kawan VS sahabat

by - 12:36 pm

(Entry kali ni sangat emotional)
Semua orang mesti ada kawan kan? Apa beza kawan dengan sahabat? Ada beza ke? Bagi aku, definisi kawan dengan sahabat tu berbeza sangat.. Kawan bagi aku ialah orang yang berada di sekeliling kita..yang mengenali kita, tapi tak rapat sangat dengan kita.. Tak rapat dalam erti kata dia tak berapa nak tahu tentang hal hal diri kita... Sahabat pula bagi aku, orang yang sentiasa ada dengan kita tak kira kita susah atau senang, memahami diri kita, menasihati bila ada yang salah..tu ialah sahabat bagi aku...

Kenapa tiba tiba aku nak cerita pasal kawan dengan sahabat ni? Entah laa... Aku tak tahu nak mula kan cerita dari mana.. tapi, it's seem like aku macam takde sorang pun kawan kat bumi ni..seriously, aku takde ramai kawan..kalau sorang, sorang tu je laa kawan aku yang aku paling rapat..

Tapi aku takkan cemburu kalau kawan rapat aku tu rapat dengan orang lain..sebab aku tahu hak aku sebagai kawan.. Buat apa aku nak halang orang lain nak berkawan betul tak..


herm, tapi kadang kadang, aku selesa sorang sorang..tanpa kawan atau sahabat... jujur aku katakan, dari dulu lagi aku memang suka menyendiri..bukan bermakna aku tak perlukan diorang, tapi apa ertinya kalau nanti bila dah terpisah, aku jugak yang diorang lupakan... aku je yang selalu mengingati diorang, tapi diorang takde pun yang ingat kat aku..

Mungkin sebab aku ni bukan orang berada, sebab tu aku ni senang dilupakan.. tapi kawan yang aku paling sayang masa zaman sekolah dulu yang aku terasa hati sangat..nampak sangat dia jauhkan diri dari aku...

Aku tak tahu apa salah aku...mungkin sebab aku pinjam duit dia haritu...tapi aku dah bayar balik pun kat dia..Aku pinjam duit dia pun sebab masa tu aku memang tengah sesak kewangan... aku memang tak ramai kawan, sebab tu aku pinjam dari dia..salah ke aku? sebab tu dia jauhkan diri dia dari aku ke?


tetiba aku rasa sebak bila cerita kan hal ni...yelah, kalau tak sudi tolong aku, takpe laa..bagitau je..aku tak kecil hati pun..kalau tak ikhlas nak tolong, aku takkan mintak tolong dah lepas ni...kalau dah tak nak kawan dengan aku pun takpe..aku tak kecil hati pun..aku tak ambil hati..

tapi aku teringat dulu dia cakap, aku kawan dunia akhirat dia..tapi bila camni...herm, entah laa...sebak..aku dah menangis taip entry ni...lain kali kalau tak sudi tolong, jangan balas atau reply mesej aku..delete je aku dari contact list kamu..remove je aku dari friendlist kamu..

aku bukan nya nak tagih simpati, tapi sungguh, aku sangat sedih...ada satu hari tu, ada laa orang tag aku n ramai laa lagi dalam satu post..aku ada laa jugak comment..dia pun ada jugak comment..tapi nampak macam aku invisible kat situ...macam tak kenal langsung aku ni siapa...takpe lah..aku paham, dia dah ada kawan baik yang baru..aku ni siapa lah kan..siapa nak kawan dengan orang miskin macam aku ni..

sungguh..aku sedih kerana engkau sahabat...takpe..mungkin kali ni dia buat aku macam ni..tapi tak mustahil kalau suatu hari nanti Allah akan timpakan dia pengalaman macam apa aku lalui sekarang ni..luka kerana engkau sahabat akan aku kenang sampai bila bila..terima kasih sebab pernah anggap aku sebagai sahabat kamu..

You May Also Like

0 budak cakap-cakap