kedukaan dalam lara jiwa

by - 11:23 pm

assalamualaikum n selamat sejahtera semua...(*entry kali penuh dengan luahan perasaan..agak agak tak nak baca,jangan baca okeyh)...




malam ni aku tak lagi seperti malam malam yang lain...menunggu dengan penuh harapan panggilan telefon dari si dia..kenapa?sebab aku betul betul dah give up dengan semua ni...semua kecurangan dia,semua penipuan dia,segala galanya tentang dia...hati aku betul betul dah sakit dengan semua ni...dari perasaan belas kasihan aku ada untuk dia,sekarang ni...hmmm...sejujurnya,semua tu dah takde dalam hati aku..seriously,aku terfikir balik,salah ke aku buat baik dengan orang?kenapa orang balas balik macam tu sekali kat aku?padahal sekali pun,(*seingat aku) aku tak pernah buat dia terluka...

dia marah aku,aku sabar je..buat buat rileks even masa tu air mata aku dah mengalir tanpa boleh dikawal...dia curang dengan aku,pun aku masih bersabar..walaupun masa tu hati aku betul betul dah hancur lebur sangat sangat..terduduk aku menangis sorang sorang...pernah dia tahu semua ni??sekali pun tak pernah..depan dia,sesedih mana pun aku,aku tetap senyum..walaupun nampak sangat senyum aku palsu masa tu...ya,memang sekarang ni hati aku sangat sedih...



sedih kenapa?sebab dia tak pernah cintakan aku kerana Allah Ta'ala...kalau betul dia cintakan aku kerana Allah,aku tak rasa dia akan buat aku macam ni...layan aku macam ni...aku sedih jugak sebab aku tahu,dia selalu bohong dengan aku...tak pernah cakap jujur even sekali dengan aku...ya,aku sangat sangat terluka buat masa ni...pedih,pilu..semua ni aku yang tanggung sorang sorang...dia pernah ke ambil tahu semua ni?sekali pun tak...

kalau tengok iklan Canon,yuna cakap,setiap gambar ada lagu...tapi aku ni...setiap gambar ada tangisan yang semua orang tak tahu...aku akui,silap aku sebab percaya dia..tapi bila fikir balik,ni bukan salah aku..aku pernah tolak cinta dia mentah mentah...tapi dia yang beriya iya cuba nak yakinkan aku dengan cinta bodoh dia...sedihnya aku rasa...kalau tak,mesti rekod "single" aku dapat bertahan sampai sekarang..

aku sedar aku tak cantik...tapi cukup lah aku cantik di mata Pencipta aku..aku banyak kekurangan dari segi paras rupa...tapi bagi aku tu bukan alasan untuk permain mainkan hati aku..aku pun manusia biasa..yang ingin dihargai...

walau apa pun,aku cuma mampu mendoakan dia dari jauh..supaya Allah memberinya petunjuk dan peringatan...kalau sekarang kita di puncak,bila bila masa je kalau Allah nak tarik,kita boleh jatuh tersungkur...aku harap sangat lepas aku pergi jauh jauh dari hidup dia,dia fikir balik,apa yang selama ni dia dah buat kat aku...what goes around comes around..kalau Allah nak bayar,Allah bayar cash je..

ya Allah,tabahkan lah hati hambaMu ini...sesungguhnya,hamba ini sedang menghadapi ujianMu ya Allah..hanya Engkau maha mengetahui apa yang tersirat di sebalik kejadian ini ya Allah...ampunkanlah hambaMu ini...mungkin Engkau mahu hambaMu ini lebih mengingatiMu...

You May Also Like

0 budak cakap-cakap