aku,dia dan cinta

by - 10:05 pm


as usual,bila ada prob je mesti kamu tempat aku buat luahan hati kan?huahuahua..takpe laa,asalkan ini semua rahsia..kamu dan aku je yang tahu..tade siapa pun yang akan baca ;) 

tajuk nak ala ala novel..sepak nak? *dush dush* hahaha..okey merepek. ekceli aku sedih ni..siapa nak hibur kan saya sila angkat tangan macam saya *krik krik krik* hahaha..lupa,aku je yang boleh baca blog ni..

okey lah..back to the track. aku sedih ni sebenar nye..nape ye,bila aku betul betul sayang kan someone tu,lastly mesti end up ngan aku kecewa? please laa,umur dah makin meningkat..camne aku nak cari pasangan hidup? kat mana aku nak cari Mr. Right aku? sedih laa camni.. why must this happened to me? aku tak demand lebih pun,aku cuma nak someone yang sayang aku sungguh sungguh, yang takkan tinggalkan aku even situation worse tahap gaban pun.. aku tak pernah memilih..hensem ke tak ke bukan masuk dalam kriteria aku ke,asalkan dia sayang aku,tu je aku harapkan..dah tak wujud ehh orang camni atas bumi ni sekarang?

bila macam ni aku teringat surat aku dengan Zarul masa darjah 5 dulu..main tulis tulis atas kertas ciri ciri bakal suami *kecik kecik aku dah gatal miang nak kawen* hahaha..maklum laa,dulu aku laa si Forever Alone.. takde siapa pun pandang aku,aku tak lawa..ugly duckling gitu..tapi hodoh hodoh aku,aku pun ada impian nak kawen,nak ada someone yang aku sayang,yang sayang aku..give and take gitu..erm,aku tulis atas surat tu,first sekali aku nak cari yang pandai, pandai ni bukan lah pandai ala ala professor ade master PhD..no no no.. aku nak cari yang pandai agak agak boleh ajar aku je apa yang aku tak tahu..yelaa,aku ni bukannya pandai sangat,belaja pun tak habis..huehuehue..

second, ada agama..tah laa,aku tengok sweet je ustaz ustazah yang bercinta lepas kahwin ni..tapi aku ni tak solehah mana..macam tak layak je nak dapat yang baik gini..huhuhu :( 

last, aku nak yang sederhana penampilannya .. sederhana kenapa?tah aku tak suka laki yang terlalu bergaya..sebab aku ni tak cantik..nanti tak sepadan..betul tak?

pape je laa Nana weyh..yang pelik nya sekarang ni,kenapa.. kenapa aku end up camni.. apa salah aku? aku setia,tapi kenapa selalu..tah laa..kecewa.. aku dah janji ngan diri sendiri yang aku takkan menangis lagi..aku penat..hati aku penat dah terluka..aku penat nak menangis tiap kali diri aku takde harga kat mata orang yang aku sayang..perasaan aku ni bagi diorang cuma main main je kot..sebab tu kot jadi camni..serius,aku letih menangis,aku letih lalui semua ni..takde siapa pun paham perasaan aku..

tu laa..orang tua tua cakap,cinta tak semestinya memiliki..takpe laa,mungkin dengan cara aku mengalah,aku akan okay kot..masa akan ubati luka ni..takpe..aku pasrah,aku yakin,mungkin ini yang terbaik..



banding aku dengan orang sinun,aku banyak sangat pun kekurangan..malu dengan dia,malu dengan diri sendiri..nak pilih isteri kan ada 4 perkara kena tengok..first, kecantikan..benda first ni aku dah out dah..aku tak cantik banding sinun tu..kulit aku tak putih,hidung tak mancung,mata tak besar,aku gemuk..tapi ni lah aku..siapa yang boleh terima rupa paras aku camni pun aku tak tahu..bak kata Aap dulu, 'sedar sikit,muka tu dah laa hodoh..hodoh!' ye..aku sedar..aku amat sedar..memang aku tak cantik dari azali lagi..nak buat camne,mesti ada hikmah semua ni kan? *sedapkan hati sendiri*

kedua, keturunan..tah laa..ni part aku,biasa je kot..cuma family aku je berantakan sikit..*kau membuat ku berantakan....* aishh nyebok lagu D'Masiv ni..dandan nak keluar kat kepala otak aku..hahaha..siapa laa boleh terima gini..entah lah..

ketiga, harta.. this is seriously..aku bukan perempuan berharta..aku cuma gadis kampung,takde harta..basikal pon takde..aishh..part ni pun dah out..apa aku impikan,aku nak kerja sampai mati,aku nak beli semua yang aku impikan..kereta,rumah,hidup senang..aku tanak harapkan orang,sebab duit orang ni nanti boleh buat bergaduh..trust me,aku dah lalui..so at least,aku nak jugak ada harta aku sendiri..aku taknak nanti aku dilukai..hati aku dah cukup banyak parut yang masih berdarah..cukup lah..

last, paling penting, agama..aku insan biasa..aku tak laa alim mana,tapi aku berusaha jugak nak jadi yang beragama ni..huhu..sebab tu aku nak cari lelaki yang pandai..boleh ajar aku serba sedikit..tak gitu?hehee

ermm..tah laa..hahhh..lega dah taip kat sini..selama ni mendak dalam hati je..kalau bercerita ngan manusia,nanti boleh jadi salah faham..baik aku cerita ngan kamu yang tak boleh bercakap,yang takde hati dan perasaan ni kan..hehehe..kan best kalau aku hidup dalam novel..seluka mana pun aku,akhirnya nanti aku mesti bahagia..tah laa,dalam mimpi je kot boleh dapat..tu pun kalau ada mimpi..hewhewhew

hati aku takde makna pun bagi sesiapa..sebab tu semua orang pijak pijak hati aku :')

p/s : senyum walau ape pun jadi..mungkin dengan senyuman,akan ada insan yang lebih menghargai senyuman aku :)

You May Also Like

0 budak cakap-cakap