bila cinta diduakan

"sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand"

Sungguh,beratnya memegang kasih dan cinta pada seorang suami!
Berdoa agar jodoh dia memang milik aku seorang sampai mati dan sungguh..
andai jodoh dia ada bersama orang lain,aku akan terima dengan terbuka dan terus kuat macam yang mami lakukan!!

Percaya pada jodoh! percaya pada ketentuan! Menangis air mata darah pun kalau takdir dah begitu..
kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri!!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah..mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu

Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan

MasyaAllah..sedih aku baca nukilan isteri pelakon Ashraff Muslim ni saat dia tahu diri nya telah dimadukan..sungguh aku sebagai seorang perempuan turut berasa sangat kecewa mengapa sehingga begini akhirnya..aku bukan sedih sebab dia isteri pelakon,tapi aku dapat bayangkan kalau lah aku yang berada di tempat nya,mungkin aku takkan sekuat itu untuk hadapi semua nya.

 sebagai seorang wanita,tipu lah kalau kita suka diri kita dimadukan oleh seorang suami yang kita cintai..kalau aku pun,aku tak kuat..aku bukan insan mulia yang tiada perasaan hasad dengki dan cemburu bila suami aku berkahwin lain..mungkin aku akan tarik diri dan pergi jauh jauh daripada tersinggung diri dimadukan..indah nya madu bagi lelaki,pahitnya madu ditelan wanita!

wahai lelaki,ketahui lah! sesungguhnya wanita tidak rela dimadukan..kalaupun dimadukan,pada aku,mustahil untuk aku bersifat ikhlas dan redha dengan semua tu..apa pun alasannya,untuk aku,lepaskan aku jika sudah menemui cinta yang lain..buat apa tinggal sebumbung andai kata cinta sudah tiada.. orang ketiga tidak akan muncul andai si lelaki tidak melayan..dan ingat lah,
sekiranya cinta ketiga itu hadir,pergi lah kepadanya sebab jika benar dia mencintai yang pertama,mustahil untuk jatuh cinta kali kedua..

p/s: sedih bila diduakan

You May Also Like

0 budak cakap-cakap