love.life.laugh.live

hehh..baru teringat nak update pasal ni...hari tu aku borong laa beli tudung kat satu page ni..cantik meyh tudung nya...tudung bawal rose..alaa..yang ade bunga rose kat tepi tepi tudung tu...cantik...harga pun berpatutan aku beli...ngehngehngeh...nak tengok??


ni laa tudung nya...aku rembat yang warna first tu...cantik..tak rugi laa beli kan..hehehe...actually aku beli 3 helai sebab kebetulan dorang pun tengah buat promotion jualan tudung ni sempena nak raya tak lama lagi ni...murah meyhh

haa...kalau korang nak beli korang pergi laa kat Pelangi Indah takpun korang pergi laa kat page dorang nih Tudung Bawal okay..
Share
Tweet
Pin
Share
6 budak cakap-cakap
aku baru perasan contact lens aku dah nak expired..adehh..patut laa kalau pakai mesti mata aku gatal n merah merah..camne boleh tak perasan ni..haihh

so,kena keluar duit lagi laa nak beli contact lens baru..adoiiiyaii.. duit dah laa tengah bersaving saving ni..kalau tak pakai contact lens pun nanti aku tak berapa nak nampak..kalau rabun sikit je tak pe laa tak pakai...ni mata kanan je dah -4.00 power nye..mata kiri -2.50 je..huhuhu..mata kanan rosak teruk...sedih nya..Allah dah tarik nikmat melihat aku dah 9 tahun dah..nanti kalau ada rezeki lebih aku nak buat rawatan LASIK laa..betul kan retina mata aku..


erm,nak pergi check mata balik...then,nak beli contact lens baru...


aku dah lama pakai jenama Blincon ni..hehehe...yang ada sekarang ni kat aku yang Smokey Black dari Classic Blincon..lepas ni aku nak beli yang Sexy Grey tu pulak dari Jazzy Blincon..hehehe..aku suka giler pakai yang warna kelabu..sesuai laa jugak ngan mata aku(*herkk,perasan!)

pape pun,kena saving..sat lagi makin rosak pulak mata aku kalau pakai contact lens dah expired..huhuhu
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..haa..kali ni nana nak review buku novel lagi..amboi..banyak nye membaca novel..hikhikhik *gelakgedikk*..tapi kali ni nana nak review pasal citer terbitan Kaki Novel..karya Muliati Abdul yang bertajuk 'Cinta Si Ikan Buntal dan Kambing Liar'..phiuhh..panjang amatt tajuknya..penat..hahahaha..

kisah nya boleh tahan best laa..*ayatklicheje* hahaha..tapi memang best punn..ta kan nak tipu pulokk kan..hehh,ta baik tipu tipu..no no no no...!

 ini lah cover depan novel ni..nana beli masa bulan 3 haritu..tak tahu nak habeskan baucer ke mana sebab buku reference semua dah ada...so dengan kegedikan yang teramat,nana pun pilih novel ni..:)

okayy..novel ni mengisahkan tentang Kamilia dengan Adam Ahmad ..diorang ni musuh dari kecik lagi..Adam ni suka sangat laa menyakat Kamilia..ejek Kamilia dengan nama panggilan Kambing Liar sebab Kamilia jenis tak pandai bergaya..sampai laa satu hari tu Kamilia pindah sekolah dan tak jumpa dah Adam Ahmad..

bila masing-masing dah besar,takdir menemukan mereka dalam masa yang salah..sentiasa ada salah faham yang tercipta antara mereka..walaupun camtu, Adam Ahmad actually dah lama taruh hati kat Kamilia..atas pertolongan nenek Kamilia dan mak Adam,sesuatu telah dirancang dengan amat sempurna..takde siapa pun yang tahu rancangan tu akan berjaya..

kalau nak tahu apa yang nenek Kamilia dengan mak Adam rancangkan,korang baca laa novel ni..hehehe..seriously best..kelakar pun ada..tak laa jenis bacaan yang berat..

papepun,teruskan membaca...yeahh..gambate!^_^v

p/s: rindu sama kamu:(
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..sedar tak sedar dah semakin hampir kita dengan Ramadhan..harap nya kita sempat lah bertemu Ramadhan lagi untuk kali ini.. namun apa yang nana nak update malam ni adalah berkenaan puasa Rejab yang mana dari nana zaman sekolah dulu nana selalu amalkan dengan kawan kawan nana..hehehe..disamping ganti puasa yang tetinggal sebelumnya,boleh laa puasa sunat sekali..esok bersamaan 22 May 2012 kita akan melangkah ke satu lagi bulan Islam iaitu Rejab..jom kita tengok apa kelebihan puasa dalam bulan ni..:

1. kelebihan bulan Rejab atas segala bulan

As-Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah, kecuali Hibatullah As-Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya.

Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh-syeikh yang tidak pernah dilihatnya.

Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-Saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya

SUMBER : HIMPUNAN HADIS DHAIF DAN MAUDHU' - Drs Abdul Ghani Azmi - m.s 517

2. Kelebihan berpuasa di bulan Rejab
Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib, dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya : Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu-pintu Neraka Jahim yang tujuh. Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan baginya pintu-pintu Syurga yang lapan itu. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan-kejahatannya dengan kebaikan-kebaikan, dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah

Kata Yahya bin Ma'in : Al-Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang matruk

SUMBER : HIMPUNAN HADIS DHAIF DAN MAUDHU' - Drs Abdul Ghani Azmi - m.s. 524

Bagaimanapun hukum berpuasa dalam bulan Rejab adalah sunat.

"Bahawa yang sebenar adalah perkataandari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis, Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram. Sesiapa yang berkata sebaliknya, iaitu "Tidak sunat dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa,maka orang tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya bertaraf seorang Awam."

[Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yang cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.]

Kenyataannya daripada jawapan seorang ulama' yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu' yang kedua, mukasurat 22, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

credit 1

credit 2

SUMBER

okay ni antara hadith yang berkaitan tentang puasa sunat dalam bulan Rejab..banyak fadhilatnya puasa dalam bulan Rejab ni..oleh tu,jom laa kita reramai puasa dalam bulan Rejab..:) hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..haa,malam ni nana nak review buku lagi..jom bangunkan minat membaca..bangsa membaca kan bangsa berjaya..hehhehe...malam ni nana nak review satu buku novel yang bagi nana best laa jugak..tak jemu untuk membaca...novel ape?jom terjah...


okay,ni laa novel yang nana maksudkan..tajuknya Juara Carta Cinta..pengarangnya Lynn Dayana terbitan Alaf 21..heronye Haiqal n heroinnye Maya Hanum..kalau dari 10 bintang,nana nak bagi 7.5 laa..sebab novel ni boleh tahan best laa..nana habeskan baca dalam sehari setengah je..makna nya best laa kan..hehehhe...

novel ni mengisahkan tentang Maya..dia tersepit antara 3 cinta, Haqiem (bekas kekasih Maya yang masih setia menunggu Maya), Adnan (bekas tunang Maya dan sudah berkahwin dengan Intan) n Haiqal (peminat misteri Maya)...dalam tiga jejaka tu,semua berusaha nak rebut hati Maya...macam macam dorang buat sampai laa Haqiem tu tersalah faham..dia ingatkan Haiqal dengan Maya tu bersekedudukan,dia pun report laa kat jabatan agama Islam..sampaikan Maya terpaksa kawen dengan Haiqal...then,ade laa perkara yang tak diingini berlaku...ape dia??nak tahu,baca laa..hikhikhik

okay laa...jom rajin rajin membaca...:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..haa,hari ni nana nak promote satu buku ni..nana dah lebih 3 kali baca novel ni..sangattt seronok bagi nana...sweet je percintaan selepas kahwin..alaa,yang macam Islam anjurkan..tajuknya Buat Yang Tersayang...seriously,tak rugi kalau baca..(*lelaki tak payah nak gedik baca,korang bukannya suka novel,huhh)


erm,nana memang suka giler baca novel novel keluaran Alaf 21 nih..lagipun nana dah start kumpul novel dari masa Tingkatan 2 lagi..hehehe..tentang novel ni nana beli masa bulan 2 haritu..tapi dah lebih 3 kali nana ulang baca novel ni..sweet sangat..kalah kot Ombak Rindu, Bicara Hati, Gemersik Kalbu dengan Semusim Rindu..hahahha...tapi apa apa pun nana tetap suka karya Damya Hanna...muehehehe...

dalam novel ni hero nya nama Ahmad Khusyairy Ashman..sedap kan??dia ni dipaksa kahwin dengan Nur Ifni Insyirah atas dasar keluarga..Syira ni pulak terpaksa terima Airy sebab ayah dia letakkan syarat kalau nak sambung belajar ke luar negara dalam bidang perubatan, dia mesti kahwin dengan Airy..

tapi ada pulak konflik..Airy ni suka orang lain..dia terpaksa terima Syira sebagai isteri dia jugak sebab memikirkan keluarga dia..macam macam dia buat nak bagi Syira ni sakit hati dengan dia..tapi Syira ni dalam diam dia dah mula jatuh cinta dengan suami dia..tapi dia terpaksa terima hakikat yang suami dia cintakan orang lain...

macam macam laa yang terjadi lagi..kalau nak tahu,baca sendiri...hahaha..

kbai!-,-
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ▼  2014 (2)
    • ▼  March (1)
      • Hmm
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • d.i.s.e.m.b.e.r
    erm...lagi berape jam je birthday aku...20 tahun sudah..:) happy besday to meee happy besday to meee happy besday to nana happy besday ...
  • Segmen : Saya Sedia Follow Back
    Jom sama sama join segmen ni..hehehe..nak tau lebih lanjut,klik kat banner ye sayang sayang semua...:))
  • New Post dan Older Post button
    Assalamualaikum semua..oke, yang ni aku baru jumpa..sebelum ni, lepas aku tukar ke template Blogskin, banyak yang takde..so kena tambah siki...
  • Bagaimana Bercouple Cara Islam?
    Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan...
  • speechless #1
    i'll be waiting for you :)
  • dugaan yang tak terjangka
    erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku ...
  • nasihat #3
  • woohooo!!!
    assalam n hai... okay...tengah malam nanti akan bermula la episod pengembaraan aku ke bumi melaka...mengembara untuk menuntut ilmu...eh ta...
  • kamu dan aku
    herm...citer ni actually subuh tadi..tapi aku bosan nih..so aku rase nak tulis laa pulak kat blog..hehehehe subuh tadi Azwan nangis nangi...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates