love.life.laugh.live

tadi aku bukak notebook HP yang aku pakai sebelum ni..waaa..terharu aku..aku jumpa balik gambar yang dulu dulu aku paling sayang..even tinggal separuh je yang aku jumpa,tapi gambar ni semua ada memori nya...hehehe..at least mengingat kembali zaman sekolah dulu boleh buat aku tersenyum sorang sorang..:)

 ni gambar masa kat matrik,buat experimen Neutralisation Acid Bases..#perasanprofessorkejap :p

 geng Form 3 aku..aku paling kanan :) #berat45kilogram hehehe

 Puteri Islam Form 3 :) #pagisebelummulakelas

aku paling suka gambar ni..chomell..wif my bestie Zahrul Hafiqah  #PMRvictim:)

banyak lagi gambar,tapi dah hilang..huhuhu..ni je yang aku sempat simpan...nanti nak cari lagi laa gambar gambar zaman sekolah..hehehe..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

#sentiasamendoakandarijauh:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
yeayy...esok duit MARA masuk..kering dah ni..hahaha..tapi awal awal nak asing kan RM400,utuk bayar duit register universiti dengan duit sewa rumah..hehehe..means,aku boleh spend maksimum RM200 je..

so,kena buat shortlist barang yang DIPERLUKAN sahaja untuk dibeli..no more bazir bazir okay..no shopping shopping..karangtak memasal tak cukup duit nak bayar duit universiti..takkan nak mintak abah pulak kan..


yeaahh..barang barang alat tulis pun banyak dah lunyai aku pakai..tu pun nak kena beli jugak,buat tambah sesikit..huhuhu

mood : memikir dan planning banyak hal..T_T
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,tadi Jijan call aku..dia cakap doktor salah potong usus dia..erhh..camtu pulak dah..sekarang ni darah dia dah dijangkiti kuman..kemungkinan kedua dua belah buah pinggang dia akan dijangkiti jugak...ape laa ngekk sangat doktor tu sampai salah bedah orang?giler ke?agak agak laa,nyawa orang kot..sekarang ni dah menyusahkan pesakit...nama je doktor pakar,tak pakar langsung..huhh

kalau tahu camtu jadi,baik tak payah bedah..kurang kurang tak laa seteruk camtu,sampai darah kena jangkitan..dah laa Jijan tu darah AB,darah yang paling susah nak cari penderma -,- ..aku pun tak tahu nak cakap ape,nak tolong pun tak tahu nak tolong camne..nak derma darah aku pun,aku darah B..memang tak sesuai laa kan..huhu

pape pun aku doakan dia selamat je laa..akku tak tahu nak bagi nasihat pe lagi..suruh makan ubat pun,dia suka sangat skip makan ubat..suruh makan habbatus sauda pun,macam taknak..aku pun tak tahu laa nak tolong camne lagi..

hujung bulan 7 dah nak masuk belajar balik..aku tak tahu laa dia macam mana..dah laa sem depan aku duduk luar..memang jarang laa aku nak pergi asrama lagi...harap dia cepat laa sembuh..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
aku baru perasan contact lens aku dah nak expired..adehh..patut laa kalau pakai mesti mata aku gatal n merah merah..camne boleh tak perasan ni..haihh

so,kena keluar duit lagi laa nak beli contact lens baru..adoiiiyaii.. duit dah laa tengah bersaving saving ni..kalau tak pakai contact lens pun nanti aku tak berapa nak nampak..kalau rabun sikit je tak pe laa tak pakai...ni mata kanan je dah -4.00 power nye..mata kiri -2.50 je..huhuhu..mata kanan rosak teruk...sedih nya..Allah dah tarik nikmat melihat aku dah 9 tahun dah..nanti kalau ada rezeki lebih aku nak buat rawatan LASIK laa..betul kan retina mata aku..


erm,nak pergi check mata balik...then,nak beli contact lens baru...


aku dah lama pakai jenama Blincon ni..hehehe...yang ada sekarang ni kat aku yang Smokey Black dari Classic Blincon..lepas ni aku nak beli yang Sexy Grey tu pulak dari Jazzy Blincon..hehehe..aku suka giler pakai yang warna kelabu..sesuai laa jugak ngan mata aku(*herkk,perasan!)

pape pun,kena saving..sat lagi makin rosak pulak mata aku kalau pakai contact lens dah expired..huhuhu
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Aku suka dia
Tapi aku tak tahu untuk
Bilang kepadanya bila aku suka
Jatuh cinta kepadanya

Dia cinta yang pertama
Dia yang bisa membuat aku
Merasa deg-degan berdebar di dada
Diam saat mengingatnya

Bulan tolong katakan
Bintang bantu bisikkan kepada dirinya
Kalau aku mau menjadi kekasihnya

Aku yakin diriku
Nanti pasti membuatnya
Suka kepadaku cinta kepadaku
Dan kita akan jadian

THE JUNAS MONKEY - JADIAN


Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
herm,tadi aku pergi kedai sebelah rumah ni,terserempak dengan kawan aku Fatihah..dulu dalam entry yang INI.. haa,tadi jumpa lagi ngan dia..alololo..comeyy nye anak dia.. tu pun tadi dia tengah pregnant lagi..aww,besh nye kan..aku jeles aku jeles aku jeles..nak jugak..*err,gatalnye-,-

nanti 2 aribulan 6 ni pun ada lagi kawan aku yang bakal berkahwin..kawan aku dari tadika yang main tengteng,batu seremban,main tarik tarik tocang rambut sesame masa tadika dulu nak bertunang pulak..herm,tak tahu laa nak pergi ke tak..kalau pergi,konfom aku kena tanya soalan maut ni,"Ros,ko couple ngan sape sekarang?bila nak bertunang?" urghhh..dah tahu dah soalan maut tu soalan wajib...tapi,kalau tak pergi,apa pulak dia cakap nanti..dia dah jemput aku..tak baik laa pulak kalau tak pergi..

aku pun dilema ni nak pergi ke tak..erm,mungkin dia kahwin laa baru aku pergi kot..kalau bertunang je mungkin dia tak kisah kalau aku tak datang..huhu..

bulan 4 haritu kawan aku Jannati yang kahwin..pun aku tak pergi jugak..segan pulak nak pergi sebab takde teman..ye laa,nak ajak mak pun,bukan mak kenal parents Jannati tu,Jannati tu orang Sungai Manik,aku pun rapat ngan dia masa Form 2 ngan Form 3 je..*Form 4 aku dah cabut pergi Teknik..Jannati ni pun satu kelas ngan aku,budak Kemahiran Teknikal jugak sama ngan aku n Pikah..sebab tu aku salu laa jugak sembang ngan dia dulu..tup tup nak kahwin..aku dapat jemputan pun lagi berapa hari je lagi nak majlis..memang malas laa kan nak pergi..tapi yang aku tahu dia kahwin dengan anak buah cikgu Sains aku dulu..untung laa kan..

herm,aku stalk stalk orang pun,ramai jugak laa budak budak Teknik yang sebaya aku dah kahwin..ada budak kelas KE8 tu tangguh belajar kat Politeknik sebab kahwin..then,lepas bersalin baru dia sambung belajar balik..aku tanya Nisa (sebab budak tu budak kelas Nisa) Nisa pun tak dijemput..dia kahwin senyap senyap..family dia je yang tahu..berprasangka baik,mungkin dia segan kot kahwin awal sangat..yelaa,baru lepas SPM dia terus kahwin..

erm,dah tu, aku pulak yang stress ni dah kenapa??T_T


semua orang nak kahwin..jelestahapgaban -,-
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
malam tadi aku tido lambat sebab sakit Aha datang lagi..Ya Allah..kesian adik aku..disihir orang..sampai hati orang yang hantar 'benda' tu kat Aha..benda yang dah lepas tu lepas laa..buat ape sampai nak tengok adik aku mati..adik aku tak pernah pun kacau orang..aku tahu Aha bukan jenis cari musuh ngan orang..huhuhu..

malam tadi Aha panggil kawan kawan dia dari Tapa Guru atau pun Taqwa datang rumah sebab Aha dah lama cakap dia rasa diri dia macam ada 'benda'..budak budak ni tengok je macam budak budak biasa,tapi dorang pandai ubatkan orang yang kena sihir ni..Ya Allah,menggigil aku tengok adik aku macam tu..suara dia pun berubah..masa Aha tak sedar kan diri tu, 'benda' tu mnguasai diri Aha..'benda' tu cakap dalam badan Aha ada 5 ekor 'benda'.. terkejut aku tengok dia meracau macam tu..orang yang hantar tu pun bukan orang lain,dikalangan kawan dia jugak..orang tu sakit hati sebab Aha tak nak join dia..huhu

dulu masa aku kat matrikulasi pun,Aha pernah kena macam ni..Along cakap,masa tu lagi teruk..tapi alhamdulilah,lepas berubat, Aha okay kejap..then,sekarang ni ada lagi..'benda' tu cakap tuannya hantar lagi sebab dia dendam..dia nak 'benda' tu bunuh Aha..lama giler dorang bertarung ngan benda tu sebab benda tu taknak keluar dari badan Aha..Aha sampai bersilat silat..masa budak budak tu tanya 'benda' tu sapa nama, dia tak cakap mula mula..then,dorang seksa 'benda' tu baru dia cakap,nama dia Ali,umur 800 tahun..tuannya amek dia kat Sungai Manik..dorang ubat Aha dari lepas Isyak sampai dekat pukul 1 pagi baru Aha sedar balik..'benda' tu degil tak keluar mula mula..dia tipu,cakap dia dah keluar,lepas tu masa dorang nak bagi Aha minum air doa,Aha meracau balik sampai laa 'benda' tu setuju nak keluar...dorang letak dalam botol je 'benda' tu..then,dah setel semua,dorang ada laa amek gambar botol tu..bila tengok dalam kamera,memang nampak laa ada 'benda' nya..huhu..seram giler

serius aku takut tengok keadaan Aha malam tadi..aku tak pernah tengok kejadian macam tu,kalau tengok pun dalam tv je..malam tadi betul betul depan mata aku..'benda' tu dah lama duk dalam badan Aha,dia makan darah Aha..patut laa adik aku ni selalu je macam lemah,tak sihat,makan pun takde selera..rupanya ada yang tak kena..kesian adik aku..aku memang laa marah ngan sapa yang buat tu,tapi aku harap Allah bagi laa hidayah kat orang tu,semoga sempat dia bertaubat..tak elok menganiaya orang..aku rasa adik aku bukan jenis suka nak lawan lawan orang ni..dia kat rumah kalau dimarah pun,diam je tak melawan...

'benda' tu pun malam tadi bagi syarat kalau dia keluar dari badan adik aku,dia suruh pantau adik aku,jangan bagi jumpa lagi dengan orang yang hantar tu..bukan setakat kat Aha je tuannya anta,kat mak dengan Along pun dia anta jugak sebab dia dendam,mak ngan Along pernah tuduh dia masa kejadian yang first dulu..budak budak tu malam tadi tanya jugak,kat aku ada tak tuannya anta,'benda' tu cakap kat aku takde..Ya Allah,alhamdulillah..tapi nanti mak ngan Along pun dorang nak ubatkan..kejam betul sapa yang anta tu..

Ya Allah,aku harap sangat family aku tak apa apa..aku takut laa jugak kan kalau jadi pape kat family aku..sungguh..aku harap lepas ni adik aku okay laa..:(


ni Danbo ngan fairy,tapi malam tadi hehh..takut aku...cuak punya pasal,aku tidur pun pasang semua lampu malam tadi..huhuhu..tapi dalam pukul 1.50 pagi,aku dah lelap dah pun lepas baca Al-Mulk,tetibe Along kejut aku..nak tido ngan aku..erkk?kenapa?ahh,aku pun bagi je laa..yang penting aku mengantuk..rupenye Along takut sebab dengar bunyi benda bergolek kat ats bumbung..lorghh..patut laa pun..

huhu..kisah malam tadi yang tak boleh dilupakan..~hope malam ni okay laa
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
tadi aku pergi tengok atuk kat Hospital Teluk Intan..atuk kena penyakit pneumonia laa pulak atau nama melayu nya paru paru berair..actually atuk dah lama dah masuk hospital,22 haribulan 5 hari tu..tapi baru tadi aku ada kesempatan nak pergi lawat atuk kat hospital..atuk dah makin sihat aku tengok tadi..alhamdulillah..

sebelum ni atuk kena buat pembedahan mata sebab mata dia dah tak nampak sebelah..then yang tu dah elok tetibe mak dapat perkhabaran yang atuk kena tahan kat wad sebab pneumonia pulak..sedih laa jugak kan..aku pun terkejut laa jugak makcik aku call dalam pukul 12 tengah malam sebab nak gtau yang atuk masuk hospital..

erm..dah tu,hari ni aku demam laa pulak,,tapi kena tabahkan laa jugak diri ni..tak nak laa aku terbaring je kat rumah..erkk..bosan giler..baik aku pergi tengok atuk kan..hehehe...dapat laa jugak tengok suasana luar..:p


hehehe..selesema pun berjalan jugak..boring dok rumah..:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
herm..kes semalam kira setel laa kot,mak pun dah cakap tak setuju,aku okay je..aku tak sedih pun..aku pun fikirkan masa depan aku jugak kalau kahwin dengan dia..bukan aku taknak hidup susah,tapi agak agak laa kan,takkan aku sengaja nak menempah hidup susah...ni bukan menilai dari sudut materialistik,tapi aku memandang kepada realistik..tahun 2020 nanti harga rumah pun RM800,000 kalau tak silap aku..rakyat Malaysia sepatutnya pada tahun tu berpendapatan sekurang kurang nya RM12,000 untuk menjalani kehidupan seharian..(*oh,cakna jugak aku dengan keadaan semasa..kihkihkih) haa,kalau camtu macam mana dia nak tanggung aku nanti?

so,setel laa kot part yang tu..then, ape yang aku wondering kan?

aku memikirkan,adakah dia sudah sampai ke benua India? dalam emel nya haritu dia cakap visa ke India n Bangladesh dah siap..mungkinkah dia dah pergi ke sana?dah selamat sampai ke?aku assume,mungkin dia dah pergi ke sana..sebab dalam emel tu cara dia tulis macam dia naik flight hari Isnin je..malam tadi aku kira la seratus dua puluh hari dari sekarang..aku agak mungkin dia akan balik ke Malaysia dalam 25 haribulan 9..tu kalau tak campur kalau dia pergi jalan jalan kat sana kan..mana tau,alang alang dah sampai,mesti laa kita akan spend masa untuk tengok negara orang..

aku nak contact dia pun dah tak boleh..empom dia dah hilang..huhuhu..kurang asam boi betul sape yang mencuri tu..marah betul aku..dalam masjid pun nak mencuri ke?hermm...pelik aku...kesian kat dia..sampai hati sape yang amek tu..teruk betul laa..huhu..kalau nak usaha laa beli sendiri,ni main amek je orang lain punya harta..tsktsktsk...tu pun nasib baik laa dia masih ada Blackberry Bold dia..


hermm..takpe laa kan,aku sentiasa doakan dia selamat sampai ke sana n dipermudahkan urusan dia..n selamat pulang ke tanah air..:)

erm,pasni nak masuk belajar balik...huhuhu


nampak ke?kalau tak nampak, pepandai laa klik kat gambar..:p aku register semester 23 sampai 27 Julai je..kalau lambat register nanti pihak AAD a.k.a ASRA akan kenakan denda RM50 laa pulak..kalau register lepas minggu kedua lagi laa,dorang charge kita QUIT belajar..erm,terbaekk kan universiti aku??*errkk

kelas pulak akan mula 30 Julai 2012..erm,bulan puasa laa pulak masa tu..adehh..tak syokk nye...

nak buat camni jugak boleh tak?stress...T_T
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
tadi masa berbuka puasa ngan mak,aku citer laa kat mak pasal Mr. A cakap nak datang merisik aku..mak cakap "tak payah laa Nana,mak tak berkenan kamu ngan si Mr. A tu..lagipun mak tak nampak ciri ciri pemimpin dalam diri dia..mak tak nak nanti kamu susah kalau kahwin ngan dia.." erm..mak macam paham je isi hati aku..hehehe..memang aku tak nak pun..

pastu mak tanya,apa aku cakap kat dia pasal tu..aku cakap laa yang aku taknak..n aku sibuk nak belajar..aku memang dah agak,lagipun mak dari dulu lagi memang tak berkenan aku dengan Mr. A..tapi tu laa,dulu aku yang degil..tapi ngan Mr. A aku cakap baik baik laa..yelaa,bak kata pepatah "lidah tak bertulang"..even tak bertulang,kadang kadang apa yang kita cakap ni boleh buat orang sakit hati dengan kita..sebab tu aku alas betul betul cakap ngan dia..aku taknak dia sakit hati..aku takut nanti dia buat bukan bukan kat aku..macam yang kes kes selalu masuk dalam surat khabar tu kan..kebanyakkan nye kan berpunca dari dendam..ermm,takut aku..huhuhu

Along ngan Nini pun menentang habis habisan tadi..Along cakap taknak dapat adik ipar yang camtu,macam banyak masalah je..Nini pulak cakap,dia nak abang ipar yang pandai buat lawak..erkk..dan dan laa Nini ngan Along mencadangkan Mr. Z..erkk..perlu ke?mak pun gelak gelak sokong Along ngan Nini..erghh..-,- Along laa tak habis habis cakap,"aku cuma setuju kalau Mr. Z je yang jadi adik ipar aku"..erkkk..aiyoo..dah camne pulak kalau camtu..dia pun bukannya suka kat aku..nak ke dia dengan aku? hehehe..bukan bukan je dorang ni...


tak habes habes aku jadi mangsa buli..-,-
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,ntah laa..aku rasa serabut laa pulak hari ni..serabut otak,serabut jiwa..aku penat ngan semua masalah ni..aku letih..aku setel kan satu masalah,lima masalah datang lagi..serabut serabut...

hermm..tadi tetibe aku dapat satu homework,terima kasih laa ye Eddy, ko dah buat otak aku yang dah berkarat ni kembali berfungsi..setelah sekian lama tak buat latihan Physics chapter Newton's Law of motion dengan Mechanical Waves, ditambah lagi dengan Chemistry chapter Atomic Structure ( Bohr's atomic model, quantum mechanical model dengan electronic configuration).. waahhh..tahniah..otak aku dah JEMM..-,- aku memang suka buat latihan time otak blurr..

3 jam aku habeskan masa buat latihan yang BASIC giler tu..kalau masa kat matrikulasi,konfom konfom tak sampai sejam aku dah siapkan 10 soalan tu..urgghhh..kesal ngan diri sendiri..=..=

tu laa,suruh makan kismis,ko buat macam makan nasik..padan muka..huhh

nak buat ape lagi kan,jawab je laa soalan soalan tu..kang tak jawab tak pasal pasal aku kena luku ngan Eddy ngekk ni..hahaha..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,tadi Mr. A call aku balik...perghh..serius aku terkejut..lepas sekian lama dia tak tinggalkan sebarang jejak kat aku,tadi tetibe dia call aku balik..dah laa tu,dia call nombor rumah pulak..aiisehh..terkedu aku..dah lama giler tak cakap ngan dia..

dia cakap baru baru ni dia ada cari aku,nak bagitahu abang dia meninggal dunia sebab terkena jangkitan Leptosprirosis atau pun kencing tikus..Ya Allah..sungguh aku baru tahu..innalillahiwainailaihiraji'un.. terkejut aku..last aku jumpa arwah abang dia pun masa awal bulan 2 dulu kot..aku tak ingat..tapi arwah abang dia tu memang baik laa jugak..aku tengok masa dia cakap ngan mak dia pun cakap lembut je,siap belikan hadiah lagi untuk mak dia masa tu..sedih jugak aku rasa walaupun aku baru sekali jumpa abang dia..semoga rohnya dicucuri rahmat Allah hendaknya..Amin..

erm,pastu Mr. A ada cakap yang dia nak anta rombongan merisik kat aku..WHAT? aku pun terkejut beruk (*sikit lagi nak jadi beruk) gara gara berita tu..buang tebiat ke hape? dia dah buat macam macam kat aku dulu..sakitkan hati aku..curang ngan aku..tetibe dia cakap dia nak anta rombongan merisik..giler ke? lagipun aku taknak nanti aku yang kena tanggung dia..bukan dia yang tanggung aku macam dulu..huhuhu..aku tak tahu..hati aku dah lama hilang untuk dia..cinta?lagi dah lama hilang..masa first time dia curang lagi cinta aku dah mula hilang..

tapi aku taknak sakitkan hati dia..aku jadi tak sampai hati nak cakap yang aku dah takde perasaan kat dia..aku tak sampai hati tengok orang sedih sebab aku..aku taknak..tapi aku tak tahu cara terbaik untuk cakap elok elok yang aku taknak...lagipun aku taknak bermusuh dengan dia..acane ye?huhuhu


aku dah lama patah hati ngan dia..entry entry sebelum ni pun aku ade cakap yang aku dah hilang perasaan kat dia..first entry yang ni, FIRST , SECOND, THIRD, FOURTH, n FIFTH  haa..tengok,punya laa banyak entry aku patah hati..termasuk laa yang pasal perempuan yang couple ngan Mr. A tu dulu..sape yang tak sakit hati kan kalau dah kena sampai camtu sekali..

tu baru yang aku nampak n ada bukti..yang dia curang ngan M.A tu, ngan Wh, ngan Shd, ngan Skn(*semua bukan nama sebenar)...tu semua aku tahu,tapi aku diam kan je sebab taknak gaduh ngan dia..sakit tau tak hati ni..aku rasa, kalau orang lain mesti dah maki dia macam macam..nasib laa dia dapat kenal ngan aku..aku tak pandai nak maki orang, aku tak pandai nak marah, aku tak pandai nak mengamuk, aku tak pandai nak mintak macam macam, aku tak pandai nak membantah...mungkin sebab tu dia suka suka hati pijak perasaan aku..

entah laa..aku tak tahu nak bagi kata putus apa kat dia..hati aku TAKNAK..tu je yang aku tahu..segenap pelosok ruang hati ni dah takde untuk dia...
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

huhuhu..kenapa rindu amatt ni? sobssobssobs
bertahan laa Nana..
please...
shhh..tidur okayy..

missing you so badly :(
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
adehh..sakit perut aku datang lagi laa pulak..erkk,dah rasa macam nak kejang pulak kat bahagian perut..huhu..aku kena kuat..aku mesti kuat..aku taknak sakit terlantar macam masa Form 5 dulu..aku tak sanggup..pelajaran terabai,sakit tak hilang..lagipun aku mesti sihat..aku taknak sakit lagi..


erm,banyak nye nak makan ubat kalau sakit..taknak..nak sihat macam dulu..
Nana,kamu mesti kuat..yeahh..jangan mengalah dengan sakit ni..dah tade sape pun nak peduli kalau kamu sakit,so kamu mesti kuat..yeahhh..kuat..sihat..cergas..yeahhh
haa..tau pun..aku mesti kuat menghadapi..jangan lemah..Danbo kan ada...Danbo teman kan Nana tau..Nana tak nak sakit sensorang..


takpe,SuperDanbo kan ade..hehehe..Danbo je laa yang boleh teman aku..aku sunyi...aku sakit..T_T ehh,gedik pulak..:p werkkk
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Aku tersesat
Menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya


roti gardenia...<3 <3
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,pelik giler aku hari ni..aku dah private kan blog aku ni tapi macam mana ada orang dari Russia boleh tengok blog aku??


pelik giler aku rasa..macam mana dia boleh jumpa blog aku nih?padahal aku dah privatekan..-,-
erm,pape pun satu hari aku tak update blog pun..entah laa..aku rasa serabut kepala aku hari ni..seharian aku termenung macam orang giler..aku tak tahu nak buat ape lagi..

kejap lagi laa tulis lagi..aku nak cari lagu,then nak post dalam blog ni..muehehehe
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
hehh,hari ni aku rasa bebai pulokk..tensen nye teman arini..dok tau nak buat keroje ape lagi ni..dok update belog aje lerr nampak gaya nye..hahaha...erm,aku rasa nak potong rambut lerr..rambut dah panjang..rimas laa pulakk..tapi aku nak simpan had pinggang kalau boleh..

pape pun aku tetap suka yang camni


hehehe..gambar poyoss masa rehat lepas dengar ceramah Breaktrough Mind Workshop ngan sifu Aziz Samad...aku suka giler pakai pashmina yang ni sebab pashmina ni jenis senang nak bentuk..hahaha...lagipun pashmina kan besar,then boleh laa tutup aurat kan..lagipun kalau aku pakai pashmina ni,mesti laa tutup dada..so takde sebab nak cakap aku pakai tudung singkat2..hehehe

ni muka berminyak..hahaha..seharian berlenggeng kat KL,menghantar prospek dengar seminar usahawan..haihh..aku suka jugak gambar ni..chumill..hahaha..perasan sensorang..pipi tembam,chumil laa sangat..werkk :p

ni gambar pelik..kalau aku gelak nampak gigi mesti muka aku pelik..hahaha..tapi alhamdulillah gigi aku tade masalah..ramai jeles ngan gigi aku sebab gigi aku besar dan teratur..bhahahaaha..lawak alasan nye...

haa..ni pun satu lagi..ramai sangat cakap muka aku iras Najwa Latif..ade ke?aku bezakan gambar kat atas ni,aku tengok tade pun iras..tapi aku pergi mana pun ade je yang tegur "Najwa Latif sombong" , kat Jusco masa nak bayar parking pulak budak budak laki nyanyi lagu Kosong,perli perli aku..senior aku pun ramai laa pulak yang cakap camtu..hahaha..kelakar laa..

hehehhe..k laa,ni je untuk malam ni..penat pulak merepek..:p
besok laa  pulak aku update lagi..(^_^v)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
hahaha..semalam aku punya status terbikin panas pulak..ramai pulak yang like nye..selalu tak sampai pun 5 orang yang like..bhahahahaha..


status ni la yang kontroversinye..aku saja je tulis sebab ramai sangat kawan aku nak akhirkan zaman dara tahun ni..seriously aku jeles....aku?ape pun tade..huhu..

tetibe teringat,dulu aku pernah cakap ngan Mr. A,aku nak kahwin awal..tapi reaksi dia sangat laa mendukacitakan..dia cakap,buat ape kahwin awal,nanti tak boleh nak enjoy..huhuhu..camtu dia fikir..nanti tak boleh enjoy..aku ajak dia kahwin awal sebab nak elakkan maksiat,tapi dia yang taknak..nampak sangat dia tak serius pun ngan aku..huhuhu..macam macam laa lagi alasan dia..duit takde laa..aku suruh keje,malas..asyik nak harapkan duit aku je nak makan..sampai aku rasa aku yang lelaki..sebab aku yang cari duit..

tu pun nasib baik sepanjang aku couple ngan dia,aku tak pernah mintak satu hadiah pun dari dia,even masa birthday aku..tu pun dia lambat wish..aku diam je,aku tak kisah pun..sedih memang laa sedihh,tapi aku takde pun merungut nak merajuk rajuk..buat biasa biasa je..huhu

erm,malas dah laa nak ingat..nanti aku jadi tak mampu nak maaf kan dia..elok elok dah maafkan nanti jadi tak ikhlas pulak..biar laa dia dengan kehidupan dia,aku doakan dia bahagia sentiasa..aku harap dia akan jumpa orang yang mampu sehidup semati dengan dia,dan yang paling penting,orang tu bukanlah aku..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
demi untuk menggembirakan hati sendiri,aku pun main main tukar laa cover photo aku..entah camne ntah,aku tengok comell amatt laa pulak si Danbo ni..alaa,patung kotak tu,kawan baik ngan Domo..hehehe


kann..comel kan??hehehe..gambar desktop aku pun sama...


comel nyee..aku dah jatuh hati ngan Danbo ni..hehehe..cute amatt.. rasa nak picit picit je..hahaha..atototo,shuwett Danbo bagi daun kat Hello Kitty..hikhikhik..daun punn boleyy..:)

#ni laa nama nya tade keje, bosan..nak gembirakan hati jekk:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
erm,masalah lagi..kali ni aku kena buat keputusan yang tepat untuk menghadapi masalah kali ni...abah takde kerja lagi..keadaan keluarga aku dah teruk..camne ye?aku rasa nak kerja tolong keluarga..tak mengapa laa kalau tak dapat kerja jurutera macam yang aku idam-idamkan selama ni..aku tak kisah..asalkan mak ngan abah boleh hidup senang sikit..tak macam sekarang..

kalau ikutkan percaturan aku, aku plan nak berhenti belajar...aku tahu,abah mesti akan menghalang habis-habisan idea aku ni..tapi aku niat cuma nak tolong mak ngan abah..aku takde pun niat lain..aku minat sangat bidang kejuruteraan terutamanya kimia,this is my passion..tapi kalau takde rezeki aku dalam bidang ni aku redha..

apa daya aku nak lawan takdir yang dah ditetapkan untuk keluarga aku..lagipun Eddy sempat habiskan pelajaran dia..aku? aku macam tak sempat je nak habiskan belajar dengan keadaan kewangan yang camni..tu pun alhamdulillah aku cuba bergantung harap sepenuhnya pada duit MARA, berjimat sehabis mungkin supaya aku tak mintak langsung duit kat abah..shopping pun aku dah kurangkan..aku tak nak susah kan abah..

sebab tu aku buat keputusan ni..aku tahu,ni keputusan yang drastik..siapa laa nak terima aku kerja dengan result SPM aku je?tapi aku dah plan yang lain untuk tu..aku nak amek sijil kemahiran..ye,mesti akan ada orang cakap,aku bazir masa je belajar tinggi-tinggi sampai ke peringkat ijazah,bila dah dapat aku nak quit,nak amek sijil..

cakap laa apa orang nak cakap kat aku..aku nak berhenti belajar bukan sebab aku kena tendang universiti atau aku ada masalah disiplin,tapi aku nak tolong keluarga aku..pelajaran aku boleh teruskan bila-bila je dengan keputusan exam aku,tapi keluarga aku siapa yang nak bantu? orang sekeliling cuma tahu nak hina,cerca mak ngan abah je,diorang tak tahu betapa susah abah berusaha nak cari rezeki buat kami sekeluarga..tapi dah Allah tak izinkan rezeki tu datang,nak buat camne kan?takkan nak mengeluh dan berhenti berusaha?

aku tak tahu laa..tapi aku dapat rasa kan semenjak aku masuk universiti,keadaan keluarga aku makin nazak..kalau laa aku tak berhenti kerja kat KL tu dulu,mesti aku tak susahkan abah..aku ikutkan hati aku je tanpa fikirkan keadaan keluarga aku..sekarang ni kan dah masalah..huhu..

aku redha dengan dugaan ni,aku cuba sabar menghadapinya..aku cuba tabah..takpe laa kan..lagipun Along tak lama lagi nak kahwin pulak..aku nak kena cari duit jugak nak tampung,takut abah tak cukup duit..boleh topup pakai duit aku je..abah pun dah makin berusia,aku tahu abah dah tak larat nak niaga macam dulu lagi..huhu

nanti aku cuba bincang elok elok dengan abah tentang keputusan aku ni..harap nya abah bagi aku tolong keluarga..takpe,antara cita-cita dengan keluarga,keluarga lebih penting..

hermm,stress nya sekarang ni..
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
herm,kali ni aku boleh laa update puas puas hati aku sekarang ni sebab aku dah private kan blog ni..:) maknanya,kalau aku nak cerita kisah kisah yang teramatt peribadi pun boleyy laa kan..hee

erm,aku pun tak tahu nak cakap camne,tapi betul laa kan orang tua tua cakap dulu, bila benda tu ada depan mata, mesti kita tak hargainya.. nanti bila dah hilang,baru laa nak mencari cari..macam laa aku sekarang ni..aku rasa aku dah hilang benda yang aku sayang..hilang..dah jauh dari aku....

kalau laa dia depan aku pun,belum tentu aku akan cakap aku sayangkan dia...mungkin betul cakap jijan,walaupun aku berusaha keras untuk menghalang perasaan cinta tu dari tumbuh tapi cinta tu tetap tumbuh jugak dalam hati aku..aku je yang selalu nafikan perasaan tu..erm,memang laa,takkan aku nak cakap kat dia aku jatuh cinta dengan dia..lagipun aku malu,aku banyak kekurangan..banyak sangat..

oleh sebab tu aku cuba untuk halang perasaan tu dari terus menular dalam hati aku..aku takut,aku takut dia tolak aku..nanti aku yang malu sendiri..dari awal lagi aku memang sukakan dia..dia banyak ciri yang aku suka..dia pandai dalam agama..tu yang paling penting..ermm,malunye nak mengaku..tapi takpe laa,bukan ada orang lain pun baca catatan ni..hehe..

atototo..malu laa iteww (*eiuww,gedik pulak)

tu laa..maybe kot aku dah jatuh cinta kat dia..tapi aku tak nak laa dia tahu seboleh bolehnya... aku malu..blog,kau tak tahu sekarang ni aku rindu giler kat dia..aku nak sangat anta mesej kat dia,tapi aku tak tahu nak cakap ape ngan dia..lagipun dia sibuk,mesti dia takkan balas mesej aku kan? 

awak,saya rindu awak,saya tunggu awak

hermm,rindu..tapi aku kena tabah..aku tak boleh biarkan perasaan ni terus mengawal aku..nanti aku akan kecewa..aku penat untuk disakiti lagi..lagipun aku dah niat dah,kalau aku jatuh hati lagi,aku akan pastikan orang tu orang yang terakhir aku cinta..dan aku akan pastikan dia lah yang akan jadi imam aku nanti..tapi sekarang ni aku dah jatuh cinta? acane ye? huhuhu..

erm,saya masih menunggu kot2 awak mesej...huhuhu

harapnya awak selamat pergi dan balik...saya sentiasa mendoakan awak dari jauh..walaupun awak tak tahu yang sebenarnya awak dah terbawak hati saya sekali..awak jaga hati saya baik baik ye..:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..setelah penat bertungkus lumus membuat kek batik hari ni disamping kepenatan merepek meraban kat dalam blog ni,akhirnye siap jugak kek batik nana..muehehehehe..sedapp woo..hingga menjilat jari..walaupun percubaan pertama,tapi boleh laa..jadi laa jugak..dari segi rasa dah terbaekkk (mengambil kira undian juri *Along,Nini dan Aha) hehehe..tapi rupa nya tak berapa nak cantik disebabkan kesilapan teknikal..hahaha..tak jumpa loyang yang sesuai..T_T tape laa..yang penting rasanya yang da'bomb..bhahahahaha :D

ni laa hasilnya :)

cacat sikit dari segi persembahan huhuhu..

loyang ter'over' besar laa pulak..tape,next time nak try lagi..:)

hehehehe..makan pun nak dekat ngan laptop :)

haa,ni hasil untuk hari ni..nyummy..alhamdulillah,menjadi jugak kek batik ni even ni first time nana buat..pasni nana nak try buat puding roti pulak..:) k laa,adioss:) nanti nana tulis lagi...(^_^v)

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Sempurna...
Cerita yang tak sempurna
Apakah alasannya
Siapakah di hatinya..

Bahasaku...
Mungkin tidak seindah
Lafaz kata pujangga
Namun ku bersumpah...

Rela ku tunggu 
Jawapanmu..
Masihkah aku ada
Di hatimu..saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku
Tak bernyawa lagi...
Sampai nanti...

Rela ku tunggu
Jawapanmu...
Masihkah aku ada
Di hatimu...saat ini

Biar tubuhku kan terpaku
Biar jasadku..
Tak bernyawa lagi...

Masihkah aku ada
Dihatimu...saat ini


rama-ramaku..:) saya tunggu awak taw..;)

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap

motif?? kalau nak propose nana, nana nak cam Yesung buat ni boleh tak??kehkehkeh.. siap sangkut cincin kat belon lagi...atototototo,shuweett nye kan??hehehe..#beranganjekklebihh

p/s : gambar sekadar untuk hiasan dan angan-angan,tiada kaitan dengan yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia..hikhikhik
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..hehh,penat buat kek batik tadi..stress loyang tak jumpa..T_T belasah je laa loyang besar dari isi punn,yang nak makan pun nana,bukan orang lain..hahaha...

oke..tadi sebelum buat kek,nana terjumpa laa mendaalah ni,ciri suami Awesome,mengikut Ustaz Azhar Idrus..waahhh..nak jugak..boleh tak?*winkwink*


  1. Solat fardhu cukup 5 waktu
  2. Ada kerja gaji RM800-RM1500 ke atas, boleh bayar rumah sewa, boleh beli beras, boleh isi minyak, boleh antar ke tempat keje. Nafkah zahir boleh bagi, bukan nafkah batin je tau.
  3. Ada kenderaan : moto kapcai dah cantek. Honda EX5 orait sangat la tu dengan 2 helmet. Basikal pun boleh, tapi penat kayuh kalau dari Bangsar ke KLIA. Sebaik-baiknya kereta, sebab nanti nak bawa isteri yang mengandung ke klinik setiap bulan.
  4. Lulus ujian fardhu `ain sekolah rendah. Maknanya boleh mandi wajib dengan baik dan boleh ajar isteri mandi dengan betul, apatah lagi mandi yang lain
  5. Boleh baca Al-Quran dan boleh mengajar Al-Quran walaupun setakat "Alif Ba' Ta" sampai Surah "Iqra' Bismirabbikallazi Khalaq."
  6. Jenis lurus, baik dan hati baik, tak menipu. Tadelah sampai menipu kata nak pergi Mydin tapi pergi mengorat jiran taman sebelah.
  7. Dia paham kamu,kamu paham dia. Paham jiwo gitu. Serasi bersama. Berbeza tapi boleh masuk.
  8. Gedik joget-joget pun depan bini dan anak-anak je. Depan orang lain sopan santun gitu.
  9. Jenis tak cemburu buta sangat. Cemburu macam ni ok, "Ehemm..ramainya kawan laki kat opis.. Jangan sampai lupa abang taw.."
  10. Belajar takat PMR pun takpe, janji cara dia fikir tu matang dari yang belajar PhD.
  11. Kalau dia jenis diam takdelah sampai orang kata tak bergaul dengan manusia lain. Kalau dia banyak cakap pun takdelah sampai dia mengata-ngata orang lain.
  12. Malas juga ke masjid, tapi dia pergi gak dalam sehari tu 2 kali sekurang-kurangnya Maghrib dan Isyak.
  13. Walaupun tak kerap ke kuliah agama, tapi bila tengok Youtube Ustaz Azhar Idrus ngajar tu sampai terlupa nak tengok bola. Jika dia kuliah di masjid muka dialah ada di antara orang-orang kampung.
  14. Boleh susah senang bersama. Kalau isteri nangis, dia tolong riba isteri dan tenangkan. Kalau isteri sakit, dia tolong jaga dari malam sampai pagi.
  15. Jenis senyum sokmo.
  16. Tak tengok sangat awek cuns, duk tengok bini dia je walaupun bini dia tak cuns (Tak cun takpe, boleh tutup lampu)
hehehhe..#mulalaanakberangantakhabeshabes


Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
BUNKFACE - Jatuh

Aku percaya
Sedikit waktu 
Kan terbuka
Hati yang kau bawa.

Sambut tangan ku
Biar ku bawa
Kau ke tempat yang 
Tiada orang tahu

Ku kan menunggu bayangmu
Berikan jawapanmu

Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepada mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Dunia hitam
Keliling malam
Kesejukan
Menunggu panggilan

Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepada mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku akan jatuh

Selagi kau berjaya
Jangan kau lupa
Segala yang telah kita lalu bersama
Jeritan ke angkasa
Selamatkan dia
Selamatkan kita semua

Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Maafkan segala perbuatan ku
Kepada mu
Ku pergi sendiri dan takkan kembali
Teman aku buat kali terakhir
Aku telah jatuh

nana masih fikir apa maksud lagu ni? sebelum ni ada someone bagi lagu ni kat nana,suruh nana tafsir.. huhuhu.. nana cakap laa kat dia tafsiran nana camni, " laki tu suka kat perempuan tu,tapi dia kena pergi jauh.." tapi dia tak nak cakap pulak kan betul ke tak... huhuhu.. nana masih memikir kan betul ke tak tafsiran nana tu.. tapi kalau betul, dia suka sape? takkan laa nana yang serba kekurangan ni pulak.. huhuhu..

someone tu banyak bagi lagu kat nana suruh nana tafsir termasuk yang ni...

Tilu - Diam Diam

Wajah yang tampan
Sungguh menawan
Dan juga kaya
Ku suka dia
Tak banyak gaya sungguh sederhana
Baik budinya juga bahasanya

Saat kau menghampiri diriku
Ku ingin engkau tahu
Sebenarnya aku

Diam diam 
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu
Diam-diam
Aku jatuh hati padamu
Ku ingin kau tahu

hahh,yang ni pun menimbulkan kemusykilan..kenapa ye?kalau tafsiran nana memang konfom laa dia dah suka dalam diam kan? sorry laa,nana ni memang lembab mentafsir macam siput tettt tu kalau dalam cinta cinta ni.. sebab tu orang asyik sakitkan hati nana..haha..tapi dia suka nana ke?nana nak tanya,tapi malu..bhahaha..nanti dia cakap nana perasan..entah entah dia suka orang lain ke,nana pulak yang perasan...T_T 

takpe laa..nana tunggu dia balik je laa..tapi lama laa lagi kan? ni pun dah dekat seminggu tak mesej langsung ngan dia..Along pulak sebokk je perli perli, "aihh,henset dah tak bunyi ke??dok menung je.." arghh..menncikkk...Nini pulak ngade sikit-sikit "ehemehem,rindu ke??" hehh,perlu ke rindu? erm,rindu ke?ade  laa kot,sikit..eh,silap..suku kot...hahahaa *ego*

pape pun,nana tunggu 4 bulan ni..means sampai lepas raya laa..masa tu pun nana dah kat universiti, sebokk ngan assignment tak habes habes...nana tunggu dia balik,bawak achii sorang..hahaha..nanti boleh main aci kejar ngan achii tu..bhahahaha..merepek je laa nana ni..

okay laa..penat laa merapu,dah laa puasa ni..kejap lagi nak buat kek batik,semalam lupa beli barang..hehh,ingat sapa laa sampai lupa-,-..so,buat kek hari ni laa..nanti berbuka boleh makan...nyummyy..

Adiosss..:)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?



Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaannya.

Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.

Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.

Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kuliyyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kuliyyah ketika itu agak menarik; iaitu "Jodoh".

Masyarakat Sudah Lari


Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.

"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.

Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak setuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.

Konsep Meminang


Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, " Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.

Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempuan itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.

Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.

Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.

Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu menjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.

Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan bolehlah diputuskan diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perigi Cari Timba


Ada pula yang berkata,"Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi cari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.

Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginannya? Mari kita kaji sirah.

Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.

Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankah itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?

Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Makapihak lelaki boleh masuk meminang.

Indahnya Cara Islam


Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hiduppenganutnya. Cukup teratur dan sistematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahgia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan ats dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudahkan urusan itu.

Kopipes sekadar perkongsian..(^_^v)

SUMBER : ILUVISLAM
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
i'll be waiting for you :)
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..haa..kali ni nana nak review buku novel lagi..amboi..banyak nye membaca novel..hikhikhik *gelakgedikk*..tapi kali ni nana nak review pasal citer terbitan Kaki Novel..karya Muliati Abdul yang bertajuk 'Cinta Si Ikan Buntal dan Kambing Liar'..phiuhh..panjang amatt tajuknya..penat..hahahaha..

kisah nya boleh tahan best laa..*ayatklicheje* hahaha..tapi memang best punn..ta kan nak tipu pulokk kan..hehh,ta baik tipu tipu..no no no no...!

 ini lah cover depan novel ni..nana beli masa bulan 3 haritu..tak tahu nak habeskan baucer ke mana sebab buku reference semua dah ada...so dengan kegedikan yang teramat,nana pun pilih novel ni..:)

okayy..novel ni mengisahkan tentang Kamilia dengan Adam Ahmad ..diorang ni musuh dari kecik lagi..Adam ni suka sangat laa menyakat Kamilia..ejek Kamilia dengan nama panggilan Kambing Liar sebab Kamilia jenis tak pandai bergaya..sampai laa satu hari tu Kamilia pindah sekolah dan tak jumpa dah Adam Ahmad..

bila masing-masing dah besar,takdir menemukan mereka dalam masa yang salah..sentiasa ada salah faham yang tercipta antara mereka..walaupun camtu, Adam Ahmad actually dah lama taruh hati kat Kamilia..atas pertolongan nenek Kamilia dan mak Adam,sesuatu telah dirancang dengan amat sempurna..takde siapa pun yang tahu rancangan tu akan berjaya..

kalau nak tahu apa yang nenek Kamilia dengan mak Adam rancangkan,korang baca laa novel ni..hehehe..seriously best..kelakar pun ada..tak laa jenis bacaan yang berat..

papepun,teruskan membaca...yeahh..gambate!^_^v

p/s: rindu sama kamu:(
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..hari ni nana puasa sempena 1 Rejab..hermm..sedar tak sedar dah nak sampai bulan Ramadhan..harap nya sampai laa umur nana untuk menjejakkan kaki lagi dalam bulan Ramadhan nanti...

tadi pun berbuka sangat laa simple..nasi + lauk ikan kembung masak cuka.. nyumnyumnyum..feveret nana tu..tapi tak boleh kalahkan gulai tempoyak ikan kembung laa kan..hikhikhik..tu first dalam carta feveret..=)

masa dok tengah berbuka tadi,nana pun cerita laa sesuatu dengan mak...mungkin perkara ni akan mengubah life nana buat selama lamanya kalau mak abah setuju dengan cadangan nana..huhuhu..apa apa pun,nana buat semua ni untuk berbakti pada keluarga..nana tak niat nak malukan sesiapa..

harapnya Allah bagi petunjuk pada nana apa yang nana perlu lakukan...:)

esok nana nak buat kek batik laa pulak..dah lama tak makan kek batik..nyumnyum..sedapnye..hehehe..last makan pun sem lepas..dah lama kan?so esok nana nak buat sendiri kek batik tuh..nak bagi mak rasa...:)

nampak sedap kan?haihhh..

okay laa...esok nak puasa lagi.. adiosss^_^v
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..sedar tak sedar dah semakin hampir kita dengan Ramadhan..harap nya kita sempat lah bertemu Ramadhan lagi untuk kali ini.. namun apa yang nana nak update malam ni adalah berkenaan puasa Rejab yang mana dari nana zaman sekolah dulu nana selalu amalkan dengan kawan kawan nana..hehehe..disamping ganti puasa yang tetinggal sebelumnya,boleh laa puasa sunat sekali..esok bersamaan 22 May 2012 kita akan melangkah ke satu lagi bulan Islam iaitu Rejab..jom kita tengok apa kelebihan puasa dalam bulan ni..:

1. kelebihan bulan Rejab atas segala bulan

As-Silafi meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Ertinya : Kelebihan Rejab atas segala bulan bagaikan Al-Quran atas segala zikir; kelebihan Sya'ban atas segala bulan adalah seperti kelebihan Muhammad atas segala para Nabi dan kelebihan Ramadhan atas segala bulan bagaikan kelebihan Allah atas segala hambanya.

Hadith ini adalah Maudhu'

Kata Al-Hafiz Ibnu Hajar : Sanad Hadith thiqah, kecuali Hibatullah As-Saqathi, dialah yang menjadi penyakitnya.

Kata As-Sam'ani : Ia mendakwa mendengar hadith dari Syeikh-syeikh yang tidak pernah dilihatnya.

Kata Ibnu Nashir : Hibatullah bin Al-Mubarak Al-Saqathi ini tidak thiqah dan nyata dustanya

SUMBER : HIMPUNAN HADIS DHAIF DAN MAUDHU' - Drs Abdul Ghani Azmi - m.s 517

2. Kelebihan berpuasa di bulan Rejab
Ibnul-Jauzi menyebutkan dari riwayat Al-Furat bin As-Saib, dari Maimum bin Mahran dari Abu Zarr r.a katanya : Rasulullah s.a.w. bersabda :

Ertinya : Barangsiapa berpuasa sehari dari bulan Rejab disamakan dengan puasa sebulan. Barangsiapa berpuasa tujuh hari dari bulan Rejab nescaya ditutup baginya pintu-pintu Neraka Jahim yang tujuh. Barangsiapa berpuasa lapan hari dari bulan Rejab nescaya dibukakan baginya pintu-pintu Syurga yang lapan itu. Barangsiapa yang berpuasa sepuluh hari dari bulan Rejab maka Allah menukarkan kejahatan-kejahatannya dengan kebaikan-kebaikan, dan barangsiapa berpuasa lapan belas hari dari bulan Rejab nescaya berserulah seorang penyeru bahawasanya telah diampunkan apa yang telah lalu dan mulakanlah amalan.

Kata Ibnul-Jauzi : Hadith ini tidak sah

Kata Yahya bin Ma'in : Al-Furat bin As-Saib tidak bernilai apa-apa.

Kata Al-Bukhari dan Ad-Daruquthni : Dia adalah matruk

Dalam sanad juga terdapat Risydin Abu Abdullah yang juga seorang matruk

SUMBER : HIMPUNAN HADIS DHAIF DAN MAUDHU' - Drs Abdul Ghani Azmi - m.s. 524

Bagaimanapun hukum berpuasa dalam bulan Rejab adalah sunat.

"Bahawa yang sebenar adalah perkataandari orang yang berkata : Sunat berpuasa hari Isnin dan Khamis, Rejab dan baki hari-hari di Bulan Haram. Sesiapa yang berkata sebaliknya, iaitu "Tidak sunat dan menegah manusia (dari mendapatkan fadhilatnya) dengan berpuasa,maka orang tersebut salah dan berdosa. Kerana penghujung kedudukan orang tersebut sebenarnya bertaraf seorang Awam."

[Ulasan : Orang awam tidak boleh sewenang-wenang memberi fatwa dan tidak harus diikuti. Maka seseorang awam yang cuba-cuba berfatwa adalah berdosa dan haram diikuti.]

Kenyataannya daripada jawapan seorang ulama' yang Muhaqqiq iaitu Al-Imam Al-Allamah Ibnu Hajar Al-Haitami, wafat tahun 974 Hijrah, yang menjelaskan dalam kitab Al-Fatawal Kubro Al Fiqhiyah karangan beliau iaitu dalam juzu' yang kedua, mukasurat 22, cetakkan Darul Kutub Ilmiah.

credit 1

credit 2

SUMBER

okay ni antara hadith yang berkaitan tentang puasa sunat dalam bulan Rejab..banyak fadhilatnya puasa dalam bulan Rejab ni..oleh tu,jom laa kita reramai puasa dalam bulan Rejab..:) hehehe

Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
assalamualaikum..minggu ni nana tengah rajin nak join Giveaway bagai ni..hehehe..dalam dok blogwalking,nana pun terjumpa laa GA yang ni..GA ni Abang Stalker yang anjurkan..kalau berminat,jom tengok syarat syarat nye:


  • Hanya gambar nampak muka dan berhijab SAHAJA. (badan,kaki,tangan tak payah). Lelaki muka je.
  • Terbuka semua BLOGGER lelaki dan perempuan duk dalam Malaysia SAHAJA.
  • DILARANG bergambar dengan mimik tak senonoh (keluarkan lidah atau gigit bibir.err..-.-)
  • Gambar TANPA MEKAP or pakai lens/spec.Wajib la muka asli dan TAK EDIT
okay..ni laa muka nana TAK EDIT dan TAK MEKAP dan TAK PAKAI LENS..hehehe

TAG : Eqa , Kyna
Share
Tweet
Pin
Share
No budak cakap-cakap
Newer Posts
Older Posts

About Me

My photo
Roslina Mohd Jelani
Assalamualaikum,Founder Zhaff.co here! Jom jadi family RZN Beauty :) support produk Muslim dan Mesra Wudhuk.
View my complete profile

Categories

  • cerpen (5)
  • hati dan perasaan (80)
  • kemarahan (8)
  • kenangan terindah (9)
  • kisah giler (15)
  • merepek (93)
  • promote jap (7)
  • segmen (6)
  • seram (2)
  • tah pape je la... (43)
  • tutorial (2)

recent posts

jom chatting!

Blog Archive

  • ►  2014 (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ►  2013 (34)
    • ►  December (1)
    • ►  November (7)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  July (12)
    • ►  May (9)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
  • ▼  2012 (166)
    • ►  December (7)
    • ►  November (3)
    • ►  October (2)
    • ►  September (1)
    • ►  August (1)
    • ►  July (15)
    • ►  June (34)
    • ▼  May (52)
      • gembirakan hati
      • tanda cinta
      • masyukk esok
      • tekanan
      • baru perasan T_T
      • jadian
      • kahwin vs aku
      • speechless #2
      • pengalaman terkejut
      • alhamduliillah:)
      • i'm wondering
      • erkk?
      • nak buat apa lagi kan?
      • kejutan
      • missing tears
      • sakit perut lagi
      • tentang rasa
      • pelik nya
      • stress T_T
      • kontroversi
      • cover photo baru:)
      • dugaan yang tak terjangka
      • i'm in love now
      • sukerr amatt :)
      • cerita dia
      • berangan semata-mata ;)
      • ciri suami AWESOME by UAI:)
      • masih memikir
      • Bagaimana Bercouple Cara Islam?
      • speechless #1
      • review buku lagi jom:)
      • hari ini
      • puasa Rejab
      • ::Contest Natural Beauty-II::
      • 'couple' yang halal
      • :: GA TERSEMPOI ::
      • cinta halal dan hikmah istikharah
      • mungkin satu perjalanan
      • 4 unsur
      • zaman muda mudi
      • review:)
      • Running Man menyerang
      • personaliti diri
      • selamat hari guru:)
      • berakhirnya sem kedua
      • SEGMEN : Kau Blogger Ku Blogger | Kazen Blog
      • kerana sakitnya seorang sahabat
      • girl's talk #3
      • untitled #3
      • alkisah hari ni
      • making hard to breath
      • kaki novel:)
    • ►  April (26)
    • ►  February (5)
    • ►  January (20)
  • ►  2011 (18)
    • ►  December (6)
    • ►  November (1)
    • ►  October (2)
    • ►  September (2)
    • ►  August (3)
    • ►  July (4)

Popular Posts

  • tahniah sekolah saya..!!:)
    assalamualaikum and hi peeps...sekarang ni nana betul betul excited sekolah sekarang ni sekolah nana dah upgrade jadi Kolej Vokasional Seri ...
  • sayangs sayangs semua,jom la join Heart Beat..!!
    assalamualaikum..hai korang..mesi korang nampak kan iklan heart beat kat sidebar nana ni kan??sebelum tu,ape kate korang klik dulu kat heart...
  • hati
    entah kenapa hati ni rasa terpanggil panggil nak taip pasal satu isu ni,isu HATI..hati?ia nya segumpal darah yang Allah cipta kan dalam...
  • kepenatan tapi seronok..^_^
    hai korang...semalam nana tak dapat nak update belog ni sebab semalam kakak nana bertunang...waahhh,,,ke main lagi yekk...semalam tugas nana...
  • mencuba yang terbaik
    [ PETUA ] TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar d...
  • dugaan
    assalamualaikum..herm, hari ni aku tak dapat pergi kelas sebab tangan kiri aku terseliuh..sakitnya...Allah je yang tahu..dari malam tadi aku...
  • hari pertama di tahun baru:)
    assalamualaikum and hi peeps...hari pertama nana di tahun baru..ahahahha...tak sangka,cepat masa berlalu..nana rase macam nana baru je habis...
  • manis ke bila berbahasa kesat?
    assalamualaikum and hi gang...entry kali ni diinspirasikan dari Mukabuka of course...*amboi ayat...erm,sejak kebelakangan ni(*yelah,tak kede...
  • Persetankan semua
    Yaaa persetankan sahaja senua yang berlaku..aku sangat lah stress sekarang ni..macam bom nak meletup dah aku rasa.. Tiba tiba je dia kata a...
  • rindu
    * kita BERKENALAN secara tak sengaja, adalah PERANCANGAN ALLAH. *kita BERKAWAN begitu lama bertahan pun, ALLAH yang RANCANG. *kita ...

pengikut

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates