terima kasih banyak banyak yerr

by - 10:35 pm

Jika dilihat, diri kau sama sahaja seperti mereka yang aku kenali. Benarlah kata pepatah, rambut sama hitam, namun hati lain-lain. Sungguh, aku tak sangka yang engkau sebegitu. Mengapa begitu cepat engkau berubah? Sangat berubah selepas kali terakhir aku mengenali engkau dan melihat engkau setahun setengah yang lepas. Adakah aku yang terlepas pandang akan perubahan kau? 


Walaupun kita tidak pernah rapat sewaktu zaman sekolah dahulu, namun aku mengenali engkau melalui sahabat sahabat sebilik dengan aku. Aku tahu, engkau tidak seperti sekarang ni. Aku tahu dahulu engkau seorang yang gigih belajar, sangat konsisten dalam bersaing dengan pelajar kelas aku. Namun, aku tak sangka sungguh cepat engkau berubah sehingga jadi begini sekali. Mana engkau yang dulu? yang tahu menghormati aku sebagai seorang perempuan.

Maaf aku pinta seandainya kata kata aku mengguris hati kau, tapi aku terpaksa berkasar dengan kau sebab kau tak hormat aku. Kau ingat aku ni perempuan liar, suka hati kau nak cakap bukan bukan dengan aku. Please, I still have a little more respect to you. Tolong lah jangan sama kan aku dengan perempuan murahan yang kau pernah kenal. Ya, aku akui aku suka keluar malam, aku suka shopping, tapi maaf, aku bukan perempuan yang tiada maruah. For your information, aku keluar malam hanya dengan KAWAN PEREMPUAN aku, aku shopping pun dengan mereka. So, jangan ingat kau boleh sewenang wenangnya nak cakap bukan bukan dengan aku.

And a little more, tolong hormat aku. Kau suka tak kalau ada lelaki yang buat adik perempuan kau macam apa yang kau buat kat aku sekarang ni? Tentu kau rasa nak marah kan? So, kalau kau masih nak berkawan dengan aku, please, BEHAVE yourself. Jaga tingkah laku kau. Aku boleh je nak gurau gurau bodoh dengan kau, tapi jangan sampai menyentuh sensitiviti kaum wanita. 

Sekian, TERIMA KASIH banyak banyak yerr.

You May Also Like

0 budak cakap-cakap