bila cinta


bila cinta membara
yang hitam nampak putih
yang gelap nampak terang
yang pahit rasa manis

huahuahua..angin menaip datang lagi..seronok pulak rasanya menaip macam ni..macam dulu,aktif menaip..aku dengan dunia aku..tu sebab aku private kan blog ni,sebab hanya aku je yang boleh baca apa yang aku luahkan kat sini..rasanya tak perlu kot orang lain nak tahu apa perasaan aku kan?kecewa,sedih,gembira,bahagia semua semua lahh..seronok bila meluah kat sini..at least takde yang bersuara lantas memilukan hati aku *acewah ayat* hahaha

okey laa balik ke tajuk apa aku nak taip mlam ni..bila cinta?bila aku jatuh cinta *ehh,macam lagu awi rafael pulak* hehe..kenapa ye,aku ni kalau dah jatuh cinta,susah sangat nak melupakan..bila susah nak lupa,sepanjang tu aku akan rasa tak selamat,insecure laa omputih kata..orang kampung kata,curiga gitu..bukan aku tak percaya,tapi aku rasa tak selamat..hahhh gitu lah..

kalau tak percaya langsung pun bila cinta susah jugak..hehe..sebab setiap perhubungan tu mesti lah ada kepercayaan..tapiiii kalau setakat boyfriend girlfriend je status hubungan nye,tak payah laa kita nak taruk harapan tinggi sebab nanti kita yang akan luka sendiri..hubungan tu tak menjamin langsung..ada dua kemungkinan kan,sama ada kita akan kahwin dengan dia atau sekadar jadi penghilang bosan dia je..

aku tak tahu laa aku kat status yang mana..sama ada aku akan kahwin ataupun aku ni sekadar penghilang bosan..tak apa laa kalau aku ni pilihan yang kedua tu pun kan,aku okay je..rilek sudah kan?ni semua cubaan hidup je..dugaan nak mematangkan kita..

entah laa kan,aku rasa macam aku ada kat awang awangan je..aku tak tahu mana hala tuju aku,apa pengakhiran aku..aku cuma mengharap apa yang terbaik aje untuk aku..

p/s: bosan takde teman sembang..takpe,aku cuba SENTIASA FAHAM dia walaupun aku terluka jugak

You May Also Like

0 budak cakap-cakap