love.life.laugh.live


hoyeahhh..kemalasan aku untuk menaip datang lagi..miahahahaha..mula letteww nak abaikan encik belog ni balik..aishhh tak laa..mana ada aku nak abaikan..haha..cuma takde feeling nak menaip sejak dua menjak ni..tah kenapa,kemalasan berganda nak taip entry..hehehe

ni pun actually malas gak,tapi aku nak taip cepat cepat..selaras dengan tajuk yang entah hape hape,aku nak taip "rubbish" ni..hahaha

off topic..okey,seriously blur nak taip ape..idea takde ni tapi jari tetap menaip..dushh

okey laa,aku dah ingat topik ape nak bangkitkan..topik NIQAB..kenapa dengan niqab?actually,aku suka sangat tengok orang perempuan yang berniqab..cantik..terasa kerdil diri aku..iman aku tak sekuat mereka..aku tak seistiqamah mereka..tapi aku tetap mencuba untuk jadi yang terbaik..bukan nak jadi yang terbaik di mata manusia,aku nak jadi yang terbaik untuk Allah..

aku nak tebus balik semua khilaf aku yang dulu..aku nak kuburkan semua kejahilan aku dulu..aku nak berubah..aku nak jadi yang terbaik untuk Allah..rugi kalau kita hilang cinta Allah, hilang cinta manusia takpe lagi kan..

inshaa Allah..aku sedang cuba kuatkan diri hadapi tohmahan orang..biarlah aku pakai pakaian orang ketinggalan zaman,dari aku pakai pakaian orang akhir zaman :)

p/s : dengan cara apa sekali pun,kita wajib tutup aurat kita..sebab itu perintah Allah :)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

malam ni nak post pasal kahwin muda pulak..hehe *gatal* eh,hello!! umur macam aku dah boleh kahwin ape..tengok sendiri laa kawan kawan,ramai yang dah kahwin,ada yang dah ada 2 orang anak pun..dengki tahukk..kekeke..

bila cerita pasal kahwin muda,macam macam yang aku fikirkan..yelah,kalau ikutkan planning aku dengan dia,hujung tahun depan nak nikah dah *pergh,awal gila perancangan* eh,bukan aku yang gatal ye nak kahwin awal,(tapi gatal laa jugak,kahkahkah) tapi sebab permintaan si dia yang nak tahun depan tak mahu tangguh..aku okey je,sebab aku takde laa nak mintak hantaran mahal mahal ke,mas kahwin mahal mahal ke,kenduri nak buat besar besaran ke..aku nak biasa je..asalkan pernikahan tu sah disisi agama dan syariat kan?

tapi kan,aku memang laa okey..tapi mak dengan abah?aku takut dorang tak setuju je aku nak buat biasa biasa..maklum laa,orang melayu banyak sangat yang nak ditakutkan..takut orang mengata lah,takut orang kampung kata kahwin sebab kena tangkap basah lah,macam macam..kenapa tak nak ikut syariat je?walimatul urus bukannya nak menyusahkan pengantin,tapi memudahkan..Islam kan agama yang mudah,kenapa nak disusahkan?

tapi tu laa,takkan aku nak melawan orang tua kan..banyak kali aku fikirkan hal ni..mak ngan abah tak sesepoting *ape kejadah aku taip nih* parents kawan kawan aku yang dah kahwin tu..mak mungkin okay,tapi abah tu laa susah..tapi mak pun macam risau aku bagitahu aku nak kahwin awal..yelaa,aku ni tak berapa nak reti lagi macam macam..tapi kalau nak tunggu aku perfect serba serbi,zaman bila laa pulak aku nak kahwin nya kan?macam mana ye aku nak yakin kan dorang aku dah boleh pikul tanggungjawab?


dalam masa yang sama,aku takut jugak perkara atas ni berlaku kat aku..kalau boleh biar lah perkahwinan tu kekal sampai syurga macam apa yang aku impikan..mungkin aku kena lebih banyak lagi membaca buku agama berbanding novel yang selama ni aku suka sangat dok beli..huhuhu..tapi kalau jodoh tu tak dicari pulak,takkan aku nak jadi macam kat bawah ni?

haihhh..susah..semoga Allah permudahkan niat aku..

p/s: nak kahwin muda.. :)

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
"sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand"

Sungguh,beratnya memegang kasih dan cinta pada seorang suami!
Berdoa agar jodoh dia memang milik aku seorang sampai mati dan sungguh..
andai jodoh dia ada bersama orang lain,aku akan terima dengan terbuka dan terus kuat macam yang mami lakukan!!

Percaya pada jodoh! percaya pada ketentuan! Menangis air mata darah pun kalau takdir dah begitu..
kita ada dua pilihan, terima atau menarik diri!!!

Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci khadijah atau fatimah

Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah..mudah menyebut kun fa ya kun

Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan

Tak usah bicara tentang tanggungjawab
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu

Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah

Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia

Sucinya aku,kau miliki ketika di Mekah
Hebatnya dia,kau sembunyikan ketika di Thailand..

Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah
Kerana satu dunia tahu

Hanya itulah jawapan mudah untuk lepaskan kekhilafan yang disengajakan

MasyaAllah..sedih aku baca nukilan isteri pelakon Ashraff Muslim ni saat dia tahu diri nya telah dimadukan..sungguh aku sebagai seorang perempuan turut berasa sangat kecewa mengapa sehingga begini akhirnya..aku bukan sedih sebab dia isteri pelakon,tapi aku dapat bayangkan kalau lah aku yang berada di tempat nya,mungkin aku takkan sekuat itu untuk hadapi semua nya.

 sebagai seorang wanita,tipu lah kalau kita suka diri kita dimadukan oleh seorang suami yang kita cintai..kalau aku pun,aku tak kuat..aku bukan insan mulia yang tiada perasaan hasad dengki dan cemburu bila suami aku berkahwin lain..mungkin aku akan tarik diri dan pergi jauh jauh daripada tersinggung diri dimadukan..indah nya madu bagi lelaki,pahitnya madu ditelan wanita!

wahai lelaki,ketahui lah! sesungguhnya wanita tidak rela dimadukan..kalaupun dimadukan,pada aku,mustahil untuk aku bersifat ikhlas dan redha dengan semua tu..apa pun alasannya,untuk aku,lepaskan aku jika sudah menemui cinta yang lain..buat apa tinggal sebumbung andai kata cinta sudah tiada.. orang ketiga tidak akan muncul andai si lelaki tidak melayan..dan ingat lah,
sekiranya cinta ketiga itu hadir,pergi lah kepadanya sebab jika benar dia mencintai yang pertama,mustahil untuk jatuh cinta kali kedua..

p/s: sedih bila diduakan
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam setiap tubuh badan manusia,yang ianya mempunyai pelbagai fungsi yang bekerja keras untuk memastikan kita masih bernyawa sehingga ke hari ini. namun,itu hanya lah secara fizikal..secara alami nya,hati ialah bahagian di mana segala perasaan yang kita ada dapat juga dirasai di hati. 


okey lah,enough for teori..haha..*ayat atas semua poyo*. hati? macam macam kita boleh rasa kan?sedih,gembira,kecewa,bahagia,marah dan pelbagai lagi. dengan hati,airmata bisa keluar bila kita sedih..dengan hati,ketawa boleh diterbitkan petanda bahagia. SubhanAllah,hebat pencipta kita.. tatkala orang lain tak boleh merasakan apa yang kita rasa,Allah dan kita sahaja yang tahu apa yang kita alami kan?

sub topik nya adalah CINTA..hati dan cinta memang tak boleh dipisahkan..di setiap adanya hati,di situ mesti ada perasaan cinta..cinta yang agung hanyalah untuk Dia,pencipta kita..cinta yang kedua adalah untuk Rasul kita..cinta yang ketiga adalah untuk kedua ibubapa kita dan seterusnya baru untuk yang lain..namun dewasa ini,sukar untuk kita lihat cinta pertama itu adalah untuk Dia..aku tak nafikan,aku sendiri bercinta,sehinggakan kadangkala aku rasa takut untuk kehilangan cinta kekasih daripada kehilangan cinta Allah..Astaghfirullahal'azim..benar lah yang dikatakan,cari cinta Allah dahulu..namun zaman sekarang masih ramai yang tidak sedar mereka membelakangkan cinta Allah..selepas jatuh tersungkur dalam cinta sesama manusia,barulah mereka teraba-raba mencari di manakah Allah..mereka tertanya tanya mengapa Allah mengambil sesuatu yang mereka sayang..

mereka tidak sedar,Allah lebih sayangkan mereka..Dia hanya mahu mendengar rintihan kita,menagih kasih daripada-Nya..aku bukanlah seorang yang sempurna akhlaknya,aku banyak melakukan khilaf..kalau dihitung dosa aku,tak terhitung jari jemari ini mengenang selama 21 tahun aku hidup,terlalu banyak silap aku..apa yang aku mampu,cuma meminta pengampunan dariNya sebelum terlewat..remaja,cinta dan hati memang tidak dapat dipisahkan..namun kita hanya mampu mengawal yang kadangkala ada juga yang terbabas,mengharap cinta kekasih melebihi dariNya..

apa pun yang kita lalui,semua nya mempunyai hikmah yang tersendiri..kita nilai balik,mengapa terjadi sedemikian hal? masih aku ingat,si dia memberikan ayat ini, "berpisahnya antara dua orang yang mencintai itu adalah kerana dosa daripada salah seorangnya". renung kembali,apakah yang kita telah lakukan dan adakah kita bersedia menerima balasannya?

p/s : aku tak pandai melankolik dalam penulisan,skill telah lama pupus sejak habis SPM..=,='
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Hiyahhh..oleh sebab mata aku tak mengantuk lagi, baru aku teringat nak mendownload application blogger ni dalam estree aku..actually lama dah aku nak download tapi bila bukak google play mesti aku lupa nak download apa dan penyudahnya aku download game sampai penat..hahahaha *gamers tegar*

So, newbie macam aku ni rasa okay je so far blogger android ni, senang nak update blog tanpa perlu membuka laptop..hehehe..*orang lain lama dah pakai, kau baru nak pakai, loading betul* hahaha aishh sebok laa kau..suka hati laa aku nak download bila kan..kekeke..seriously, aku memang jenis yang malas giler nak on laptop..aku on laptop kalau aku rasa nak main game kat facebook and update blog ni..mostly aku spent masa online kat smartphone banding laptop..maybe sebab lebih praktikal kan nk layan phone..laptop besar..hahahaa *sian encik laptop aku*

Aishh walau apa pun jadi, aku tetap sayang laptop tu..susah woo nak beli..berikat perut jugak nak beli kan..mana boleh abai kan dia sesuka hati..nilai sentimental beliau sangat tinggi bagi aku..hehe..banyak jasa nya dengan aku since entry dalam blog ni semua aku taip pakai dia kan..hehehe..macehhh laptop muchukk..hahaha *gila jap*

Okey laa, aku nak sambung main game minion rush..jom laa sesiapa yang dok main game tu kita beat score..hahaha

P/s : game 24jam -_-

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

setelah si dia join tabligh,kali ni abang aku pulak yang join..sedih pedih meyh dia raya kat India..tahun lepas dia,kali ni abang aku pulak..hah,sesuai laa korang jadi ipar duai..kekekeke


p/s: already miss my brother..cepat balik laa weyhh,bosangg kat rumah ni tak gaduh ngan kau..hahaha
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

alhamdulillah,hari ni Allah masih lagi memberi nyawa kepada aku untuk meneruskan ibadah puasa pada tahun ni..walaupun sahur pun masak ala kadar je,jadi laa kan..ada orang yang lebih kurang berkemampuan dari aku untuk bersahur..alhamdulillah..


okey,cerita pagi ni..apa yang suratan atau kebetulannya?dah macam tajuk lagu dulu dulu laa pulak kan..hahaha..okey,meyh nak story sikit..malam tadi ada laa satu kejutan buat aku..seriously its a surprise..ada sorang mamat ni,aku memang betul betul dah tanam dia hidup hidup dari life aku dan sekarang dia datang balik..nak menagih kasih mungkin..huhu

kenapa aku cakap dia MUNGKIN nak menagih kembali kasih yang aku dah buang tu?sebab nya kisah ni terjadi masa Tingkatan 5 kat Sekolah Menengah Teknik Seri Manjung...meh kita flashback balik apa yang dah terjadi...walaupun kisah ni sangat laa menyakitkan hati aku,tapi takpe laa..aku tak dendam,cuma aku takkan lupakan apa yang dia buat pada aku,tu je..

kisahnya jadi tahun 2009..aku tak ingat macam mana aku boleh suka dia,tapi yang pasti aku memang suka dia masa tu..SUKA diulangi SUKA..kalau tak silap start masa latihan fasilitator kot..okey laa,aku dengan mamat ni,nama dia Izwan,panggil Wan,kami ni dua dua exco tertinggi lembaga pengawas..aku bendahari agung,Wan ni Penolong Ketua Pengawas I which is wakil daripada pengawas vokasional..maklum laa,aku kan sekolah teknik,sekolah aku ada dua aliran,teknik dan vokasional,tapi sekarang dah jadi Kolej Vokasional pun..huhu..

Wan ni actually best student vokasional..kelas pun kelas first aliran dia laa..thats why aku suka diulangi aku suka bukan cinta kat dia..nak dijadikan cerita,aku start rapat dengan dia sejak latihan fasilitator laa..exco pengawas wajib jadi fasi untuk kemasukan pelajar junior tingkatan 4 masa tu..sebulan sebelum junior masuk,kitorang kena join latihan..kat situ bermula..

aku citer kat kawan baik aku masa tu,Nisa yang aku suka tengok Wan ni..dah laa pandai,boleh tahan laa jugak rupa..apa budak sekarang panggil,crush ehh?haa crush gituu laa..kebetulan,Nisa ni PEERS,dia join jugak latihan fasi tu dan dia pun ada affair dengan kawan sekelas Wan ni..cerita punya cerita,aku pun tak tahu macam mana boleh terlepas cerita kat dia aku suka dia..dulu aku baik woii..budak vokay semua takut nak kawan dengan aku sebab aku budak teknik,KE1..then,Wan tahu..ko tahu tak,dia memang melayan habis lahh aku kata,sampai seriously,aku ada laa jugak rasa macam jatuh cinta kan..

sebulan lepas tu,tahu apa jadi? dia boleh buat perangai..actually dia dah ada girlfriend..hoii,apesal kau tak cakap awal awal kat aku?kalau tak,takde bodoh aku nak melting bagai macam orang gila..aku memang pantang betul berkawan pastu tipu aku kata takde girlfriend padahal kau dah couple sampai setahun lebih apa kejadahnya kau nak curang?????!! aku kesian giler ngan girlfriend dia sebab girlfriend dia ingat aku nak rampas pakwe dia..eh hello,dia cakap kat aku dia single..so dengan bengang nya,aku tak contact langsung Wan tu sampai sekarang..

seriously,aku memang tak suka kawan dengan laki yang dah ada girlfriend sebab kalau aku kat tempat awek dia pun,memang aku marah pakwe aku bersuka suka layan pempuan tak tentu hala..sejak tu,putus laa kawan..kejadian tu pun masa awal tingkatan 5..lama lagi sebelum SPM..hahaha..sejak tu jugak,aku memang tak nak dikaitkan dengan dia lagi..

tapi semalam lepas 4 tahun berlalu,dia add aku weyhh..rasa macam tak percaya..tapi bukan bermakna suka tu boleh berputik lagi kan? aku dah ada AHMAD ZIKRI B MOHD ALI..aku sayang dia dan nak bina hidup sama sama..Wan tu cuma mimpi ngeri yang buat aku lebih matang je..nampak jugak semalam macam dia nak tautkan balik relation yang dulu tu,tapi no no no..aku siap cakap dah,aku dah nak kahwin..kawan je takpe..aku tahu dia dah putus dengan awek dia,mungkin dia sunyi so dia cari aku balik..memang TAK laa kan..aku maafkan dia,tapi sekali dulu dia dah tipu aku,aku memang susah nak percaya dah..dah laa dia buat aku macam tu dulu..rasakan pulak macam mana aku rasa dulu *waa jahat nya aku,nak balas dendam laa tu*

                                          yes,love is you my dear yayang (AhmadZikri) hehehe

no,bukan balas dendam,itu KARMA..moral of the story nya,nak kenakan orang fikir karma dulu okay..

okay laa,had ni je kisahnya..nanti ada kisah lagi aku taip lagi okeyhh..bye! assalamualaikum

p/s : sedap nasik goreng bujang tadi..hahaha *perasan* :p
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

emm,okey,pagi tadi punya laa semangat kan nak kerja,sekali balik...nahhhh..amekkaww..hoii,tak cukup nafas aku hari ni..kerja bagai orang gila..
nak tahu aku kerja apa?okey,ni aku nak story mory ni..haritu..aha pergi laa merayau kat Langkap tu nak cari kerja kosong laa untuk dia..sekali dia ternampak laa satu iklan ni kat kedai elektrik tempat edy kerja dulu,nak pakai salesgirl..GIRL sahaja..then aha pun balik laa,cerita kat mak..mak pun dengan laju nya pergi mintakkan kerja tu untuk aku dan dapat..tauke nya suruh laa aku masuk kerja Isnin (hari ni)..okey laa tu kan,aku pun punya laa semangat nak kerja even jawatan salesgirl je punnn...gaji dia kasi sejam RM3, tapi hari hari kerja minimum 10jam dan ahad cuti,means sehari aku boleh dapat RM30 laa kan?cantek dah tu,sebulan plus minus dalam RM900 laa kot..okey laa tu,asal ada kerja kan..

macam yang dijanjikan,aku pun datang laa..nak kerja kan,punya laa semangat..lagi 3 minit nak pukul 9pagi aku dah tercongok depan kedai tu..hello!!aku datang awal okayy..TAPI tau tak,kedai tu pukul 9.45pagi baru bukak!!bengang weyh..dah laa tunggu kemain lama,aku siap rasa nak balik dah pagi tadi..aku spoil betul kalau menunggu lama lama ni..tak suka tau tak..okey laa,hari first aku kerja,mana boleh tunjuk belang lagi kan?huhu,okey takpe,aku sabar..

dah bukak kedai tu,tahu tak apa kerja aku kena buat???aku kena angkat peti sejuk a.k.a refrigerator yang besar besar macam kat rumah orang kaya tu...letak kat luar kedai..mesin basuh ada laa dalam 6 buah (aku sorang okay dok tolak mesin basuh tu sampai luar kedai -_-) angkat kipas besi berat yang macam kat kedai mamak Ghulam Rasul kat Teluk Intan tu lagi dalam 2 buah,kipas kecik kecik yang selalu ada dalam bilik tu ada laa dalam 10 buah,semua angkut letak kat luar kedai,nak buat pameran..huhu..berpeluh weyhh..penat,dengan puasa nya lagi..

okey,lepas siap angkut tu,aku ingat boleh laa rehat..no no no..ada lagii..aku kena lap semua barang barang kat dalam kedai tu..berhabuk ke tak,WAJIB lap okey..okey laa,setakat lap apa laa sangat kan..aku pun lap laa..ada laa dalam 3 jam aku mengelap baru setel..done..tak boleh duduk lagi..aku kena mengemop seluruh kedai tu dengan kadar sepantas yang boleh..ohokeyyy,takpe..aku sabar lagi..aku pun mop laa segigih dan sepantas kilat..dah kerja aku kan..okey,lepas mengemop,aku kena suruh lagi lap barang barang dalam kedai tu..isk isk isk..sedih weyh..dua kali aku tawaf kedai untuk lap barang..

lepas lap tu aku pun buat laa kerja aku sendiri..ingat dah boleh lega dah,rupanya ada lagi kerja lagi teruk..nahh amekkaww..dia suruh pulak aku angkat semua microwave dan bapak bapak oven yang ada dalam kedai tu,pergi turunkan dari rak..pastu lap semua benda tu,then pindah kan rak microwave tu ke rak bahagian depan..kat tempat asal microwave tu,aku kena pindah kan semua dispenser air dari sekecik kecik dispenser sampai ke bapak dispenser secara tertib..FINE!!! aku memang buat sorang sorang angkat semua benda tu..wey,nak nangis tahu,berat sangat,sakit pinggang,sebu perut angkat semua..huhuhu

aku pun buat laa semua nya dengan redha..pelan pelan aku buat sampai setel..dah setel tu,tambah lagi bala..dia suruh pulak aku alihkan semua speaker dari sekecik kecik speaker sampai ke bapak speaker,dengan radio nya lagi..wey,aku ni nampak macam lelaki ke nak angkat semua benda benda berat ni????sadis gila..memang dah nangis dah tadi kat tempat kerja..nasib baik aku pakai spek,dapat jugak cover..dah siap semua dalam pukul 6.30 petang tu,aku ingat dorang nak laa tutup kedai,rupa nya TAK..janji balik pukul 7 malam,tapi tadi dia lepaskan aku pukul 7.15malam..sedih nya..


seriously,esok aku tak nak datang kerja..bukan apa,kerja berat weyh,aku memang tak larat since pinggang aku sakit sejak aku kerja rem sawit dulu..sakit bukan alang alang dah ni..dengan angkat barang berat nya tadi,aku terpikir nak pecah puasa je,tapi aku cuba jugak bersabar..sampai je rumah,aku terus nanges cerita kat mak..sedih dorang buat aku macam tu..aku rasa budak budak laki tu tadi semua bersemangat semacam je buat kerja,mesti dorang tak puasa..masa nak dekat berbuka pun dorang tak balik lagi..nampak sangat laa kan..huhu..patut laa aku tanya nak solat kat mana pon dorang macam tercengang..sebab kat situ semua pekerja nya tak solat padahal semua Islam..alahai..apa laa nak jadi..huhu

okey laa,panjang pulak aku merepek harini..eksaited nak cerita pengalaman kan..hahaha..okey,babai..

p/s: esok dan selama lamanya aku tak nak kerja kat situ..huhu
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
jikalau orang tak suka tak apa
tapi janganlah kau mengata
sudah menjadi adat didunia
ada rupa dan berharta orang suka

jikalau orang tak suka tak apa
biarlah ku mengundur diri
mungkin kau rasa aku tak sepadan
dengan dirimu

ku sedar diri ini
aku hanyalah insan biasa
tapi aku ada harga diri

walaupun terguris hati ini
hingga menitis airmata
namun semuanya tak bererti
bagimu

waktu orang suka semua nya indah
waktu dah tak suka oh ada ada saja
sukarnya nak ku temui 
cinta yang sejati dan bahagia

jikalau orang tak suka tak apa
tuhan masih menyayangiku
moga suatu hari akan tiba
jodoh buatku dengan insan
yang ikhlas cintanya

kehkehkeh..macam takda motif je aku copy paste lirik ni..sebenarnya tadi aku sahur,radio pasang lagu ni..berjiwang aku sambil makan nasi..subuh subuh dah pekena sambal belacan..jangan gastrik sudah laa nanti..hahahaha

okey,hari ni start kerja baru..harap harap segalanya dipermudahkan untuk aku..jyeahh,berjuang kumpul duit..nak kumpul duit,nak kumpul duit *ala ala Labu citer Labu Labi* kehkehkeh..kumpul duit nak bayar hutang..lepas settle hutang,baru fikir benda lain..apa tah nasib..nasib...nasib...

tak apa laa..tunggu je laa sesiapa..tu pun kalau ada..kalau takda, takpa..jodoh dah mati bak kata cikgu salina dulu..hehehe..sekarang nak stabilkan diri sendiri dulu..maklum laa,lelaki zaman sekarang mana yang nak isteri tak bekerja..mana nak isteri ada hutang..dorang malas tanggung..so,kena laa pandai pandai hidup..tak gitu?hehe

okey,had ni je aku nak merepek..sakit giler perut aku dari malam tadi lepas berbuka..gastrik ke haa?berbuka semalam aku makan sambal belacan banyak..boleh tahan pedas,tapi sedap..hahahahaha

bye
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

alhamdulillah hari ni aku dapat jugak berbuka dengan mak dan abah aku..hehehe..tahun lepas last aku tak dapat berbuka dengan dorang..so officially,start tahun ni dan akan datang aku dapat lah berbuka dengan mereka jika dipanjang kan umur,in shaa Allah..hehehe

so,menu berbuka tadi aku masak lauk paprik..wuiyoo,first trial aku masak paprik ni sebenarnya..sebelum ni aku selalu beli je bila aku teringin sangat nak makan..hahaha..kali ni aku cuba laa masak sendiri..pagi tadi lepas aku merayau cari kerja,aku singgah laa ke pasar Langkap tu..mencari bahan untuk paprik..sebelum ni aku ada jugak ushar ushar resepi paprik kat KongsiResepi nih,tapi aku ushar je laa,nak buat macam takde seru lagi..hoho..so aku pun KIV kan je laa resepi ni dalam kotak memori aku..ngehngehngeh..hari ni baru aku ada kesempatan nak masak sebab aku teringin sangat..so,mencari laa aku bahan bahannya..

bahannya pun senang je,tak susah pun..kita cuma kena ada ni;

  • ayam
  • carrot
  • baby corn
  • kacang panjang
  • bunga kobis
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia (sikit)
  • daun limau purut
  • cili kecik
  • cili kering (blend halus)
  • sos cili
  • sos tiram
  • sos tomato
  • garam,gula
  • bawang besar (potong dadu) sebab yang ni last masuk..hehehe
see..senang je kan? aku pun memulakan eksperimen memasak aku laa kan..sebenarnya ,aku tak pandai pun masak memasak nih..ni laa kelemahan aku,memasak..aku bukan tak suka memasak,aku suka tapi sebab aku ada resdung asyik nak bersin bila tumis bawang dan sebagainya,tu yang buatkan mood memasak aku kacau bilau..hahahaha..tapi alhamdulillah tadi nampak okey menumis,mungkin dah kurang kot sejak aku amalkan makan madu dengan habbatus sauda..huhu..

haaa..apa lagi ditunggu..potong laa apa yang patut kan semua bahan bahan tu..okey,ni lagi satu aku risau..puasa mana boleh rasa sedap ke tak kan masakan kita?aku memang bedal je masak tadi..hahahaha..sikit pun aku tak cuit nak rasa..sayur pun ikut suka aku je potong macam yang aku selalu makan kat kedai tu..ada laa jugak perasan nak jadi chef..muahahaha..

masak punya masak,akhirnya pukul 6.30 petang settle menu aku..hehe..bau boleh tahan,macam kat kedai..tapi aku tawakal je laa rasa nya..takut tawar je..hahaha..tiba time berbuka,cepat cepat aku cedok paprik masuk pinggan aku..aha,nini ngan mak pun makan..dorang kata sedap..macam kedai..alhamdulillah..cuma aku kena pekatkan sikit lagi kuahnya,maybe sebab aku letak sikit kot sos tiram..tapi rasa marvelous laa jugak..*bangga* hahahaha..lepas ni boleh laa memasak lagi kan?aku ingat nanti nak buat puding jagung pulak..hehehe

p/s: semangat mencuba..sorry takda gambar,seriously,aku malas nak snap gambar makanan..kesian orang yang tak mampu nak merasa kalau dorang tertengok..huhu
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap


remember this? remembering our moment together :')

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

berjumpa lagi kita dalam bulan ramadhan tahun ni..alhamdulillah wa syukurillah masih diberi kesempatan olehNya untuk menunaikan ibadah puasa pada umur menginjak 21 tahun ni..huhu..aku rasa masih tak terlambat untuk mengucapkan selamat menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak kan?hehe semoga diberkati ibadah kita kali ini..



okeh,kali ni aku nak kongsi kan cerita aku..hoho..apa yang menarik sangat pun nak cerita?hahaha aii suka hati aku laa nak cerita pun,ini belog aku yang punya..hahahaha..emm,tak laa menarik sangat pun,u know what,i'm a boring person..that's why i'm writing in this blog because there's no one wanna hear my story..what a sad life rite?

ekceli,aku sambut 1 Ramadhan haritu bukan kat kampung,aku sambut kat Melaka..hajat kat hati nak cari peluang kerja laa kat sana memandangkan aku pernah menetap kat sana and aku tahu sikit sikit selok belok jalan kat sana even though aku bukannya duduk area Ayer Keroh dulu..hahaha..erm,nak kata pengalaman pertama puasa jauh pun tak laa jugak..aku dah biasa tinggal kat asrama, tapi kali ni lain sikit sebab aku puasa bukan kat tempat aku study,tapi satu tempat lebih matang iaitu alam mencari pekerjaan..

seriously, susah nya nak cari kerja..no no no,bukan cari kerja yang susah,NAK dapat kerja tu yang susah..semua dok suruh isi borang je,tapi call nya tak jugak..penat aku memusing satu bandar Melaka tu nak cari kerja,tapi satu pun tak panggil..sedih T_T..tapi aku yakin,rezeki tu ada je kat mana mana cuma aku kena kena usaha..usaha punya usaha,dah seminggu aku tak jugak dapat kerja,okey laa,aku give up..dengan duit aku makin nak habis,aku pun tak dapat kerja,so aku decide balik laa kampung..

so,here I am!! memang aku ditakdirkan jadi kampung girl maybe,huahuahua..tercongok je laa kat kampung ni tunggu any prince charming kot kot ade yang nak meminang aku yang tak berapa nak siap ni kan??hahahaha..*tangan di bahu mata ke atas* hahaha.. sangat laa kan..ada ke pun orang yang berkenan..hahahaha

so,apa pun terjadi,keep smile..because you don't know who might be fall in love with your smile rite?hahaha *gatal*  okey laa..tu je nak taip..babai..hehehe

p/s : selsema time puasa sangat laa tak cool..huhu
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Newer Posts
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ▼  July (12)
      • bling bling blurrrr
      • kahwin muda?
      • bila cinta diduakan
      • hati
      • Android blogger app
      • tabligh?
      • suratan atau kebetulan?
      • kerja :(
      • entah
      • iftar with my family
      • remember this? remembering our moment tog...
      • ramadhan
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ►  May (52)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • tahniah sekolah saya..!!:)
    assalamualaikum and hi peeps...sekarang ni nana betul betul excited sekolah sekarang ni sekolah nana dah upgrade jadi Kolej Vokasional Seri ...
  • sayangs sayangs semua,jom la join Heart Beat..!!
    assalamualaikum..hai korang..mesi korang nampak kan iklan heart beat kat sidebar nana ni kan??sebelum tu,ape kate korang klik dulu kat heart...
  • hati
    entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam...
  • kepenatan tapi seronok..^_^
    hai korang...semalam nana tak dapat nak update belog ni sebab semalam kakak nana bertunang...waahhh,,,ke main lagi yekk...semalam tugas nana...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...
  • dugaan
    assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku...
  • hari pertama di tahun baru:)
    assalamualaikum and hi peeps...hari pertama nana di tahun baru..ahahahha...tak sangka,cepat masa berlalu..nana rase macam nana baru je habis...
  • manis ke bila berbahasa kesat?
    assalamualaikum and hi gang...entry kali ni diinspirasikan dari Mukabuka of course...*amboi ayat...erm,sejak kebelakangan ni(*yelah,tak kede...
  • Persetankan semua
    Yaaa persetankan sahaja senua yang berlaku..aku sangat lah stress sekarang ni..macam bom nak meletup dah aku rasa.. Tiba tiba je dia kata a...
  • rindu
    * kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH. *kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG. *kita ...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates