kahwin muda?

by - 10:21 pm


malam ni nak post pasal kahwin muda pulak..hehe *gatal* eh,hello!! umur macam aku dah boleh kahwin ape..tengok sendiri laa kawan kawan,ramai yang dah kahwin,ada yang dah ada 2 orang anak pun..dengki tahukk..kekeke..

bila cerita pasal kahwin muda,macam macam yang aku fikirkan..yelah,kalau ikutkan planning aku dengan dia,hujung tahun depan nak nikah dah *pergh,awal gila perancangan* eh,bukan aku yang gatal ye nak kahwin awal,(tapi gatal laa jugak,kahkahkah) tapi sebab permintaan si dia yang nak tahun depan tak mahu tangguh..aku okey je,sebab aku takde laa nak mintak hantaran mahal mahal ke,mas kahwin mahal mahal ke,kenduri nak buat besar besaran ke..aku nak biasa je..asalkan pernikahan tu sah disisi agama dan syariat kan?

tapi kan,aku memang laa okey..tapi mak dengan abah?aku takut dorang tak setuju je aku nak buat biasa biasa..maklum laa,orang melayu banyak sangat yang nak ditakutkan..takut orang mengata lah,takut orang kampung kata kahwin sebab kena tangkap basah lah,macam macam..kenapa tak nak ikut syariat je?walimatul urus bukannya nak menyusahkan pengantin,tapi memudahkan..Islam kan agama yang mudah,kenapa nak disusahkan?

tapi tu laa,takkan aku nak melawan orang tua kan..banyak kali aku fikirkan hal ni..mak ngan abah tak sesepoting *ape kejadah aku taip nih* parents kawan kawan aku yang dah kahwin tu..mak mungkin okay,tapi abah tu laa susah..tapi mak pun macam risau aku bagitahu aku nak kahwin awal..yelaa,aku ni tak berapa nak reti lagi macam macam..tapi kalau nak tunggu aku perfect serba serbi,zaman bila laa pulak aku nak kahwin nya kan?macam mana ye aku nak yakin kan dorang aku dah boleh pikul tanggungjawab?


dalam masa yang sama,aku takut jugak perkara atas ni berlaku kat aku..kalau boleh biar lah perkahwinan tu kekal sampai syurga macam apa yang aku impikan..mungkin aku kena lebih banyak lagi membaca buku agama berbanding novel yang selama ni aku suka sangat dok beli..huhuhu..tapi kalau jodoh tu tak dicari pulak,takkan aku nak jadi macam kat bawah ni?

haihhh..susah..semoga Allah permudahkan niat aku..

p/s: nak kahwin muda.. :)

You May Also Like

0 budak cakap-cakap