love.life.laugh.live


hmm,dalam lebih kurang 69 hari lagi majlis pertunangan aku akn berlangsung..inshaa Allah takkan lari gunung dikejar ye tak?macam tak percaya pulak rasa nya aku nak jadi tunangan orang dah,debar weh..ni belum lagi nak jadi isteri orang...ni baru kira langkah pertama nak mendirikan rumah tangga..hehehe

aku tak tahu nak kata aku gembira atau takut..dua dua aku rasa,50-50 gitu..aku gembira sebab at least aku ada perhubungan yang lebih jelas dengan dia lepas ni...dalam masa yang sama aku takut,takut tak boleh nak jalankan tanggungjawab aku dengan baik lepas ni..hukhuk..maklum lah,aku rasa muda lagi nih nak jadi isteri,tapi sampai bila aku nak rasa macam tu kan?nak tak nak,aku WAJIB sedia dengan fasa ni..hehe



kalau imbau balik perkenalan aku dengan dia,macam kelakar pun ada..dah laa kenal through Facebook je,tu pun sebab game Cityville..kahkahkah..betapa budak budak nya perangai aku..kalau throwback balik,satu hari pun tak habis rasanya..ahahahaha..banyak sangat kisah dia dengan aku..hehehe

then,nanti sabar je lah tunggu rombongan meminang dari dia kan..jauh tuuu,dari Pahang..hehe..harap harap Allah permudahkan semuanya untuk aku dengan dia..risau jugak ni sebab aku memang takde simpanan langsung ni..maklum laa,kerja pun takde,menganggur je,sedih tau..takpe laa kan,Allah belum nak bagi rezeki lagi kat aku..

macam macam tau actually aku fikir..macam mana dengan hantaran,macam mana dengan mekap,macam mana dengan rumah,macam mana dengan tetamu,makanan tetamu,baju apa aku nak pakai..tapi paling aku risau,apa hantaran yang aku nak bagi laa kan..tak tahu nak bagi apa :'( 

bukan apa,aku risau dia tak suka je pemberian aku nanti..aku tahu,taste dia menda yang branded..aku pun pakai yang cikai je,asal ada dah cukup untuk aku..aku pun smells of fashion sense aku pun teruk,macam mana nak beli kan barang untuk dia..aku pilih barang pun tak pandai,tengok je laa baju baju aku pun takde yang cantik,semua buruk buruk je..tu pun antara sebab buat aku takut nak kahwin dengan dia..aku tak pandai bergaya, orang perak kata, ghebehh je..risau pulak rasa..betul ke pilihan aku ni?

kang malu pulak kan orang kata dia tak sepadan langsung dengan aku..i mean memang aku rasa tak sepadan langsung antara aku dengan dia..tapi banyak kali dah aku suruh dia tinggalkan aku,tapi dia tak nak laa pulak..aku malu,aku tak macam dia..huhuhu..entah laa,sedih pulak rasa hati..tak tahu laa nak cerita dengan siapa isu ni,sebab nak cerita dengan dia pun dia bukannya nak dengar..paling kurang dia suruh tukar topik..

haihhh entah laa,macam macam bermain dalam fikiran aku sebenarnya..terlalu banyak aku fikirkan,tapi aku harap sangat segalanya berjalan dengan lancar..aminn

p/s : mrs AZMA laa pulak lepas ni
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

bila cinta membara
yang hitam nampak putih
yang gelap nampak terang
yang pahit rasa manis

huahuahua..angin menaip datang lagi..seronok pulak rasanya menaip macam ni..macam dulu,aktif menaip..aku dengan dunia aku..tu sebab aku private kan blog ni,sebab hanya aku je yang boleh baca apa yang aku luahkan kat sini..rasanya tak perlu kot orang lain nak tahu apa perasaan aku kan?kecewa,sedih,gembira,bahagia semua semua lahh..seronok bila meluah kat sini..at least takde yang bersuara lantas memilukan hati aku *acewah ayat* hahaha

okey laa balik ke tajuk apa aku nak taip mlam ni..bila cinta?bila aku jatuh cinta *ehh,macam lagu awi rafael pulak* hehe..kenapa ye,aku ni kalau dah jatuh cinta,susah sangat nak melupakan..bila susah nak lupa,sepanjang tu aku akan rasa tak selamat,insecure laa omputih kata..orang kampung kata,curiga gitu..bukan aku tak percaya,tapi aku rasa tak selamat..hahhh gitu lah..

kalau tak percaya langsung pun bila cinta susah jugak..hehe..sebab setiap perhubungan tu mesti lah ada kepercayaan..tapiiii kalau setakat boyfriend girlfriend je status hubungan nye,tak payah laa kita nak taruk harapan tinggi sebab nanti kita yang akan luka sendiri..hubungan tu tak menjamin langsung..ada dua kemungkinan kan,sama ada kita akan kahwin dengan dia atau sekadar jadi penghilang bosan dia je..

aku tak tahu laa aku kat status yang mana..sama ada aku akan kahwin ataupun aku ni sekadar penghilang bosan..tak apa laa kalau aku ni pilihan yang kedua tu pun kan,aku okay je..rilek sudah kan?ni semua cubaan hidup je..dugaan nak mematangkan kita..

entah laa kan,aku rasa macam aku ada kat awang awangan je..aku tak tahu mana hala tuju aku,apa pengakhiran aku..aku cuma mengharap apa yang terbaik aje untuk aku..

p/s: bosan takde teman sembang..takpe,aku cuba SENTIASA FAHAM dia walaupun aku terluka jugak
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

rasa rasa macam nak menulis novel pulak..dah lama niat ni terpendam dalam hati,tapi seringkali tak berkesempatan..yelaa,kadang kadang aku sibuk (sibuk kerr??hehe), bila tak sibuk,idea pulak tak ada..hehe

baru baru ni aku ada baca novel online tajuk "I Love You, Stupid".. mampu baca online je lah,tak mampu nak beli novel nye sebab sebuah novel tu dah harga RM39.00 so aku pun tak ada laa beli..wahhhhh,teruja..sangat best cerita tu tau..bodoh bodoh alang gitu walaupun heroinnya watak sombong gilaaa maklum laa anak Dato' kan..tapi seronok laa jugak..


waaa,khayal aku baca cerita tu..kan best kalau aku ni cuma sekadar watak dalam novel yang tak wujud..tapi aku tak boleh kesal,Allah jadikan aku supaya aku berbakti kat dunia ni, jadi insan yang berguna..walaupun kewujudan aku kadang kadang macam mengecewakan (always mengecewakan I mean) tapi aku tetap kena teruskan kehidupan jugak kan?

soooo..lets see kalau aku boleh sambung balik niat aku yang terpendam nak menulis novel..tapi kalau ikutkan,tak nak lah tulis novel yang mendorong niat remaja nak mencuba sesuatu yang tak baik..aku perasan jugak,novel ni sebenarnye banyak pro dan kontra nya..kalau baik isi perjalanan cerita,baik lah ikutan remaja.. kalau tak baik,nauzubillah,kita yang menulis cerita tu pun terbabit saham kalau yang membaca tak dapat manfaat dari pembacaan mereka, wallahualam

contoh macam cerita yang meletup kat slot akasia tv3 dulu, Setia Hujung Nyawa.. aku actually dah baca novel ni masa Form 5,sedap laa jugak jalan cerita nya..tapiiiii ada tapi tau..bila diadaptasi ke dalam kaca televisyen,cerita ni mempengaruhi ramai remaja untuk jadi macam heroin dalam cerita tu..kenapa aku kata camtu??


sebabbbbbb okeyh,ni serba ringkas jalan cerita nya okey..si Ersalina ni dah takda dara,then dapat kahwin dengan lelaki yang baik (tak laa baik sangat pun sebenarnya sebab dia pun ada masa lampau yang tak baik)..so,sepanjang cerita tu ditayangkan,ramai remaja perempuan yang berkobar kobar nak mengorbankan dara mereka dan berharap diorang dapat jadi sebijik macam nasib Ersalina tu..haaaa tu laa yang aku katakan salah..diorang tak nampak apa nilai sebenar yang penulis nak sampaikan..

actually,aku tak setuju sangat hasil karya novel difilemkan..sebab bagi aku, MEMBACA novel TAK SAMA kesannya dengan MENONTON filem adaptasi..feeling kurang..kita takkan dapat menghayati apa yang sebenarnya ditulis dalam novel..lagipun,terlalu banyak yang ditokok tambah bila difilemkan..dannnnn paling utama ianya mampu mendorang remaja berbuat perkara yang tak baik (negative side from then film)

so,better membaca dari menonton 

p/s : yesss i love reading :D
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

cinta?
apa itu cinta?
mungkin hanya sebuah ilusi
yang menghidupkan cekerawala dengan mimpinya

cinta?
mengapa?
hadir kadangkala saat tak diduga
pergi saat hati tidak rela

cinta?
mengapa?
tika diri mengharap cinta
namun
cinta pergi tanpa berkata

adakah kita lupa
Adam Hawa dicipta bersama
walaupun mereka terpisah seketika
namun Allah tetap izinkan mereka berjumpa

cinta
tanpa cinta gelap lah dunia
tanpa cinta Allah dan rasulNya
tanpa cinta ibu bapa
cinta memberi sejuta dimensi nyata
bukan semesti cinta manusia

cinta
beribu erti kata membawa makna
kita cuma insan biasa
tidak lepas melakukan khilaf tak sengaja

cinta itu
walaupun bukan kepada yang empunya
cukuplah mencintaiNya
mengisi kosong hati kita


p/s : patah hati </3
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Emm tak tahu nak start dari mana..encik belog, saya bosan..bosan dengan semua ni..saya nak hidup sorang sorang boleh tak? Opps, dah memang sorang sorang pun..apa boleh buat

Encik belog, kamu je yang selalu ada dengan saya bila saya betul betul perlukan seseorang..kan bagus kalau kamu ni manusia..tapi kan, kalau kamu manusia, saya taknak kamu boleh bercakap..saya nak kamu ada dengan saya untuk dengar semua cerita saya..kalau saya suruh kamu bercakap, sembang dengan saya, baru kamu boleh bercakap..haa kan best camtu..hehe

Tapi yelah..tu imaginasi je..hakikat nya kamu alam maya..kamu bukan manusia..

Belog..saya sedih sebenarnya..tapi yelah kan, apa boleh buat..bila hati tak diperlukan, apa boleh buat..haishh nana, kenapa emo sangat ni? Entah lah..aku tak tahu kenapa..aku sedih..aku rasa aku tak diperlukan lagi..aku ada ke, takde ke aku rasa takkan berubah dunia ni tanpa aku..

Chopp..ni bukan ayat emo okey, tapi ni lah hakikat..apa boleh buat..aku tetap aku, sendirian meniti kehidupan aku..orang lain apa tahu..apa aku rasa, apa aku lalui, apa aku hadapi takde siapa pun tahu..nak ambil tahu? Lagi lah tak

Entah lah..susah nak cakap..cakap lebih susah, tak luah pun susah..sebab tu saya cerita dengan awak encik belog..awak je yang faham saya lebih dari orang lain..orang lain bukan siapa siapa pun dalam hidup saya..diorang cuma singgah sekejap je, tinggalkan lopak dalam hati saya..tak macam awak encik belog..awak tak tinggalkan saya kan?

Emm takpe lah kan..apa boleh buat..ni nasib aku..bahagia tu kan datang dan pergi..harini bahagia, esok derita..harini derita, esok mungkin ada sinar bahagia..apa yang penting, terus kan je senyum, sebab kita tak tahu siapa yang akan jatuh cinta dengan senyuman kita..betul tak?

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

okey,aku lambat nak update..ngahahahaha.. actually ni cerita tiga hari lepas, final Piala Malaysia 2013. perlawanan ni antara Kelantan dengan Pahang. Aku memang sokong Pahang sejak Perak kalah dengan Sarawak 6-1 haritu.. sakit woo hati tengok kekalahan negeri sendiri padahal dulu semua negeri gerun kot dengan kesebelasan Perak.. mana tak nya, Perak 7 kali juara Piala Malaysia bhaii.. Selangor je yang tak takut dengan Perak..muahahahaha..

tapi tu laa, Perak ke, Selangor ke, Kedah ke, Perlis ke, semua dah hilang taring.. zaman sekarang ni tengah zaman kebangkitan negeri negeri Pantai Timur pulak..kenapa? yelaa,sebab kebanyakan piala banyak kat negeri sana je menang..

okey,berbalik kat cerita asal, masa final tu memang aku tak nak terlepas laa tengok kan even aku demam teruk..kihkihkih..tak sangka,kaki bola jugak aku ni ekk..half time memang takde gol kalau tak silap aku..banyak kali jugak Pahang try rembat semua tak gol..masa kedua baru menjadi..memang cantekk ahh gol dorang..hantaran dari Alex yang masa tu ada kat bahagian tepi padang terus pergi ke Matias Conti then dia tanduk terus gol.. smart weyhh..

okey,aku over excited masa tengok tu..yelaa,aku memang tak berapa nak suka Kelantan..kahkahkah..sebab penyokong dorang macam over sangat..belagak pon ada,yelaaa konon negeri dorang hebat sangat kan main bola,semua nak menang je...kesiannnnnnn...kahkahkah..tu laa,lain kali sila jangan bongkak dehhh..

sumber : tokgajah.com

aku tengok chant chant ultras Elephant Army pun rasa meremang bulu roma,seriously diorang sangat best..even aku bukan anak negeri tu,tapi tahniah Pahang..memang deserve menang laa kan..sangat hebat..hehehe

p/s : sokong plus sebab Zik orang sana..kahkahkah
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Yeayy masuk November sudah..dan aku..masih di sini..plus demam..huahuahua..

Ape aku nak taip? Entah laa..aku pun tak tahu..ikut suka jari aku laa nak taip apa pun..emm..

91 hari lagi..panjang ke umur aku untuk sampai ke tarikh tu? Layak ke aku untuk dia? Betul ke nanti dia tak menyesal pilih aku? Aku...aku...banyak aku kurang

Saat kaki ni dah tak bermaya lagi meneruskan langkah, boleh ke dia terima aku lagi? Saat tubuh ni tak mampu lagi berdiri, boleh ke dia tunggu aku lagi? Aku takut nak letak harapan pada orang lain lagi, aku takut semua nya nanti musnah

Musnah...segalanya..cinta...ada lagi ke sisa untuk aku? Cinta? Kenal ke dengan aku?

Banyak lagi persoalan..mungkin kah boleh terjawab..saat nafas sudah berhenti nanti, mungkin segalanya akan terjawab..

Sabar.....sabar...

Kesakitan yang hadir itu penghapus dosa silam..

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Newer Posts
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ▼  November (7)
      • perubahan diri
      • bila cinta
      • novel vs filem
      • puisi cinta luka
      • Boring
      • tahniah tok gajah
      • November, please be nice wif me
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • tahniah sekolah saya..!!:)
    assalamualaikum and hi peeps...sekarang ni nana betul betul excited sekolah sekarang ni sekolah nana dah upgrade jadi Kolej Vokasional Seri ...
  • sayangs sayangs semua,jom la join Heart Beat..!!
    assalamualaikum..hai korang..mesi korang nampak kan iklan heart beat kat sidebar nana ni kan??sebelum tu,ape kate korang klik dulu kat heart...
  • hati
    entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam...
  • kepenatan tapi seronok..^_^
    hai korang...semalam nana tak dapat nak update belog ni sebab semalam kakak nana bertunang...waahhh,,,ke main lagi yekk...semalam tugas nana...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...
  • dugaan
    assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku...
  • hari pertama di tahun baru:)
    assalamualaikum and hi peeps...hari pertama nana di tahun baru..ahahahha...tak sangka,cepat masa berlalu..nana rase macam nana baru je habis...
  • manis ke bila berbahasa kesat?
    assalamualaikum and hi gang...entry kali ni diinspirasikan dari Mukabuka of course...*amboi ayat...erm,sejak kebelakangan ni(*yelah,tak kede...
  • Persetankan semua
    Yaaa persetankan sahaja senua yang berlaku..aku sangat lah stress sekarang ni..macam bom nak meletup dah aku rasa.. Tiba tiba je dia kata a...
  • rindu
    * kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH. *kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG. *kita ...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates