permulaan hidup di tempat orang

assalamualaikum n hai korang korang yang sudi membaca bingkisan jari jemari nana nih..(aicehhh ayat..:D) nana sekarang ni dah berada di Melaka untuk meneruskan sisa sisa hidup yang masih ada...hakhakhak...merapu pulak...

perjalanan hari ni dimulakan tepat pukul 11.00 pagi tadi...dari malam semalam nana bertungkus lumus mem'packing' segala macam barang...dari yang sekecik kecik pin tudung ke sebesar besar bantal semua nana angkut...dah macam orang tak nak balik rumah dah..hahaha...aishhh..sibuk la dia ni..menghasut la tu...seriously,nana rasa sangat sangat letih..ye lah,duduk dalam kereta selama 4 jam...lama wooo...rasa nak patah pinggang nana ni haa...hehehehe...nasib baik tak patah..kalau patah siapa nak dukung naik bilik ni??nak angkat barang lagi..hahaha..(merapu je aku ni...)

dah terasa lama gilerr dalam kereta,abah pun berhenti la kat RnR Dengkil...nak tau tak,nana nampak ada 3 buah kereta accident...teruk sangat..innalillahi wailaihirajiun...pemandunya tak la cedera,tapi nana tengok kereta Wira terperosok kat dalam longkang dekat dengan RnR tu..hancur teruk kereta dia..takut nana tengok...sebuah kereta Wira remuk bahagian pemandu..maybe berpusing kot kereta tu...sebuah lagi kereta Toyota kot..tak pasti..kereta Toyota tu remuk kat bahagian penumpang hadapan...

dah lepas puas berehat,abah teruskan perjalanan ke Universiti nana..alhamdulillah..semuanya selamat...lepas register asrama semua,nana pun terkejut sebab dapat asrama....wauuuu...atas sekali tuu...tapi kali ni dapat blok lain pulak..sem lepas blok B tapi sem ni blok A...A309...penat la nana mengangkut barang..nak pulak beg yang bagasi tu...hahahaha...sakit pinggang den..

sekarang ni nana dah siap dah kemas semua barang nana..time to rest pulak..hehehe...dan seperti yang dijangka, Encik Wifi ni sangattttt sangattttt......LEMBAB...

okeh la..selamat beristirehat ya semua reader...hehehe

p/s : nak menikmati keindahan langit kat tingkap ni..:D

sekadar gambar hiasan :D

You May Also Like

8 budak cakap-cakap