kerja :(

by - 10:02 pm


emm,okey,pagi tadi punya laa semangat kan nak kerja,sekali balik...nahhhh..amekkaww..hoii,tak cukup nafas aku hari ni..kerja bagai orang gila..
nak tahu aku kerja apa?okey,ni aku nak story mory ni..haritu..aha pergi laa merayau kat Langkap tu nak cari kerja kosong laa untuk dia..sekali dia ternampak laa satu iklan ni kat kedai elektrik tempat edy kerja dulu,nak pakai salesgirl..GIRL sahaja..then aha pun balik laa,cerita kat mak..mak pun dengan laju nya pergi mintakkan kerja tu untuk aku dan dapat..tauke nya suruh laa aku masuk kerja Isnin (hari ni)..okey laa tu kan,aku pun punya laa semangat nak kerja even jawatan salesgirl je punnn...gaji dia kasi sejam RM3, tapi hari hari kerja minimum 10jam dan ahad cuti,means sehari aku boleh dapat RM30 laa kan?cantek dah tu,sebulan plus minus dalam RM900 laa kot..okey laa tu,asal ada kerja kan..

macam yang dijanjikan,aku pun datang laa..nak kerja kan,punya laa semangat..lagi 3 minit nak pukul 9pagi aku dah tercongok depan kedai tu..hello!!aku datang awal okayy..TAPI tau tak,kedai tu pukul 9.45pagi baru bukak!!bengang weyh..dah laa tunggu kemain lama,aku siap rasa nak balik dah pagi tadi..aku spoil betul kalau menunggu lama lama ni..tak suka tau tak..okey laa,hari first aku kerja,mana boleh tunjuk belang lagi kan?huhu,okey takpe,aku sabar..

dah bukak kedai tu,tahu tak apa kerja aku kena buat???aku kena angkat peti sejuk a.k.a refrigerator yang besar besar macam kat rumah orang kaya tu...letak kat luar kedai..mesin basuh ada laa dalam 6 buah (aku sorang okay dok tolak mesin basuh tu sampai luar kedai -_-) angkat kipas besi berat yang macam kat kedai mamak Ghulam Rasul kat Teluk Intan tu lagi dalam 2 buah,kipas kecik kecik yang selalu ada dalam bilik tu ada laa dalam 10 buah,semua angkut letak kat luar kedai,nak buat pameran..huhu..berpeluh weyhh..penat,dengan puasa nya lagi..

okey,lepas siap angkut tu,aku ingat boleh laa rehat..no no no..ada lagii..aku kena lap semua barang barang kat dalam kedai tu..berhabuk ke tak,WAJIB lap okey..okey laa,setakat lap apa laa sangat kan..aku pun lap laa..ada laa dalam 3 jam aku mengelap baru setel..done..tak boleh duduk lagi..aku kena mengemop seluruh kedai tu dengan kadar sepantas yang boleh..ohokeyyy,takpe..aku sabar lagi..aku pun mop laa segigih dan sepantas kilat..dah kerja aku kan..okey,lepas mengemop,aku kena suruh lagi lap barang barang dalam kedai tu..isk isk isk..sedih weyh..dua kali aku tawaf kedai untuk lap barang..

lepas lap tu aku pun buat laa kerja aku sendiri..ingat dah boleh lega dah,rupanya ada lagi kerja lagi teruk..nahh amekkaww..dia suruh pulak aku angkat semua microwave dan bapak bapak oven yang ada dalam kedai tu,pergi turunkan dari rak..pastu lap semua benda tu,then pindah kan rak microwave tu ke rak bahagian depan..kat tempat asal microwave tu,aku kena pindah kan semua dispenser air dari sekecik kecik dispenser sampai ke bapak dispenser secara tertib..FINE!!! aku memang buat sorang sorang angkat semua benda tu..wey,nak nangis tahu,berat sangat,sakit pinggang,sebu perut angkat semua..huhuhu

aku pun buat laa semua nya dengan redha..pelan pelan aku buat sampai setel..dah setel tu,tambah lagi bala..dia suruh pulak aku alihkan semua speaker dari sekecik kecik speaker sampai ke bapak speaker,dengan radio nya lagi..wey,aku ni nampak macam lelaki ke nak angkat semua benda benda berat ni????sadis gila..memang dah nangis dah tadi kat tempat kerja..nasib baik aku pakai spek,dapat jugak cover..dah siap semua dalam pukul 6.30 petang tu,aku ingat dorang nak laa tutup kedai,rupa nya TAK..janji balik pukul 7 malam,tapi tadi dia lepaskan aku pukul 7.15malam..sedih nya..


seriously,esok aku tak nak datang kerja..bukan apa,kerja berat weyh,aku memang tak larat since pinggang aku sakit sejak aku kerja rem sawit dulu..sakit bukan alang alang dah ni..dengan angkat barang berat nya tadi,aku terpikir nak pecah puasa je,tapi aku cuba jugak bersabar..sampai je rumah,aku terus nanges cerita kat mak..sedih dorang buat aku macam tu..aku rasa budak budak laki tu tadi semua bersemangat semacam je buat kerja,mesti dorang tak puasa..masa nak dekat berbuka pun dorang tak balik lagi..nampak sangat laa kan..huhu..patut laa aku tanya nak solat kat mana pon dorang macam tercengang..sebab kat situ semua pekerja nya tak solat padahal semua Islam..alahai..apa laa nak jadi..huhu

okey laa,panjang pulak aku merepek harini..eksaited nak cerita pengalaman kan..hahaha..okey,babai..

p/s: esok dan selama lamanya aku tak nak kerja kat situ..huhu

You May Also Like

0 budak cakap-cakap