love.life.laugh.live

Hello mello belog..how r u my sweetie munchkin? Hihihi

Dearest belog..how I need someone who can make me smile, make me feel loved..and u knw what? U are the person wahai encik blog!! Hikhikhik..I love u u know

Encik blog..nape laa awak bukan manusia ye? Kalau laa awak manusia, kan best..kita mesti jadi pasangan yang serasi kan? Saya cerita awak dengar..saya sedih awak hiburkan..saya gembira awak pun kongsi gembira..saya rasa dihargai sangat

Encik belog..saya ade masalah ni..saya punya banyakkkkkkk masalah..awak sudi kan nak dengar? Takde siapa nak dengar saya, awak sorg je yang saya ade..awakkk..saya sedih..saya ade banyakkkkkk hutang..tapi saya takde kerja nak bayar balik..saya sedih sangat..saya tak tau nak cerita dengan siapa..bila saya cerita, orang suruh tak payah fikir..camne tak fikir, tu kalau orang ade kerja memang laa takyah fikir sebab tahu dia cukup duit nak bayar..tapi saya ni?? Takde siapa faham saya

Dah laa hidup berhutang..saya rase tak nak kahwin..sebab kalau saya kahwin pun, saya kerja, nak bayar hutang..nanti camne dengan hal rumahtangga..saya kena buat semua..dengan kesihatan tak berapa nak baik..takde siapa faham saya..

Rasa nye ada pasangan, tapi sorang sorang jugak..saya je yang syok sendiri fikir hal nak tunang, planning macam macam..tapi dia bila tanya semua tak tahu..macam tak nak kahwin je..kalau camtu, saya pun taknak laa buat persiapan ape2..saya pun tak tahu nak buat ape..saya taknak ambil tahu pun..biar je laa majlis tu..nak kahwin kahwin laa..taknak sudah..tak kahwin pun saya boleh hidup sorang sorang..tu makna nya jodoh saya dah mati..selama hari ni pun memang saya sorang sorang lalui semua..derita saya awak je yang tahu encik belog..orang tak peduli pun pasal saya..kalau saya mati pun, agaknya takde orang yang datang kebumi saya..

Kadang rasa macam diri saya ni tak wujud pun..saya ada ke takde ke dunia tetap berputar..matahari tetap pancarkan sinarnye, malam tetap jugak datang menjengah kan..nasib laa kan diri ni macam ni..kalau saya cantik kan encik blog, mesti ramai orang tolong saya kan? Mesti ramai orang perasan wujudnya saya dalam dunia ni..tapi apakan daya..

Normal laa tu kan..lumrah dunia

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

bila cinta membara
yang hitam nampak putih
yang gelap nampak terang
yang pahit rasa manis

huahuahua..angin menaip datang lagi..seronok pulak rasanya menaip macam ni..macam dulu,aktif menaip..aku dengan dunia aku..tu sebab aku private kan blog ni,sebab hanya aku je yang boleh baca apa yang aku luahkan kat sini..rasanya tak perlu kot orang lain nak tahu apa perasaan aku kan?kecewa,sedih,gembira,bahagia semua semua lahh..seronok bila meluah kat sini..at least takde yang bersuara lantas memilukan hati aku *acewah ayat* hahaha

okey laa balik ke tajuk apa aku nak taip mlam ni..bila cinta?bila aku jatuh cinta *ehh,macam lagu awi rafael pulak* hehe..kenapa ye,aku ni kalau dah jatuh cinta,susah sangat nak melupakan..bila susah nak lupa,sepanjang tu aku akan rasa tak selamat,insecure laa omputih kata..orang kampung kata,curiga gitu..bukan aku tak percaya,tapi aku rasa tak selamat..hahhh gitu lah..

kalau tak percaya langsung pun bila cinta susah jugak..hehe..sebab setiap perhubungan tu mesti lah ada kepercayaan..tapiiii kalau setakat boyfriend girlfriend je status hubungan nye,tak payah laa kita nak taruk harapan tinggi sebab nanti kita yang akan luka sendiri..hubungan tu tak menjamin langsung..ada dua kemungkinan kan,sama ada kita akan kahwin dengan dia atau sekadar jadi penghilang bosan dia je..

aku tak tahu laa aku kat status yang mana..sama ada aku akan kahwin ataupun aku ni sekadar penghilang bosan..tak apa laa kalau aku ni pilihan yang kedua tu pun kan,aku okay je..rilek sudah kan?ni semua cubaan hidup je..dugaan nak mematangkan kita..

entah laa kan,aku rasa macam aku ada kat awang awangan je..aku tak tahu mana hala tuju aku,apa pengakhiran aku..aku cuma mengharap apa yang terbaik aje untuk aku..

p/s: bosan takde teman sembang..takpe,aku cuba SENTIASA FAHAM dia walaupun aku terluka jugak
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

rasa rasa macam nak menulis novel pulak..dah lama niat ni terpendam dalam hati,tapi seringkali tak berkesempatan..yelaa,kadang kadang aku sibuk (sibuk kerr??hehe), bila tak sibuk,idea pulak tak ada..hehe

baru baru ni aku ada baca novel online tajuk "I Love You, Stupid".. mampu baca online je lah,tak mampu nak beli novel nye sebab sebuah novel tu dah harga RM39.00 so aku pun tak ada laa beli..wahhhhh,teruja..sangat best cerita tu tau..bodoh bodoh alang gitu walaupun heroinnya watak sombong gilaaa maklum laa anak Dato' kan..tapi seronok laa jugak..


waaa,khayal aku baca cerita tu..kan best kalau aku ni cuma sekadar watak dalam novel yang tak wujud..tapi aku tak boleh kesal,Allah jadikan aku supaya aku berbakti kat dunia ni, jadi insan yang berguna..walaupun kewujudan aku kadang kadang macam mengecewakan (always mengecewakan I mean) tapi aku tetap kena teruskan kehidupan jugak kan?

soooo..lets see kalau aku boleh sambung balik niat aku yang terpendam nak menulis novel..tapi kalau ikutkan,tak nak lah tulis novel yang mendorong niat remaja nak mencuba sesuatu yang tak baik..aku perasan jugak,novel ni sebenarnye banyak pro dan kontra nya..kalau baik isi perjalanan cerita,baik lah ikutan remaja.. kalau tak baik,nauzubillah,kita yang menulis cerita tu pun terbabit saham kalau yang membaca tak dapat manfaat dari pembacaan mereka, wallahualam

contoh macam cerita yang meletup kat slot akasia tv3 dulu, Setia Hujung Nyawa.. aku actually dah baca novel ni masa Form 5,sedap laa jugak jalan cerita nya..tapiiiii ada tapi tau..bila diadaptasi ke dalam kaca televisyen,cerita ni mempengaruhi ramai remaja untuk jadi macam heroin dalam cerita tu..kenapa aku kata camtu??


sebabbbbbb okeyh,ni serba ringkas jalan cerita nya okey..si Ersalina ni dah takda dara,then dapat kahwin dengan lelaki yang baik (tak laa baik sangat pun sebenarnya sebab dia pun ada masa lampau yang tak baik)..so,sepanjang cerita tu ditayangkan,ramai remaja perempuan yang berkobar kobar nak mengorbankan dara mereka dan berharap diorang dapat jadi sebijik macam nasib Ersalina tu..haaaa tu laa yang aku katakan salah..diorang tak nampak apa nilai sebenar yang penulis nak sampaikan..

actually,aku tak setuju sangat hasil karya novel difilemkan..sebab bagi aku, MEMBACA novel TAK SAMA kesannya dengan MENONTON filem adaptasi..feeling kurang..kita takkan dapat menghayati apa yang sebenarnya ditulis dalam novel..lagipun,terlalu banyak yang ditokok tambah bila difilemkan..dannnnn paling utama ianya mampu mendorang remaja berbuat perkara yang tak baik (negative side from then film)

so,better membaca dari menonton 

p/s : yesss i love reading :D
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

okey,aku lambat nak update..ngahahahaha.. actually ni cerita tiga hari lepas, final Piala Malaysia 2013. perlawanan ni antara Kelantan dengan Pahang. Aku memang sokong Pahang sejak Perak kalah dengan Sarawak 6-1 haritu.. sakit woo hati tengok kekalahan negeri sendiri padahal dulu semua negeri gerun kot dengan kesebelasan Perak.. mana tak nya, Perak 7 kali juara Piala Malaysia bhaii.. Selangor je yang tak takut dengan Perak..muahahahaha..

tapi tu laa, Perak ke, Selangor ke, Kedah ke, Perlis ke, semua dah hilang taring.. zaman sekarang ni tengah zaman kebangkitan negeri negeri Pantai Timur pulak..kenapa? yelaa,sebab kebanyakan piala banyak kat negeri sana je menang..

okey,berbalik kat cerita asal, masa final tu memang aku tak nak terlepas laa tengok kan even aku demam teruk..kihkihkih..tak sangka,kaki bola jugak aku ni ekk..half time memang takde gol kalau tak silap aku..banyak kali jugak Pahang try rembat semua tak gol..masa kedua baru menjadi..memang cantekk ahh gol dorang..hantaran dari Alex yang masa tu ada kat bahagian tepi padang terus pergi ke Matias Conti then dia tanduk terus gol.. smart weyhh..

okey,aku over excited masa tengok tu..yelaa,aku memang tak berapa nak suka Kelantan..kahkahkah..sebab penyokong dorang macam over sangat..belagak pon ada,yelaaa konon negeri dorang hebat sangat kan main bola,semua nak menang je...kesiannnnnnn...kahkahkah..tu laa,lain kali sila jangan bongkak dehhh..

sumber : tokgajah.com

aku tengok chant chant ultras Elephant Army pun rasa meremang bulu roma,seriously diorang sangat best..even aku bukan anak negeri tu,tapi tahniah Pahang..memang deserve menang laa kan..sangat hebat..hehehe

p/s : sokong plus sebab Zik orang sana..kahkahkah
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Dah lama rasanya tak menaip kat kamu kan encik belog..aku selalu abaikan kamu dah sekarang ni..tak sehebat dulu menaip..huhu..*kecewa dengan kemalasan diri sendiri* tsk tsk..okey laa, tak payah nak drama queen sangat kan..ape aku nak cerita kali ni selepas meniup habuk habuk yang dah setebal novel Harry Potter and The Prisoner of Azkaban ni kan? Hehee

Topik keinsafan.. insaf? Apa yang buat aku rasa insaf ni? Seriously sebelum ni aku jenis yang malas jugak.. liat nak solat penuh..I admit it.. but since aku jumpa si cinta hati aku ni plus satu ayat dari satu pages ni buat aku nekad, aku MESTI berubah..berubah demi masa depan aku..macam mana Allah nak tolong kalau aku sendiri selalu lupakan Dia? Betul tak? Okey laa, ayat yang berjaya menggerakkan hati aku tu actually ayat dari page yang aku rasa budak budak hot pavi benci which is page Kepala Hotak Kamu..aishh aku tak boleh nak link laa pulak page ni, aku taip via blogger android je ni..hish..ahha..cari laa page tu kan..ayat nye camni laa lebih kurang "kalau kita telefon orang terkurang satu nombor kita dail, mesti talian tu tak sampai kan? Sama jugak macam hubungan kita dengan Dia, 24434..kalau kurang satu nombor tu, agak agak sampai tak kat Allah doa kita?"

Okey, ayat ni buat aku sentap.. ya mungkin sebab tu Allah tak dengar doa aku dulu..aku selalu terkurang satu nombor atau dua..astaghfirullahal'azim.. perangai teruk aku ni..pastu ada hati lagi nak mintak macam macam..sungguh, bila kenang balik, malu nya aku..hak Dia aku tak tunaikan sebagai hamba..sedih nya bila fikir..naif nya aku..

Tapi takpe laa..Allah tu Maha Pengampun kan..selagi belum terlambat, kita masih boleh bertaubat..aku pegang janji Allah, aku akan berusaha istiqamah dalam ibadat aku..aku cuba jadi hambaNya yang baik..semoga Allah memberkati usaha aku ni..aku cuba nak jadi yang terbaik..

Okey laa..had ni je aku mampu taip..time to layan bola..haha..pahang vs negeri sembilan..malam ni perak lawan kedah, tapi takde live laa pulak..adehh..k, tata..

P/s: hantu bola..ngeee

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

hoyeahhh..kemalasan aku untuk menaip datang lagi..miahahahaha..mula letteww nak abaikan encik belog ni balik..aishhh tak laa..mana ada aku nak abaikan..haha..cuma takde feeling nak menaip sejak dua menjak ni..tah kenapa,kemalasan berganda nak taip entry..hehehe

ni pun actually malas gak,tapi aku nak taip cepat cepat..selaras dengan tajuk yang entah hape hape,aku nak taip "rubbish" ni..hahaha

off topic..okey,seriously blur nak taip ape..idea takde ni tapi jari tetap menaip..dushh

okey laa,aku dah ingat topik ape nak bangkitkan..topik NIQAB..kenapa dengan niqab?actually,aku suka sangat tengok orang perempuan yang berniqab..cantik..terasa kerdil diri aku..iman aku tak sekuat mereka..aku tak seistiqamah mereka..tapi aku tetap mencuba untuk jadi yang terbaik..bukan nak jadi yang terbaik di mata manusia,aku nak jadi yang terbaik untuk Allah..

aku nak tebus balik semua khilaf aku yang dulu..aku nak kuburkan semua kejahilan aku dulu..aku nak berubah..aku nak jadi yang terbaik untuk Allah..rugi kalau kita hilang cinta Allah, hilang cinta manusia takpe lagi kan..

inshaa Allah..aku sedang cuba kuatkan diri hadapi tohmahan orang..biarlah aku pakai pakaian orang ketinggalan zaman,dari aku pakai pakaian orang akhir zaman :)

p/s : dengan cara apa sekali pun,kita wajib tutup aurat kita..sebab itu perintah Allah :)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  March (1)
      • Hmm
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • d.i.s.e.m.b.e.r
    erm...lagi berape jam je birthday aku...20 tahun sudah..:) happy besday to meee happy besday to meee happy besday to nana happy besday ...
  • Segmen : Saya Sedia Follow Back
    Jom sama sama join segmen ni..hehehe..nak tau lebih lanjut,klik kat banner ye sayang sayang semua...:))
  • New Post dan Older Post button
    Assalamualaikum semua..oke, yang ni aku baru jumpa..sebelum ni, lepas aku tukar ke template Blogskin, banyak yang takde..so kena tambah siki...
  • Bagaimana Bercouple Cara Islam?
    Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan...
  • speechless #1
    i'll be waiting for you :)
  • dugaan yang tak terjangka
    erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku ...
  • nasihat #3
  • woohooo!!!
    assalam n hai... okay...tengah malam nanti akan bermula la episod pengembaraan aku ke bumi melaka...mengembara untuk menuntut ilmu...eh ta...
  • kamu dan aku
    herm...citer ni actually subuh tadi..tapi aku bosan nih..so aku rase nak tulis laa pulak kat blog..hehehehe subuh tadi Azwan nangis nangi...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates