hati


entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam setiap tubuh badan manusia,yang ianya mempunyai pelbagai fungsi yang bekerja keras untuk memastikan kita masih bernyawa sehingga ke hari ini. namun,itu hanya lah secara fizikal..secara alami nya,hati ialah bahagian di mana segala perasaan yang kita ada dapat juga dirasai di hati. 


okey lah,enough for teori..haha..*ayat atas semua poyo*. hati? macam macam kita boleh rasa kan?sedih,gembira,kecewa,bahagia,marah dan pelbagai lagi. dengan hati,airmata bisa keluar bila kita sedih..dengan hati,ketawa boleh diterbitkan petanda bahagia. SubhanAllah,hebat pencipta kita.. tatkala orang lain tak boleh merasakan apa yang kita rasa,Allah dan kita sahaja yang tahu apa yang kita alami kan?

sub topik nya adalah CINTA..hati dan cinta memang tak boleh dipisahkan..di setiap adanya hati,di situ mesti ada perasaan cinta..cinta yang agung hanyalah untuk Dia,pencipta kita..cinta yang kedua adalah untuk Rasul kita..cinta yang ketiga adalah untuk kedua ibubapa kita dan seterusnya baru untuk yang lain..namun dewasa ini,sukar untuk kita lihat cinta pertama itu adalah untuk Dia..aku tak nafikan,aku sendiri bercinta,sehinggakan kadangkala aku rasa takut untuk kehilangan cinta kekasih daripada kehilangan cinta Allah..Astaghfirullahal'azim..benar lah yang dikatakan,cari cinta Allah dahulu..namun zaman sekarang masih ramai yang tidak sedar mereka membelakangkan cinta Allah..selepas jatuh tersungkur dalam cinta sesama manusia,barulah mereka teraba-raba mencari di manakah Allah..mereka tertanya tanya mengapa Allah mengambil sesuatu yang mereka sayang..

mereka tidak sedar,Allah lebih sayangkan mereka..Dia hanya mahu mendengar rintihan kita,menagih kasih daripada-Nya..aku bukanlah seorang yang sempurna akhlaknya,aku banyak melakukan khilaf..kalau dihitung dosa aku,tak terhitung jari jemari ini mengenang selama 21 tahun aku hidup,terlalu banyak silap aku..apa yang aku mampu,cuma meminta pengampunan dariNya sebelum terlewat..remaja,cinta dan hati memang tidak dapat dipisahkan..namun kita hanya mampu mengawal yang kadangkala ada juga yang terbabas,mengharap cinta kekasih melebihi dariNya..

apa pun yang kita lalui,semua nya mempunyai hikmah yang tersendiri..kita nilai balik,mengapa terjadi sedemikian hal? masih aku ingat,si dia memberikan ayat ini, "berpisahnya antara dua orang yang mencintai itu adalah kerana dosa daripada salah seorangnya". renung kembali,apakah yang kita telah lakukan dan adakah kita bersedia menerima balasannya?

p/s : aku tak pandai melankolik dalam penulisan,skill telah lama pupus sejak habis SPM..=,='

You May Also Like

0 budak cakap-cakap