku dah tak nak hidup..aku kecewa dengan diri aku..aku rasa aku tak boleh nak terima kenyataan yang mendatang ni..adakah aku yang bermimpi di siang hari? kalau betul, Ya Rabbi, cepat lah kejutkan aku dari mimpi ni...sekelip mata je semua nya berubah...

tragis sungguh...aku rasa macam dah boleh dibuat jalan cerita untuk novel kisah aku ni..huhu..takdir...aku bukannya nak salahkan takdir, mungkin ni yang dah tertulis kat Luh Mahfuz untuk aku..aku terima je lah dengan redha...aku harap sangat aku mampu 'redha' dengan sesungguhnya suratan takdir ni...

entah nye punn...orang kata, tak baik mengeluh kan..tapi masuk sekarang ni,dah berapa juta kali aku mengeluh..aku tertekan sangat sangat sekarang ni..aku rasa aku nak pergi funfair yang ade benda alah pusing tonggang terbalik yang macam kat Melaka aritu..aku nak naik biar sampai muntah..at least aku lupa segala gala yang dah terjadi...

kadang kadang rasa macam mulut ni ringan giler nak mencarut macam macam..nak jerit sampai pecah rumah ni...nak hantuk kepala kat dinding sepuas hati secukup rasa Maggi...nak pergi jauh jauh sampai planet Pluto atau pun sampai ke bulan planet Marikh (* tak ingat pulak nama bulan tu ape..ahh,pandai pandai korang laa tengok Nat Geo kalau nak tahu) untuk mengatakan bahawa AKU STRESS TAHAP NAK MAMPUS...kalau laa tahap stress aku ni boleh diukur pakai skala Richter, agak agak mesti pecah skala tu kan..huhu

Mr. Danbo pun sedih jugak..tapi Allah kan sentiasa ada..

dah laa, sampai sini je aku nak buang tebiat..nanti kalau aku rasa aku meroyan nak tulis entry lagi,pandai pandai laa aku tulis...

Adioss~
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

hati aku takkan sama lagi macam dulu bila


  • dia tak angkat call aku
  • dia curang dengan aku
  • dia tipu aku
  • dia dah tak pedulikan aku
  • dia cakap hubungan ni dah berakhir
kalau pun hati aku sembuh sekalipun,hati aku tetap dah tak sama macam dulu lagi

#terima kasih Muhammad Azwan Maszuwan bin Tajual Ariffin sebab kau lukakan hati aku..terima kasih banyak banyak..aku takkan pernah lupakan jasa kau,usaha kau buat semua ni untuk aku...aku hargai sesangat usaha tersebut..

yang benar,
-ROSLINA BT MOHD JELANI-
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Jika dilihat, diri kau sama sahaja seperti mereka yang aku kenali. Benarlah kata pepatah, rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Sungguh, aku tak sangka yang engkau sebegitu. Mengapa begitu cepat engkau berubah? Sangat berubah selepas kali terakhir aku mengenali engkau dan melihat engkau setahun setengah yang lepas. Adakah aku yang terlepas pandang akan perubahan kau? 

Walaupun kita tidak pernah rapat sewaktu zaman sekolah dahulu, namun aku mengenali engkau melalui sahabat sahabat sebilik dengan aku. Aku tahu, engkau tidak seperti sekarang ni. Aku tahu dahulu engkau seorang yang gigih belajar, sangat konsisten dalam bersaing dengan pelajar kelas aku. Namun, aku tak sangka sungguh cepat engkau berubah sehingga jadi begini sekali. Mana engkau yang dulu? yang tahu menghormati aku sebagai seorang perempuan.

Maaf aku pinta seandainya kata kata aku mengguris hati kau, tapi aku terpaksa berkasar dengan kau sebab kau tak hormat aku. Kau ingat aku ni perempuan liar, suka hati kau nak cakap bukan bukan dengan aku. Please, I still have a little more respect to you. Tolong lah jangan sama kan aku dengan perempuan murahan yang kau pernah kenal. Ya, aku akui aku suka keluar malam, aku suka shopping, tapi maaf, aku bukan perempuan yang tiada maruah. For your information, aku keluar malam hanya dengan KAWAN PEREMPUAN aku, aku shopping pun dengan mereka. So, jangan ingat kau boleh sewenang wenangnya nak cakap bukan bukan dengan aku.

And a little more, tolong hormat aku. Kau suka tak kalau ada lelaki yang buat adik perempuan kau macam apa yang kau buat kat aku sekarang ni? Tentu kau rasa nak marah kan? So, kalau kau masih nak berkawan dengan aku, please, BEHAVE yourself. Jaga tingkah laku kau. Aku boleh je nak gurau gurau bodoh dengan kau, tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti kaum wanita. 

