love.life.laugh.live

assalamualaikum..bismillahirahmanirrahim..malam ni aku nak join GA laa pulak setelah lama aku tak aktif apa apa aktiviti ni..hehehe..jom tengok..


okay, aku pilih hadiah nombor first tu..Kamera Lomo with film worth RM50++ hehehe..


tag:

1. nini
2. eyja
3. ijan

tarikh tutup 12 Ogos 2012 tau..kalau sape sape yang berkenan nak join jugak,join je laa...hehehe
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..sedar tak sedar, kita dah masuk pun bulan Ramadhan,penghulu segala bulan..aku rasa masih belum terlambat untuk aku ucapkan Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan...semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya..


Jangan ponteng ponteng puasa oke..nanti penat nak ganti..hahaha

Sempena Ramadhan yang mulia ni, aku nak mintak maaf kepada semua kawan kawan sama ada yang mengenali aku secara langsung atau pun kenal dalam Fesbuk je, maaf kan segala salah dan silap aku oke..:)

p/s : sabar je laa sepanjang bulan puasa ni..
Share
Tweet
Pin
Share
2 budak cakap-cakap
assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku tahan sakitnya sampai menangis..adehh..last2 penat menangis, aku tertidur dalam kesakitan yang menggila..

so, hari ni bertampal laa tangan aku dengan Panaflex..adeh..nak buat kerja pun susah, jadi tak selesa..tapi redha je laa...nak buat macam mana kan..huhu

hopefully esok cikgu faham laa kenapaa aku tak datang kelas harini...sungguh, aku bukan sengaja taknak datang, tapi tangan aku sakit sangat sangat...sorry cikgu...:(

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Share
Tweet
Pin
Share
2 budak cakap-cakap
hari ni seriously aku rasa penat dah tak terkata dah ni..ni pun nak update cepat2..tak larat dah ni...lepas ni nak tidur pulak


aktiviti hari ni aku cuma buat latihan je..sampai sakit lenguh lenguh tangan aku..ni lagi ekstrem dari latihan JPAM yang aku pernah lalui dulu ni..+_+ rasa nak pengsan penat...

Dah tu tadi aku balik pulak dalam hujan..dah laa naik motor je..basah lencun baju aku..haihh...bila laa nak bulan 12 ni...aku dah tak larat dah...baru 2 minggu aku dah rasa tak larat..cam ne laa bulan puasa nanti aku nak lalui...dah laa aku ni jenis cepat pengsan...

oke laa..aku nak rest..sory sangat2 aku tak larat dah nak tulis panjang panjang macam biasa aku tulis sebelum ni..assalamualaikum
Share
Tweet
Pin
Share
2 budak cakap-cakap
Assalamualaikum semua..oke, yang ni aku baru jumpa..sebelum ni, lepas aku tukar ke template Blogskin, banyak yang takde..so kena tambah sikit sikit...ada sesetengah template takde Older Post dan Newer Post.. cara nak ada kannya balik? haa,camni caranya:-

1. Dashboard > Template

2. Search kod </blogger>

3. Bila dah jumpa, letak kod kat bawah ni  di bawah  kod yang no 3 tadi

<center><OlderPosts><a  href=<$OlderPosts$>>Older Post</a> </OlderPosts> <NewerPosts> | <a href=<$NewerPosts$>Newer Post </a></NewerPosts></center>

4. Perkataan yang bergaris tu boleh jugak ditukar dengan ayat sendiri.

5. Then preview. Kalau okay, save template:)


Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Tutorial ni hanya untuk sesape yang pakai template blogskin je okay..kalau yang lain tak tahu laa pulak kan sebab aku pun baru je lagi nak mencuba pakai blogskin ni..hehehe... so, let's try..:) kalau tak menjadi, sila bagitahu..

1. Dashboard > Template > Edit HTML

2. Tekan CTRL + F serentak dan cari kod ni :-

<head>
3. Then kalau dah jumpa copy code ni pulak

<script language=JavaScript><!--//Disable right mouse click Script//By Dynamicdrive (renigade@nsimail.com) //For full source code, visit http://www.dynamicdrive.comvar message="";///////////////////////////////////function clickIE4(){if (event.button==2){return false;}}function clickNS4(e){if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){if (e.which==2||e.which==3){return false;}}}if (document.layers){document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN);document.onmousedown=clickNS4;}else if (document.all&&!document.getElementById){document.onmousedown=clickIE4;document.oncontextmenu=new Function("return false")// --></script> 

4. Paste kan di bawah kod yang korang cari tadi

5. Preview dulu, kalau jadi, tekan save okay:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
hari ni aku nak join satu lagi GA setelah aku ditag oleh NurHafizah hehehe...nak tengok GA ape?cekidott..


kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut pasal GA ni, klik je kat gambar atas ni..:)

tarikh tutup 27.7.2012

3 beruang comel untuk ditag:

Nona
Kerol
Liyana
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
(Entry kali ni sangat emotional)
Semua orang mesti ada kawan kan? Apa beza kawan dengan sahabat? Ada beza ke? Bagi aku, definisi kawan dengan sahabat tu berbeza sangat.. Kawan bagi aku ialah orang yang berada di sekeliling kita..yang mengenali kita, tapi tak rapat sangat dengan kita.. Tak rapat dalam erti kata dia tak berapa nak tahu tentang hal hal diri kita... Sahabat pula bagi aku, orang yang sentiasa ada dengan kita tak kira kita susah atau senang, memahami diri kita, menasihati bila ada yang salah..tu ialah sahabat bagi aku...

Kenapa tiba tiba aku nak cerita pasal kawan dengan sahabat ni? Entah laa... Aku tak tahu nak mula kan cerita dari mana.. tapi, it's seem like aku macam takde sorang pun kawan kat bumi ni..seriously, aku takde ramai kawan..kalau sorang, sorang tu je laa kawan aku yang aku paling rapat..

Tapi aku takkan cemburu kalau kawan rapat aku tu rapat dengan orang lain..sebab aku tahu hak aku sebagai kawan.. Buat apa aku nak halang orang lain nak berkawan betul tak..


herm, tapi kadang kadang, aku selesa sorang sorang..tanpa kawan atau sahabat... jujur aku katakan, dari dulu lagi aku memang suka menyendiri..bukan bermakna aku tak perlukan diorang, tapi apa ertinya kalau nanti bila dah terpisah, aku jugak yang diorang lupakan... aku je yang selalu mengingati diorang, tapi diorang takde pun yang ingat kat aku..

Mungkin sebab aku ni bukan orang berada, sebab tu aku ni senang dilupakan.. tapi kawan yang aku paling sayang masa zaman sekolah dulu yang aku terasa hati sangat..nampak sangat dia jauhkan diri dari aku...

Aku tak tahu apa salah aku...mungkin sebab aku pinjam duit dia haritu...tapi aku dah bayar balik pun kat dia..Aku pinjam duit dia pun sebab masa tu aku memang tengah sesak kewangan... aku memang tak ramai kawan, sebab tu aku pinjam dari dia..salah ke aku? sebab tu dia jauhkan diri dia dari aku ke?


tetiba aku rasa sebak bila cerita kan hal ni...yelah, kalau tak sudi tolong aku, takpe laa..bagitau je..aku tak kecil hati pun..kalau tak ikhlas nak tolong, aku takkan mintak tolong dah lepas ni...kalau dah tak nak kawan dengan aku pun takpe..aku tak kecil hati pun..aku tak ambil hati..

tapi aku teringat dulu dia cakap, aku kawan dunia akhirat dia..tapi bila camni...herm, entah laa...sebak..aku dah menangis taip entry ni...lain kali kalau tak sudi tolong, jangan balas atau reply mesej aku..delete je aku dari contact list kamu..remove je aku dari friendlist kamu..

aku bukan nya nak tagih simpati, tapi sungguh, aku sangat sedih...ada satu hari tu, ada laa orang tag aku n ramai laa lagi dalam satu post..aku ada laa jugak comment..dia pun ada jugak comment..tapi nampak macam aku invisible kat situ...macam tak kenal langsung aku ni siapa...takpe lah..aku paham, dia dah ada kawan baik yang baru..aku ni siapa lah kan..siapa nak kawan dengan orang miskin macam aku ni..

sungguh..aku sedih kerana engkau sahabat...takpe..mungkin kali ni dia buat aku macam ni..tapi tak mustahil kalau suatu hari nanti Allah akan timpakan dia pengalaman macam apa aku lalui sekarang ni..luka kerana engkau sahabat akan aku kenang sampai bila bila..terima kasih sebab pernah anggap aku sebagai sahabat kamu..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
cewahh..tak boleh blah tajuk entry kali ni..saje je aku nak mengimbau kenangan dulu dulu...takde keje betul..haha..eleh,aku tahu, semua orang pernah tukar empom kan?tipu laa kalu tak pernah tukar..dah rosak takkan nak pakai lagi kan??

okeh, ni empom first sekali yang aku pakai... empom ni pun aku dapat masa Form 3... pertama kali aku pegang empom sendiri even empom tu actually adik aku punya..dah rosak, dia tak nak pakai..tapi aku dengan sadis nya aku pakai jugak empom tu walaupun aku tahu bendanya dah rosak..empom pertama aku Nokia 8250..ala..nama glamer dulu dulu Nokia Butterfly..ntah ape yang butterfly aku pun tak tahu..hahahaha

aku dulu pakai housing warna merah...sebijik macam kat atas ni haa...hahaha..tapi dah lama rosak..

then aku dapat beli empom lain oleh sebab perjanjian ngan parents aku..kalau aku dapat 6A ke atas dalam PMR, abah janji nak beli kan yang lain untuk aku..oleh sebab dengan jayanya aku dapat 7A dalam PMR, seperti yang dijanjikan aku dapat pilih empom yang aku suka..bau kedai lagi tau..hahaha..masa tu bangga giler dapat pakai empom Sony Ericsson W810i ni..konon paling canggih laa kat sekolah..

aku sayang giler woo empom ni dulu sebab ni laa empom first aku yang betul betul aku punya..abah belikan untuk aku..susah kot nak dapatkan..lepas bersusah payah dalam PMR baru aku merasa nak pegang empom sendiri..tsktsktsk..*srettttt..sambil hembos hingus kat tisu..

tapi jodoh aku dengan empom ni tak lama sebab masa tingkatan 5 empom ni buat hal..asyik tak boleh nak mesej je atau call orang...orang yang kena call aku tiap kali empom ni diserang penyakit...aku pun mengadu punya mengadu dengan mak, aku pun di beri kesempatan untuk beli empom lain...aku pun pilih laa Sony Ericsson K800i

ni laa empom nye..aku pakai dari Form 5 sampai laa Matrikulasi...tapi dah nak penghujung matriks, aku beli empom lain..sebab empom ni ada masalah bateri..maklum laa, aku pakai empom ni yang paling lama...then,aku membodek lagi abah...aku dapat pulak empom ni...Sony Ericsson K850i warna biru..

konon canggih sikit laa dari yang sebelum ni..button menunya touch screen tak semana laa..tak sampai seminggu aku pakai, empom ni rosak..tak boleh on langsung..aku pun tak tahu apa masalahnya..aku pergi balik kat kedai aku beli empom ni sebab nak mintak ganti rugi, tapi dorang just suruh aku tukar amek empom lain je..jadi aku amek laa Sony Ericsson J10i

haa..aku amek laa empom ni pulak..kononnye canggih laa sikit..ade wifi..tapi cehh..indah khabar dari rupa..bukannye mau pun nak online..tapi aku tetap sayang empom ni bhai..lama jugak laa aku pakai empom ni..dari penghujung matrikulasi sampai laa baru baru ni...aku tukar empom baru sebab empom ni pun ada masalah bateri...bateri dia cepat habes even kita tak pakai sangat..aku tak tahu laa, memang sony ni ada masalah bateri ke atau pun aku yang pakai ganas sangat...tapi yang terbaru ni, aku tetap beli Sony Ericsson tapi model MT11i, XPERIA Neo V...haa.. yang ni laa aku paling sayang sekarang ni..bukan senang weyy nak beli..aku pakai duit aku pulak tu..

ni laa permata hati aku yang terbaru..aku sayang giler kat dia ni even salu jugak dia hang..maybe sebab aku install banyak application kot..hahahaha...terbaru pun tak laa jugak..aku beli dia ni bulan Februari aritu...jadi laa tu kan..merasa jugak laa touch screen..bhahahaha....

sebenar nye aku tade benda pun nak citer..saje isi masa lapang mengingat kembali empom dulu dulu yang banyak berjasa dengan aku..tapi actually, dalam banyak banyak model, aku memang suka Sony,aku pun tak tahu kenapa...Samsung best ke?ade tak antara korang yang pakai Samsung?kalau rosak senang tak nak repair? share laa sikit ngan aku yang tade pengalaman pakai empom selain Sony ni..hahaha..kesian kan kat aku???tsktsktsk

penat merepek...k laa..Adioss..:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
okay fine! setelah sekian lama aku tak update blog ni..kesian...aku dah abaikan kamu ye encik blog sejak aku sibuk bagai nak mati ni..balik je kelas aku rasa macam nak tercabut segala urat urat tulang bagai..penat kot..macam tak beragak laa pulak kelas nye..ni belum lagi time bulan puasa..silap silap hari hari aku pengsan sebab penat malampau..

okeh,back to track..hari ni nak update entry cepat cepat sebab banyak lgi kerja nak buat..ngehngehngeh...jom tengok gambar laa


haa..ni dia..kalau korang rabun (macam aku) jom laa try kaedah kat atas ni..kaedah ni ada kawan aku bagi..untuk menyembuhkan rabun..InsyaAllah boleh sembuh..

k laa..tu je yang aku nak kongsikan..assalamualaikum..

~Adioss~
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
malam ni dah berapa hari dah aku tak update blog..aku tengah takde perasaan ni tapi aku tetap rasa nak menulis...dah berapa hari blog ni terbiar tanpa entry terbaru..kalau dulu dalam sehari,sampai 3 4 entry aku hembos....sungguh, aku malas giler dah nak cerita pasal diri aku..segala gala nya dah hilang..segala impian aku selama ni dah berkubur..takde lagi bagi aku sinar kegembiraan..semua nya dah sirna..semua nya dah pergi...takde satu pun yang tertinggal untuk aku lagi..hatta secebis pun dari sisa impian aku yang dulu tak tertinggal...

jujur aku katakan, yang aku rasa macam aku dah tak nak hidup..aku kecewa dengan diri aku..aku rasa aku tak boleh nak terima kenyataan yang mendatang ni..adakah aku yang bermimpi di siang hari? kalau betul, Ya Rabbi, cepat lah kejutkan aku dari mimpi ni...sekelip mata je semua nya berubah...

tragis sungguh...aku rasa macam dah boleh dibuat jalan cerita untuk novel kisah aku ni..huhu..takdir...aku bukannya nak salahkan takdir, mungkin ni yang dah tertulis kat Luh Mahfuz untuk aku..aku terima je lah dengan redha...aku harap sangat aku mampu 'redha' dengan sesungguhnya suratan takdir ni...

entah nye punn...orang kata, tak baik mengeluh kan..tapi masuk sekarang ni,dah berapa juta kali aku mengeluh..aku tertekan sangat sangat sekarang ni..aku rasa aku nak pergi funfair yang ade benda alah pusing tonggang terbalik yang macam kat Melaka aritu..aku nak naik biar sampai muntah..at least aku lupa segala gala yang dah terjadi...

kadang kadang rasa macam mulut ni ringan giler nak mencarut macam macam..nak jerit sampai pecah rumah ni...nak hantuk kepala kat dinding sepuas hati secukup rasa Maggi...nak pergi jauh jauh sampai planet Pluto atau pun sampai ke bulan planet Marikh (* tak ingat pulak nama bulan tu ape..ahh,pandai pandai korang laa tengok Nat Geo kalau nak tahu) untuk mengatakan bahawa AKU STRESS TAHAP NAK MAMPUS...kalau laa tahap stress aku ni boleh diukur pakai skala Richter, agak agak mesti pecah skala tu kan..huhu

Mr. Danbo pun sedih jugak..tapi Allah kan sentiasa ada..

dah laa, sampai sini je aku nak buang tebiat..nanti kalau aku rasa aku meroyan nak tulis entry lagi,pandai pandai laa aku tulis...

Adioss~
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
hehh..baru teringat nak update pasal ni...hari tu aku borong laa beli tudung kat satu page ni..cantik meyh tudung nya...tudung bawal rose..alaa..yang ade bunga rose kat tepi tepi tudung tu...cantik...harga pun berpatutan aku beli...ngehngehngeh...nak tengok??


ni laa tudung nya...aku rembat yang warna first tu...cantik..tak rugi laa beli kan..hehehe...actually aku beli 3 helai sebab kebetulan dorang pun tengah buat promotion jualan tudung ni sempena nak raya tak lama lagi ni...murah meyhh

haa...kalau korang nak beli korang pergi laa kat Pelangi Indah takpun korang pergi laa kat page dorang nih Tudung Bawal okay..
Share
Tweet
Pin
Share
6 budak cakap-cakap
ehh...baru aku perasan hari ni 3 Julai...hari ni?setahun yang lepas hari ni adalah sambutan hari lahir seseorang...seseorang yang pernah aku sayang...seseorang jugak yang selalu melukakan hati aku...

aku bukan tak boleh lupakan dia, tapi aku tak boleh nak lupakan apa yang dia dah lakukan pada aku..dia lukakan hati aku..bukan sekali dua, berkali kali dia lukakan hati aku, dengan perbuatan yang sama...CURANG..herm..ntah laa...sedih nya bila ingatkan balik masa dulu..

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
haiyooo..penat sangat sejak dua menjak ni..aku sibuk uruskan macam macam sampai rasa macam nak tercabut segala urat urat kat badan ni..dah dua hari aku tak update blog ni..warghhh...semalam aku nak update tapi seyes aku penat semalam...

kelmarin aku pergi Kuala Lumpur...sepupu aku kahwin..balik hari tau..aku tak tidur kat sana pun..aku, mak, Along, Nini ngan Makco aku gerak dari sini pukul 8 pagi naik bas..pagi tu punya laa semangat nak pergi..sampai kat Puduraya pun dalam pukul 10 setengah pagi camtu laa..then Paksu aku amek kat Puduraya..dah setahun aku tak jejakkan kaki kat K.L ni..last aku pergi pun tahun lepas, masa aku kerja kat Setiawangsa dulu..dah banyak dah berubah K.L ni aku tengok..herm..

then Paksu pun anta laa kitorang kat Dewan Orang Ramai Seri Langkawi 2 Gombak..phiuhh...sampai pun akhirnya...memang ramai laa yang datang...err..dah lama aku tak jumpa anak Ayah Uda aku yang sebaya aku tu..Arif Syah..hahaha...last aku jumpa dia pun aku rasa masa aku sekolah dulu...maklum laa Ayah Uda aku memang jarang balik kampung...kalau dia balik pun anak anak dia bukannya ikut..dia pun dah belajar kat Perlis..

tunggu punya tunggu aku rasa mengantuk sangat..tapi sabar je laa kan..dalam pukul 2 lebih camtu baru pengantin bersanding...siap ada silat bagai lagi..kat kampung aku pun dah jarang orang kawen buat silat silat ni..kat K.L ada laa pulak..bhahahaha..terbalik pulak kan adat tu..

dah makan makan pe sume,kitorang pun pergi laa rumah Mak Lang aku..sementara nak tunggu bas kitorang..mak beli tiket pukul 9 malam balik Teluk Intan..lepas solat Maghrib,kitorang terus cabut laa nak pergi Puduraya..perghh..melecet kaki aku sebab aku pakai kasut wedges..dah tu banyak berjalan pulak...aiyakkk...luka kaki ku..huhuhu...herm..dalam perjalanan nak balik Teluk Intan, aku pun amek kesempatan laa nak tidur..tak larat weyhh seharian berjalan je...contact lens aku pun sampai kering..dah laa aku tak bawak solution nye..T_T

sampai kat rumah pun dalam pukul 11.30 malam..berakhir lah perjalanan yang sangat memenatkan..rasa macam nak patah pinggang aku ni...gambar pun aku tade amek sepanjang kat sana..bateri empom aku pulak nak kong..aku tak bawak charger..so, memang tade laa gambar gambar...
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Newer Posts
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ▼  July (15)
      • Cik Buaya 1st GiveAway : Choose Your Prize
      • Ramadhan pertama
      • dugaan
      • speechless wednesday #4
      • penat tahap menggila
      • New Post dan Older Post button
      • Disable Right Click
      • Giveaway by Eiqa dan Ain
      • kawan VS sahabat
      • transformasi empom aku
      • i'm back!
      • aku
      • tudung bawal rose
      • hari ni
      • kesibukan melanda
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • tahniah sekolah saya..!!:)
    assalamualaikum and hi peeps...sekarang ni nana betul betul excited sekolah sekarang ni sekolah nana dah upgrade jadi Kolej Vokasional Seri ...
  • sayangs sayangs semua,jom la join Heart Beat..!!
    assalamualaikum..hai korang..mesi korang nampak kan iklan heart beat kat sidebar nana ni kan??sebelum tu,ape kate korang klik dulu kat heart...
  • hati
    entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam...
  • kepenatan tapi seronok..^_^
    hai korang...semalam nana tak dapat nak update belog ni sebab semalam kakak nana bertunang...waahhh,,,ke main lagi yekk...semalam tugas nana...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...
  • dugaan
    assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku...
  • hari pertama di tahun baru:)
    assalamualaikum and hi peeps...hari pertama nana di tahun baru..ahahahha...tak sangka,cepat masa berlalu..nana rase macam nana baru je habis...
  • manis ke bila berbahasa kesat?
    assalamualaikum and hi gang...entry kali ni diinspirasikan dari Mukabuka of course...*amboi ayat...erm,sejak kebelakangan ni(*yelah,tak kede...
  • Persetankan semua
    Yaaa persetankan sahaja senua yang berlaku..aku sangat lah stress sekarang ni..macam bom nak meletup dah aku rasa.. Tiba tiba je dia kata a...
  • rindu
    * kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH. *kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG. *kita ...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates