malam ni dah berapa hari dah aku tak update blog..aku tengah takde perasaan ni tapi aku tetap rasa nak menulis...dah berapa hari blog ni terbiar tanpa entry terbaru..kalau dulu dalam sehari,sampai 3 4 entry aku hembos....sungguh, aku malas giler dah nak cerita pasal diri aku..segala gala nya dah hilang..segala impian aku selama ni dah berkubur..takde lagi bagi aku sinar kegembiraan..semua nya dah sirna..semua nya dah pergi...takde satu pun yang tertinggal untuk aku lagi..hatta secebis pun dari sisa impian aku yang dulu tak tertinggal...
jujur aku katakan, yang aku rasa macam aku dah tak nak hidup..aku kecewa dengan diri aku..aku rasa aku tak boleh nak terima kenyataan yang mendatang ni..adakah aku yang bermimpi di siang hari? kalau betul, Ya Rabbi, cepat lah kejutkan aku dari mimpi ni...sekelip mata je semua nya berubah...
tragis sungguh...aku rasa macam dah boleh dibuat jalan cerita untuk novel kisah aku ni..huhu..takdir...aku bukannya nak salahkan takdir, mungkin ni yang dah tertulis kat Luh Mahfuz untuk aku..aku terima je lah dengan redha...aku harap sangat aku mampu 'redha' dengan sesungguhnya suratan takdir ni...
entah nye punn...orang kata, tak baik mengeluh kan..tapi masuk sekarang ni,dah berapa juta kali aku mengeluh..aku tertekan sangat sangat sekarang ni..aku rasa aku nak pergi funfair yang ade benda alah pusing tonggang terbalik yang macam kat Melaka aritu..aku nak naik biar sampai muntah..at least aku lupa segala gala yang dah terjadi...
kadang kadang rasa macam mulut ni ringan giler nak mencarut macam macam..nak jerit sampai pecah rumah ni...nak hantuk kepala kat dinding sepuas hati secukup rasa Maggi...nak pergi jauh jauh sampai planet Pluto atau pun sampai ke bulan planet Marikh (* tak ingat pulak nama bulan tu ape..ahh,pandai pandai korang laa tengok Nat Geo kalau nak tahu) untuk mengatakan bahawa AKU STRESS TAHAP NAK MAMPUS...kalau laa tahap stress aku ni boleh diukur pakai skala Richter, agak agak mesti pecah skala tu kan..huhu
dah laa, sampai sini je aku nak buang tebiat..nanti kalau aku rasa aku meroyan nak tulis entry lagi,pandai pandai laa aku tulis...
Adioss~
0 budak cakap-cakap