haruskah kita berpisah

"awak,please jangan tinggalkan saya....saya cintakan awak sangat sangat..." dengan bertemankan airmata yang tidak henti henti mengalir,aku tebalkan muka aku untuk merayu dia yang sudah bagaikan hilang pertimbangan untuk meninggalkan aku..."apa salah saya sampai awak nak tinggalkan saya?apa kurang nya saya jika di bandingkan lelaki tu??" aku masih tidak puas hati dengan penjelasan nya sebentar tadi...bagiku,jika sudah benci,terus terang sahaja...katakan yang kamu sudah membenci aku...

"saya terpaksa awak...saya terpaksa tinggalkan awak atas sebab saya sudah ada yang lain...awak jangan la cari saya lagi...awak anggaplah hubungan kita sudah berakhir.." Sara tetap  dengan pendiriannya untuk meninggalkan aku..aku tahu,dia juga mencintai aku..masakan tidak cinta jika dulu semasa aku sakit,aku lihat dia panik sangat..risaukan keadaan aku melebihi kerisauan keluarga aku kepada ku...dia yang mencari ubat serata malaysia supaya aku segera sembuh...mustahil dia tidak mencintai aku....

aku dibesarkan dalam keluarga yang sederhana..aku mempunyai ramai adik beradik tiri oleh kerana sebelum berkahwin dengan ibuku,ayah adalah seorang duda anak dua..manakala ibuku janda anak lima...namun adik beradik sedarah sedaging dengan ku hanya dua orang,aku dan adikku...aku jarang diberi kasih sayang..ibu bekerja dari siang pulang malam..ayah pula sakit,tak mampu lagi untuk mencari nafkah untuk keluarga..oleh kerana itu,aku menjadi seorang pelajar yang liar..aku sering ponteng sekolah,melepak..aku juga seorang playboy terkenal kerana paras rupa ku yang agak "market"..aku sering mempermainkan hati perempuan...

sehinggalah aku bertemu Sara baru aku rasakan nikmat CINTA..Sara seorang yang mengambil berat tentang hidupku..dia seorang gadis yang sangat baik,namun mempunyai kisah tragis yang pernah menimpanya..pada awal perkenalan kami,Sara menolak cinta aku lantaran perbezaan umur..Sara tua setahun daripadaku..namun aku tetap berkeras untuk meraih kasihnya..mulanya aku hanya ingin mempermainkan hatinya seperti perempuan lain,tetapi makin aku mengenalinya makin aku mencintainya...pernah suatu hari aku terkantoi kerana berlaku curang dengannya..dia hanya mengalirkan airmata tanpa sepatah kata padaku...sayu sangat aku lihat airmata tu mengalir di pipi nya..aku rasa bersalah,lalu aku melarikan diri darinya..akhirnya Sara datang padaku,meminta maaf kerana dia menghalang hubungan aku dengan skandalku...

dalam sedu sedannya dia berkata padaku "awak,saya minta maaf sebab baca mesej awak...saya tak sengaja..saya ingat awak betul betul cintakan saya...saya mintak maaf...awak jangan lah merajuk..pasni saya tak kisah awak nak mesej siapa pun...saya takkan masuk campur lagi.." Sara tersenyum padaku..aku tahu hatinya bagai disiat siat ketika mengetahui aku curang,tapi kerana aku,dia pura pura senyum untuk meyakinkan aku...aku hanya mampu terdiam ketika itu..aku tahu salahku,tapi Sara yang menanggung sakitnya..kasihan cinta hatiku..pada masa itu jugak aku meninggalkan skandalku kerana skandalku tak membawa apa apa erti untukku..dia hanya tempat untuk aku melepaskan nafsu aku...

beberapa bulan selepas peristiwa itu,aku cuba menyakinkan Sara aku mampu untuk memberinya kebahagiaan..aku juga nekad aku takkan curangi dia lagi...namun,siapa yang mampu menghalang takdir Allah..hari ini,aku dikejutkan dengan berita Sara ingin meninggalkan aku...padahal selama ini macam macam aku buat hanya untuk kebahagiaan kami...sungguh aku tak sangka...namun aku terpaksa merelakan pemergian Sara untuk kali ini...airmata lelaki aku jatuh untuk kesekian kali nya...pertama kali aku menangis kerana seorang perempuan...selama ini aku yang membuat perempuan menangis..akhirnya aku balik yang kena...

namun kini,aku terpaksa bersendirian..tiada lagi tempat aku untuk mengadu nasib,menceritakan tentang pekerjaan aku,apa yang aku hadapi hari ini,tempat aku bermanja..semua tu sudah hilang dari genggaman aku...suatu hari aku mendapat panggilan dari satu nombor yang aku tak kenali..."awak...ni saya..Sara...awak...saya rindu awak...awak datang la sini...saya nak jumpa awak untuk kali ni je..." Suara yang paling aku rindui..."Sara..kenapa dengan awak?""awak..." Aku benar benar buntu apa yang telah terjadi.."Sara,please kenapa dengan awak? bagitahu saya cepat,tolong lah awak..." aku hampir menangis mendengar suara Sara yang kedengaran sangat lesu. Aku tahu, Sara mengalami penderitaan sakit di bahagian kepalanya. Aku sendiri tak pernah tahu mengapa Sara sering sakit di bahagian kepala. "awak...saya sakit kepala...sakit sangat sangat...awak datang la sini..." Sara menangis.

"awak..saya cuba ni untuk datang tengok awak..awak kat mana ni?" soal aku. "Saya kat tutt tutt tutt..." talian dimatikan..Sara tak sempat memberitahuku lokasi dia berada. Ya Allah Ya Rabbi..apa lagi ujianMu buatku? aku termangu sendirian di sudut katil. Banyaknya yang telah Sara korbankan demi aku,namun sedikit pun aku tidak mampu untuk membalasnya. Sedihnya hatiku rasa.. Tidak lama kemudian, telefon ku berbunyi lagi... terkocoh kocoh aku menjawab panggilan tersebut. Namun kali ini berbeza dari yang tadi. Kali ini ibu Sara yang menghubungiku. "Hello, Azwan, ni ibu Sara..Sara dah...Sara..." teresak esak ibunya ketika menerangkan hal yang sebenar kepadaku.

pagi itu,hanya kesayuan yang aku rasakan...jenazah Sara sudah selamat disemadikan dan aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan Sara di alam sana...kalau lah aku tahu ini pengakhirannya sudah pasti aku tidak akan sesekali menyakitkan hati Sara..Sara...jaga diri elok elok sayang...kita terpaksa berpisah,cukup sampai di sini...I'm always love you...

You May Also Like

0 budak cakap-cakap