Sekian, TERIMA KASIH banyak banyak yerr.
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
tengah malam menjelma lagi...malam ni mata nana seriously tak mengantuk lepas terjadi nya satu insiden yang betul betul buat mata nana tak boleh nak tidur...elok elok mood nana oke hari ni,tetiba pulak ade la sorang mamat ni pergi spoil kan...sumpah spoil mood malam ni...haihh...

takpe la...nana update ni just untuk meluahkan isi hati yang terdalam je..jauh dari sudut hati nana,nana betul betul sunyi..nana serius jeles bila nampak pasangan pasangan bahagia kat luar sana...nana tak pernah pun ada kesempatan untuk merasa kebahagiaan tu..selalunya mesti nana yang menjadi mangsa...kenapa ye?nana baik sangat ke sampai semua orang nak amek kesempatan atas kelemahan nana...nana tak pernah berharap lebih dalam satu perhubungan..cukup lah sekadar dia sayangkan nana,care pasal nana..sanggup susah senang sama sama nana..nana cuma nak orang yang camtu je..bukannye nana mintak orang tu biar lah hensem macam brad pitt ke,hape ke...

insiden tadi cukup laa untuk membuktikan laki sekarang banyak yang lebih suka mengambil kesempatan dari keikhlasan dalam menghulurkan persahabatan..nana tak suka orang yang macam ni..tolong laa jangan mempergunakan wanita sebagai tempat kau melepaskan nafsu kau...dari nana ade laa perasaan nak berkawan,terus nana rase malas nak kawan ngan dia...hilang terbang melayang mood nana nak berkawan...sebab tu jugak laa nana tak berapa suka nak kawan ngan lelaki...sebab bagi nana semua laki cuma nak amek kesempatan je atas diri nana...

dah laa...nana takut untuk berkawan terutama dengan lelaki...lelaki laa punca hati nana sakit,lelaki laa punca nana disakiti,lelaki laa punca kenapa nana trauma dengan cinta..dah laa..cukup laa...

p/s : tension ngan diri sendiri
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
walau kau tiada di sini 
ku tetap ingat semua pesanmu
ku hidup seolah olah kau masih ada
bisikkan kata kepadaku
bilakah kau akan utuskan surat buatku
aku terus menunggu tibanya kata cintamu....

entah kenapa sejak dua menjak ni nana suka giler dengar lagu shila amzah tajuk patah seribu ni...lagu ni menusuk jauh dalam hati bagi nana...hewhewhew...abaikan je lah...:)

seribu erti kemaafan untuk nana di petang ahad...yeaahh..kepada kawan kawan yang nampak dan dengar nana marah marah semalam sorry ye..semalam nana betul betul stress dan penat dan bengang bila dipaksa buat benda yang nana dah cakap awal awal nana taknak...sakit hati meyhh...tapi hari ni nana dah oke...nasib baik nana jenis kalau marah nana cepat cool down...hehehe..kalau tak,dah susah nak cool kan nana balik...

tapi biar pun seribu erti kemaafan,nana masih ingat apa yang berlaku dan takkan mudah untuk nana lupakan apa yang dah terjadi..nana tetap akan beware supaya apa yang telah berlaku tak terjadi lagi kat nana...mentang mentang nana ni jenis cepat rasa serba salah sewenang wenang nya dia suruh nana buat tu buat ni....

agak agak la...nana penat kot,dengan tak sihat nya lagi..consider la sikit..tak banyak,sikit pun jadi lah...nana tak mintak simpati,tapi nana mintak consideration...kalau dibuatnya nana pengsan semalam, dia jugak yang susah..nak anta nana pergi hospital bagai...kalau dah masuk unit kecemasan silap silap 3 4 jam dia kena tunggu nana kat situ...baru dia tahu...semalam pun nana kuatkan diri..banyak kali jugak pandangan mata dah kejap kejap gelap...kepala nana dah pening...tapi apa lah daya nana..nana ikut je lah dia sebagai ketua..nana tak boleh nak lawan...dengan ada yang tak nak mengalah...nana tak suka..so,biar lah,nana sakit pun nana boleh drive sendiri balik...nana tak suka harap harap pada orang...teringat cakap mak nana,hidup jangan selalu menyusahkan orang lain..biar la apa pun jadi,kita mesti berdiri atas kaki sendiri...belajar hidup berdikari... sampai ke saat ni,nana pegang prinsip yang satu ni...seboleh bolehnya nana tak kan susahkan siapa siapa selagi nana mampu buat sendiri perkara tu...

takpelah...nana boleh je maafkan semua yang pernah buat salah dengan nana..tapi untuk nana melupakan apa kesalahan yang dia pernah buat kat nana tu mungkin susah la sikit sebab nana memang jenis sekali terkena sampai mati nana ingat...so,sendiri mau ingat la kan....

oke lah..penat pulak merepek petang petang ni..nana sebenarnya nak sambung tulis cerpen..tapi idea tengah takde ni...kering pulak otak time time ni..hehehe..nanti la nana sambung tulis...ada masa nana post dalam blog ni...adioss....


Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  March (1)
      • Hmm
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • d.i.s.e.m.b.e.r
    erm...lagi berape jam je birthday aku...20 tahun sudah..:) happy besday to meee happy besday to meee happy besday to nana happy besday ...
  • Segmen : Saya Sedia Follow Back
    Jom sama sama join segmen ni..hehehe..nak tau lebih lanjut,klik kat banner ye sayang sayang semua...:))
  • New Post dan Older Post button
    Assalamualaikum semua..oke, yang ni aku baru jumpa..sebelum ni, lepas aku tukar ke template Blogskin, banyak yang takde..so kena tambah siki...
  • Bagaimana Bercouple Cara Islam?
    Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan...
  • speechless #1
    i'll be waiting for you :)
  • dugaan yang tak terjangka
    erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku ...
  • nasihat #3
  • woohooo!!!
    assalam n hai... okay...tengah malam nanti akan bermula la episod pengembaraan aku ke bumi melaka...mengembara untuk menuntut ilmu...eh ta...
  • kamu dan aku
    herm...citer ni actually subuh tadi..tapi aku bosan nih..so aku rase nak tulis laa pulak kat blog..hehehehe subuh tadi Azwan nangis nangi...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates