Keinsafan

Dah lama rasanya tak menaip kat kamu kan encik belog..aku selalu abaikan kamu dah sekarang ni..tak sehebat dulu menaip..huhu..*kecewa dengan kemalasan diri sendiri* tsk tsk..okey laa, tak payah nak drama queen sangat kan..ape aku nak cerita kali ni selepas meniup habuk habuk yang dah setebal novel Harry Potter and The Prisoner of Azkaban ni kan? Hehee

Topik keinsafan.. insaf? Apa yang buat aku rasa insaf ni? Seriously sebelum ni aku jenis yang malas jugak.. liat nak solat penuh..I admit it.. but since aku jumpa si cinta hati aku ni plus satu ayat dari satu pages ni buat aku nekad, aku MESTI berubah..berubah demi masa depan aku..macam mana Allah nak tolong kalau aku sendiri selalu lupakan Dia? Betul tak? Okey laa, ayat yang berjaya menggerakkan hati aku tu actually ayat dari page yang aku rasa budak budak hot pavi benci which is page Kepala Hotak Kamu..aishh aku tak boleh nak link laa pulak page ni, aku taip via blogger android je ni..hish..ahha..cari laa page tu kan..ayat nye camni laa lebih kurang "kalau kita telefon orang terkurang satu nombor kita dail, mesti talian tu tak sampai kan? Sama jugak macam hubungan kita dengan Dia, 24434..kalau kurang satu nombor tu, agak agak sampai tak kat Allah doa kita?"

Okey, ayat ni buat aku sentap.. ya mungkin sebab tu Allah tak dengar doa aku dulu..aku selalu terkurang satu nombor atau dua..astaghfirullahal'azim.. perangai teruk aku ni..pastu ada hati lagi nak mintak macam macam..sungguh, bila kenang balik, malu nya aku..hak Dia aku tak tunaikan sebagai hamba..sedih nya bila fikir..naif nya aku..

Tapi takpe laa..Allah tu Maha Pengampun kan..selagi belum terlambat, kita masih boleh bertaubat..aku pegang janji Allah, aku akan berusaha istiqamah dalam ibadat aku..aku cuba jadi hambaNya yang baik..semoga Allah memberkati usaha aku ni..aku cuba nak jadi yang terbaik..

Okey laa..had ni je aku mampu taip..time to layan bola..haha..pahang vs negeri sembilan..malam ni perak lawan kedah, tapi takde live laa pulak..adehh..k, tata..

P/s: hantu bola..ngeee

You May Also Like

0 budak cakap-cakap