kisah kau dan aku.

kisah kau dan aku yang sangat berbeza namun mampu mencuit sedikit rasa dan riak perasaan dalam hati aku..kau,yang aku belum kenali seadanya namun cukup berkarisma pada pandangan mata aku..berpewatakan misteri kadangkala, comel jugak aku tengok..aku? aku sangat simple..daya penarik?jauh sekali aku rasa aku mempunyai daya penarik..aku bukan seorang gadis yang terlalu sopan..aku biasa biasa sahaja.. namun, aku tertanya sendiri, mengapa aku dipertemukan dengan kau di dalam setiap tidur aku?

kisah kau dan aku bermula..entah mana silap nya aku pun tak tahu.. seingat aku, aku tak pernah mengingati kau sebelum tidur aku.. aku cuma membayangkan hubungan aku dengan Encik Azwan yang dah lama pergi meninggalkan aku terkontang kanting seorang diri.. membayangkan saat saat indah perkenalan aku dengan dia, setiap memori yang pernah aku lalui dengan dia...tapi bila masuk ke alam mimpi, yang aku lihat cuma engkau...kau?terduduk aku memikirkan apa yang aku lalui..mengapa?

namun, aku dapat merasakan kisah kau dan aku mungkin tidak akan menemukan jalan yang panjang.. aku tahu kedudukan status kau..aku tidak akan sekali kali melibatkan diri aku dalam hubungan tiga segi..andai aku lah orang ketiga itu, aku akan pergi jauh jauh..jangan khuatir.. kedua ibu dan bapa ku tidak pernah mengajar aku mengambil hak orang lain...

biarlah hanya masa yang menentukan.. aku hanya insan biasa, aku banyak kekurangan.. insan lemah yang memerlukan sokongan masa untuk hidup..entah berapa lama lagi aku punyai waktu untuk menghirup udara segar ini? entah berapa lama lagi aku mampu memijakkan kaki aku di atas bumi Allah ini? banyak yang aku belum temui.. namun kesakitan ini lebih mendorong aku untuk bersikap berdiam diri..

maafkan nana mak, abah sebab nana sengaja tak nak makan ubat..kalau nana kat rumah, mesti mak dah lama paksa nana kan makan ubat?aku cuma ingin hidup bebas dari ubat..sekian lama aku hidup begini..bergantung pada ubat..ubat yang hanya boleh melegakan kesakitan aku,bukannya menghilangkan kesakitan tersebut..

aku redha dan pasrah apa pun yang bakal berlaku pada aku...biarlah seandainya antara kau dan aku tidak seperti apa yang aku lalui dalam setiap mimpi aku...aku ingat kata kata kau, ujian hidup ni besar..memang besar buat diri aku...

tatkala aku berjalan sendirian, ada makhluk makhluk yang mengganggu aku..aku teringat untuk menghubungi kau..namun aku tabahkan hati aku, aku mesti lindungi diri aku sendiri tanpa mengharapkan kau...ya..mulai hari ni, aku akan cuba lindungi diri aku sendiri.. motto hidup yang baru "berdikari selagi ada nyawa di badan".

walau apa pun yang terjadi, aku akan tetap di sisi kau sebagai sahabat kau..jujur, aku suka kawan dengan kau.. kau mempunyai sedikit persamaan dengan aku (mungkin aku je yang perasan).. untuk mengharapkan lebih, adalah sangat tidak patut buat diri aku walaupun pada hakikatnya (sejujurnya) kau dah buat aku jatuh cinta pada kau, namun aku akan lawan perasaan ni..aku akan cuba pertahankan hati aku dari disakiti lagi..aku takkan izinkan sesiapa menyakitkan hati aku untuk kali ni...biarlah aku macam ni sampai lah jodoh sebenar benar jodoh aku sampai..sakit sekarang tak mengapa,jangan sakit di kemudian hari..


yes,I'm desperately in love with you..but u'll never know about this..friendship will take over all of this feeling towards u..dont worry..:)

You May Also Like

0 budak cakap-cakap